Maybelline Clear Smooth All In One Two Way Cake

Maybelline Clear Smooth All-In-One

Maybelline Clear Smooth All In One Two Way Cake adalah produk bedak muka, produk yqng sangat popular dan diminati oleh wanita di malaysia .

Produk ini mempunyai 2 fungsi iaitu bedak dan foundation. Ia akan membantu kulit wajah anda lebih cerah. bukan sekadar melindungi, mencerahkan, dan mengawal minyak, malah produk ini mampu bertahan lama di wajah anda .

Produk ini sangat sempurna kerana mampu menutup segala kekusaman kulit anda dan menyerlahkan  kulit lebih mulus bebas jerawat. Percaya atau tidak?

Jom kenal produk ini dengan terperinci!

Maybelline Clear Smooth All-In-One
Maybelline Clear Smooth All-In-One Two Way Cake

Faedah dan kebaikan Maybelline Clear Smooth All In One Two Way Cake

Maybelline New York memperkenalkan revolusi baru iaitu Clear Smooth All In One Two Way Cake dan kulit anda akan tampil lebih cantik secara semula jadi .

  • Two Way Cake diselitkan dengan vitamin C
  • Mencerahkan kulit dengan serta-merta
  • Serbuk ultra halus menutupi bintik-bintik dengan mudah
  • Kulit sekata
  • SPF 32 PA ++
  • Mengawal minyak sempurna dan lancar sepanjang hari
  • Meningkatkan warna tona kulit dengan ketara

Bahan-bahan:

Talc, Perlite, Titanium Dioxide, Ethyhexyl Methoxycinnamate, Dimethicone, Aluminium Hydroxide, Stearic Acid, Silica, Methicone, Caprylyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Squalane, Parfum/ Fragrance, Tocopherol,Linalool, Bht, Geraniol, Hydroxycitronellal, Citronellol, Cetyl Peg/Ppg-10/1 Dimethicone, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate [+/- May Contain Ci77891/ Titanium Dioxide, Mica, Ci77491,  Ci77492, Ci77499/ Iron Oxides] (F.I.L B188231/1)

Bagaimana Maybelline Clear Smooth All In One Two Way Cake berfungsi

Tatarias wajah anda dengan produk Maybelline Clear Smooth All In One . Produk all in one yang memberi anda warna yang lebih cerah dan bersinar. Tanpa memerlukan sentuhan yang berlebihan, ia mampu bertahan lama berserta melindungi, mencerahkan, dan mengawal minyak untuk kulit matte yang sempurna.

Cara penggunaan

Langkah 1:

Sapukan bedak muka dengan span atau berus serbuk.

Langkah 2:

sapukan ke seluruh wajah dan leher anda

Langkah 3:

pergerakan bermula dari bahagian tengah wajah anda

Langkah 4:

kemudian ratakan bedak ke arah luar..

Faktor menyebabkan ramai pengguna mahu membeli

Produk Maybelline Clear Smooth All In One Two Way Cake menjadi pilihan utama bagi wanita di Malaysia .  Hampir 97 peratus pengguna wanita di seluruh dunia telah menggunakannya.

Maybelline Clear Smooth All-In-One

3x ringan

Formula ringan dan Serbuk Maybelline Clear Smooth All In One Two Way Cake sangat halus dan lembut, ia mampu memberi Kemasan yang sempurna pada wajah anda.

5x kawal minyak

Produk ini mampu melindungi dan Mengawal minyak di wajah anda

Bertahan selama 12 jam

See Also
booster

Produk ini mampu bertahan selama 12 jam dan ia juga Mengandungi SPF 32 PA +++

Pembungkusan yang padat

Produk ini di simpan rapi dalam Kotak kecil  berwarna merah jambu dan hitam berserta span bedak . Dengan kewujudan span ini menjadikan Maybelline Clear Smooth All In One lebih lembut dan rata. Harga yang di tawarkan mampu milik dan Berpatutan. Pembungkusan yang kecil sangat sesuai dibawa untuk ke mana-mana.

4 warna pilihan wanita Malaysia

Terdapat dalam 4 warna yang sesuai untuk warna kulit Malaysia iaitu :

02 Nude Beige

03 Natural

04 Honey

05 Sand Beige

Maybelline Clear Smooth All-In-One

Penutup

Tap tap tap sahaja. Jimat masa bukan. Tak perlu make up yang lama dan tebal, cukup dengan  kehadiran Maybelline Clear Smooth All In One Two Way Cake untuk membantu menyerlahkan keserian di wajah anda.

Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai produk secara percuma tanpa perlu walk in , hanya klik Maybelline’s virtual try-on tool .  Platform ini anda boleh bebas untuk memekapkan muka anda dengan pelbagai jenis dan warna-warni produk. Selamat berjaya.

error: Content is protected !!