Now Reading
Mati Pucuk – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Mati Pucuk – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

mati pucuk

Mati pucuk adalah masalah yang sering berlaku di kalangan lelaki dan cirinya adalah ketidakupayaan untuk merembeskan ereksi yang secukupnya dengan konsisten ketika bersetubuh atau ketidakupayaan pengeluaran air mani atau kedua – duanya.

Berdasarkan satu kajian epidemologi pada tahun 1997 di Malaysia, 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas dilihat mengalami masalah mati pucuk.

Simptom

Antara simptom mati pucuk adalah seperti :

  • Ketidakupayaan mengekalkan ketegangan
  • Ketidakupayaan untuk mengeluarkan air mani ketika bersetubuh
  • Ketidaupayaan untuk mengekalkan ketegangan selepas mengeluarkan air mani
  • Tiada kepuasan bersetubuh

Punca

Antara punca yang meningkatkan faktor risiko anda mengalami mati pucuk seperti :

1. Penyakit Endokrin

Sistem endokrin badan menghasilkan hormon yang memastikan metabolisme, fungsi seksual, pembiakan, mood dan lain – lain.

Diabetes adalah contoh penyakit endocrine yang boleh menyebabkan anda mengalami mati pucuk. Diabetes mempengaruhi kemampuan badan untuk menghasilkan insulin hormon.

Satu daripada komplikasi berkaitan dengan diabetes kronik adalah kerosakan saraf. Ia mempengaruhi ketegangan zakar. Komplikasi lain yang berkaitan dengan diabetes termasuklah kecacatan peredaran darah dan tahap hormon. Kedua – dua ini menjadi faktor yang menyebabkan mati pucuk.

2. Gangguan neurologikal dan saraf

Sesetengah keadaan neurologikal boleh meningkatkan risiko mati pucuk. Keadaan saraf mempengaruhi kemampuan otak untuk berkomunikasi dengan sistem pembiakan. Hal ini boleh menghalang anda mencapai ereksi.

Gangguan neurologikal yang berkaitan seperti :

Jika anda pernah melakukan pembedahan prostat, anda boleh mengalami kerosakan saraf yang menyebabkan mati pucuk.

Penunggang basikal jarak jauh boleh mengalami mati pucuk sementara. Tekanan berulang pada punggung dan alat sulit boleh mempengaruhi fungsi saraf.

3. Mengambil ubat

Pengambilan sesetengah ubat boleh mempengaruhi peredaran darah, boleh menyebabkan mati pucuk. Anda tidak seharusnya berhenti mengambil ubat tanpa kebenaran doktor anda, meskipun ia boleh menyebabkan mati pucuk.

Contoh ubat yang boleh menyebabkan mati pucuk seperti :

  • alpha-adrenergic blockers, termasuklah tamsulosin (Flomax)
  • beta-blockers, seperti carvedilol (Coreg) dan metoprolol (Lopressor)
  • cancer chemotherapy medications, seperti cimetidine (Tagamet)
  • depresan sistem saraf pusat (CNS), seperti alprazolam (Xanax), diazepam (Valium), dan codeine
  • stimulasi CNS, seperti cocaine dan amphetamines
  • diuretik, seperti furosemide (Lasix) dan spironolactone (Aldactone)
  • selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), seperti fluoxetine (Prozac) dan paroxetine (Paxil)
  • synthetic hormones, termasuklah leuprolide (Eligard)

4. Keadaan yang berkaitan dengan jantung

Keadaan yang mempengaruhi jantung anda dan kemampuannya untuk mengepam darah dengan baik boleh menyebabkan mati pucuk. Tanpa peredaran darah yang secukupnya kepada zakar memuatkan anda tidak dapat menegang.

Atherosclerosis adalah keadaan yang menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat, boleh menyebabkan mati pucuk. Kolesterol tinggi dan hypertension juga berkait dengan peningkatkan risiko mati pucuk.

5. Faktor gaya hidup dan gangguan emosi

Untuk mendapatkan ketegangan, anda perlu mengalami fasa menyeronokkan. Fasa ini memerlukan respons emosi. Jika anda mengalami gangguan emosi, ia boleh mempengaruhi kemampuan anda bersetubuh dengan seronok.

Depresi dan keresahan berkait dengan meningkatkan risiko mati pucuk. Depresi adalah perasaan sedih, hilang harapan atau rasa tidak berupaya. Rasa lemah berkaitan dengan depresi yang juga boleh menyebabkan mati pucuk.

Keresahan terhadap prestasi anda juga boleh menyebabkan mati pucuk. Jika anda tidak boleh mendapatkan ketegangan sebelum ini, anda mungkin risau anda tidak boleh menegangkan zakar pada akan datang.

