Maybelline Instant Age Rewind Concealer

Maybelline Instant Age Rewind Concealer

Maybelline Instant Age Rewind Concealer adalah produk concealer wajah pilihan terbaik dan no 1 bagi wanita-wanita di malaysia .

Di peringkat antarabangsa, produk ini telah memenangi  anugerah kecantikan terbaik. Ianya satu produk penghasilan hebat yang menjadikan kawasan mata kelihatan berseri dan segar dalam masa yang singkat.

Jom kenal produk ini dengan terperinci!

Maybelline Instant Age Rewind Concealer
Maybelline Instant Age Rewind Cushion Concealer

Faedah dan kebaikan Maybelline Instant Age Rewind Concealer

Maybelline New York memperkenalkan revolusi seterusnya dalam menghilangkan garisan hitam bawah mata baru dengan instant age rewind cushion concealer. Ia mampu memperbaiki setiap lingkaran yang berada di kawasan mata.

Formula produk ini sangat pekat ini menggunakan aplikator pembetulan mikro untuk membantu segera menghilangkan lingkaran hitam dan garis-garis halus mata.

Maybelline Instant Age Rewind Concealer
  • Aplikator memperbaiki secara mikro dapat menutupi dan melicinkan kulit .
  • Formula aktif dengan haloxyl mengurangkan kesembapan mata dan mengurangkan penampilan lingkaran bawah mata.
  • Sapukan peneutralan warna untuk lingkaran gelap yang melampau.
  • Warna yang cerah menambah lagi sentuhan bercahaya bawah mata.
Maybelline Instant Age Rewind Concealer

Bahan-bahan Maybelline Instant Age Rewind Concealer:

G852364 1 aqua/water/eau, cyclopentasiloxane, dimethicone, isododecane, glycerin, peg-9 polydimethylsiloxyethyl dimethicone, butylene glycol, dimethicone crosspolymer, nylon-12, disteardimonium hectorite, cyclohexasiloxane, peg-10 dimethicone, cetyl peg/ppg-10/1 dimethicone, phenoxyethanol, sodium chloride, polyglyceryl-4 isostearate, caprylyl glycol, disodium stearoyl glutamate, ethylhexylglycerin, methylparaben, lycium barbarum fruit extract, chlorphenesin, ethylparaben, aluminum hydroxide, peg-9, n-hydroxysuccinimide, palmitoyl oligopeptide, chrysin, palmitoyl tetr apeptide-7. [+/- may contain/peut contenir: ci 77891/titanium dioxide, ci 77491, ci 77492, ci 77499/iron oxides] f.i.l. d44980/4.

Bagaimana Maybelline Instant Age Rewind Concealer berfungsi

Instant Age Rewind Concealer mengandungi aplikator untuk formula aktif dan pembetulan mikro menghapus lingkaran hitam, sembam dan garis halus pada mata dengan serta-merta. Bukti keberkesanan atas kulit anda sekarang!

Ianya bagus untuk lingkaran hitam dan garis halus dengan serta-merta mewujudkan kawasan mata yang berseri dan kelihatan segar kerana ia ditambah dengan goji beri dan haloxyl .

Goji beri

Ia berfungsi melindungi mata daripada penyakit dan kedutan. Ia mengandungi antioksida yang tinggi seperti zeaxanthin, vitamin C dan carotenoids. Kandungan antioksida yang tinggi juga dapat membantu melawan sel kanser .

Beta-karotena yang terdapat dalam goji beri digunakan untuk membuat produk krim kulit. Bahan tersebut digunakan untuk  memperbaiki kulit yang rosak, mengurangkan kerengsaan kulit, menghalang kulit daripada terkena sinaran UV matahari dan mengurangkan kedutan pada kulit.

Haloxyl

Haloxyl berfungsi untuk memperbaiki penampilan keseluruhan sehingga menghasilkan kulit yang cerah dan mata kelihatan lebih muda.

Bahan ini mengandungi gabungan peptida aktif yang diketahui dapat mencerahkan dan menebalkan kulit.

Cara penggunaan

Langkah 1:

Goncang Maybelline Instant Age Rewind Concealer dahulu sebelum guna. Putar penutup aplikator mikro-pembetulan mengikut arah anak panah sehingga concealer terlihat pada span .

Langkah 2:

Dengan menggunakan aplikator, sapukan concealer terus ke kawasan bawah mata, sebati dengan gaya gerakan ke luar.

Langkah 3:

Untuk lingkaran gelap yang melampau, sapukan neutralizer shade di bawah concealer shade.

Langkah 4:

Untuk menambahkan sentuhan bercahaya, sapukan warna yang lebih cerah ke sudut dalaman mata, tulang pipi, kening dan jambatan hidung.

Faktor menyebabkan ramai pengguna mahu membeli

Maybelline Instant Age Rewind Concealer mempunyai kuasa Do-it-all.

Conceal

Berfungsi dengan cepat menutup cela atau bintik-bintik gelap bawah mata dengan aplikator cushion-tip.

Correct

See Also
dove deep pure cleanser

Dengan hanya satu klik ,tekstur meluncur dengan lembut dan ringan, tanpa berkerut untuk menutup lingkaran hitam di bawah mata.

Contour

Membentuk dan melukis wajah anda dengan mudah dengan menggunakan pelbagai jenis shades. Anda boleh membuat pilihan shade berdasarkan kulit anda.

6 warna yang sesuai dengan kulit wanita Malaysia:

#120 light

#142 butterscotch

#144 caramel

#100 ivory

#130 medium

#122 sand

Penutup

Tidak perlu risau lagi bila mucul garisan hitam bawah mata, hanya satu langkah dengan menggunakan Maybelline Instant Age Rewind Concealer.

Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai produk Maybelline yang lain secara percuma tanpa perlu walk in , hanya klik maybelline’s virtual try-on tool.  Platform ini anda boleh bebas untuk memekapkan muka anda dengan pelbagai jenis dan warna-warni produk. Selamat berjaya.

error: Content is protected !!