Penyalahgunaan dadah seperti cocaine dan amphetamines juga boleh menyebabkan mati pucuk. Penyalahgunaan arak boleh mempengaruhi keupayaan anda untuk menegang dan mengekalkan ereksi.

Berjumpalah dengan doktor anda jika anda mendapati bahawa anda mengalami masalah penyalahgunaan bahan.

Faktor Risiko

Semakin anda menginjak usia, ereksi mungkin mengambil masa yang lama untuk berlaku dan tidak akan sekuat dahulu. Anda mungkin memerlukan sentuhan langsung pada zakar anda untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

Pelbagai faktor risiko boleh menjadi penyumbang termasuklah :

  • Keadaan kesihatan, keadaan jantung dan diabetes
  • Penggunaan rokok, mengehadkan peredaran darah kepada urat dan arteri. Ia boleh membuatkan lama kelamaan keadaan kesihatan kronik menjadi punca disfungsi erektil atau mati pucuk
  • Obesiti terutama jika anda terlebih obes
  • Sesetengah rawatan perubatan, seperti pembedahan prostat atau rawatan radiasi untuk kanser
  • Kecederaan, jika ia merosakkan saraf atau arteri yang mengawal ereksi
  • Ubat – ubatan, termasuklah antidepres, antihistamin dan ubat – ubat yang merawat tekanan darah tinggi, rasa sakit atau keadaan prostat
  • Keadaan psikologikal, seperti stres, keresahan atau depresi
  • Penggunaan dadah dan arak, terutama jika anda penagih dadah atau kaki botol

Diagnosis

– Bagaimana anda didiagnosis dengan keadaan mati pucuk?

Doktor anda mungkin boleh mendiagnosis dengan melihat kepada sejarah perubatan dan prestasi pemeriksaan fizikal. Ini merupakan beberapa perkara yang akan ditanyakan oleh doktor anda nanti apabila anda menjalani diagnosis:

  • Berbincang tentang apa jua keadaan kesihatan yang anda mungkin alami dengan doktor anda. Berkongsi sejarah perubatan dengan doktor anda boleh membantu mereka menentukan punca
  • Beritahu doktor anda tentang ubat apa yang anda ambil dan gunakan. Beritahu mereka nama ubat, seberapa banyak anda ambil dan bila anda mula mengambilnya. Maklumkan pada doktor anda jika ini kali pertama anda mengalami mati pucuk selepas mengambil sesetengah ubat.
  • Ketika pemeriksaan fizikal, doktor anda akan melihat dan memeriksa zakar anda jika terdapat punca luaran termasuklah trauma, kemalangan atau kecederaan daripada jangkitan penyakit kelamin.
  • Jika doktor anda merasakan terdapt punca kepada keadaan anda, mereka akan mengarahkan anda menjalani ujian darah untuk memeriksa tahap glukosa darah. Ini boleh menunjukkan jika diabetes mungkin menjadi punca.

Ujian lain yang doktor anda mungkin arahkan termasuklah :

  • Ujian darah untuk memeriksa tahap testosterone, tahap lipid yang rendah atau keadaan lain
  • ECG (electrocardiogram) untuk mengenalpasti masalah jantung
  • Ultra bunyi untuk melihat masalah pada peredaran darah
  • Ujian air kencing untuk mengenal pasti tahap gula dalam darah

Rawatan

Rawatan bukan ubat boleh dilakukan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini boleh membantu individu lelaki yang mengalami mati pucuk, seperti :

– Rawatan ubat – ubatan

Bagi merawat mati pucuk, anda boleh dapatkan ubat – ubatan dalam bentuk pil dan suntikan. Jika ubat anda tidak memberi kesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas serta pembedahan implan boleh membantu anda menangani masalah ini. Namun begitu, berbincanglah dan dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan kaedah rawatan tersebut.

– Rawatan semula jadi

Jika anda ingin elakkan daripada mengambil ubat preskripsi, terdapat pelbagai pilihan rawatan semula jadi yang boleh membantu merawat mati pucuk. Tetapi! Pastikan anda mendapatkan nasihat atau pandangan daripada doktor anda dahulu sebelum mengambilnya. Antara rawatan semula jadi seperti :

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776

https://www.myhealth.gov.my/mati-pucuk

https://www.medicinenet.com/impotence/symptoms.htm

https://www.healthline.com/health/impotence-and-age#diagnosis

https://www.healthline.com/health/erectile-dysfunction/common-causes-impotence

error: Content is protected !!