mata silau
Silau adalah bulatan terang yang kelihatan seperti mengelilingi sumber cahaya, seperti lampu bahagian hadapan kereta yang bergerak dari arah bertentangan.

Pengenalan

Mata silau menjadi faktor utama anda sukar untuk melihat semua yang berada di sekeliling anda. Cahaya dilihat apabila ia “memantul” dari barang-barang di sekeliling anda dan memasuki ke dalam mata anda; tetapi kadangkala, cahaya ini boleh menyebabkan silau.

Silau adalah bulatan terang yang kelihatan seperti mengelilingi sumber cahaya, seperti lampu bahagian hadapan kereta yang bergerak dari arah bertentangan. Ia adalah cahaya yang memasuki mata anda tetapi bukan bertujuan untuk membantu mata anda melihat dengan lebih baik, tetapi ia boleh mengganggu penglihatan anda, seperti kilatan kamera (camera flash).

Penerangan

Jika anda mempunyai sebarang simptom penglihatan yang luar biasa, berbincanglah dengan seorang pakar mata.

Adalah penting untuk diingati bahawa ramai individu tidak tahu bahawa mereka mempunyai penyakit mata kerana ia jarang menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom amaran tertentu atau mereka menganggap bahawa penglihatan yang kurang baik adalah sebahagian dari perkara semula jadi yang dialami oleh individu yang semakin meningkat usia. Pengesanan dan rawatan awal masalah mata adalah langkah terbaik untuk menjaga kesihatan  penglihatan sepanjang hayat anda. Dalam kebanyakan kes, buta dan kehilangan penglihatan adalah keadaan yang boleh dicegah.

Individu dewasa yang tidak mempunyai tanda-tanda atau faktor risiko untuk penyakit mata perlu mendapatkan pemeriksaan penyakit mata asas pada umur 40 tahun. Bagi individu-individu pada pelbagai peringkat umur yang mempunyai simptom atau berisiko untuk mengalami penyakit mata, anda disyorkan untuk berjumpa dengan pakar mata untuk menentukan kekerapan mata anda perlu diperiksa.

Penyebab yang berkemungkinan

Silau di sekeliling cahaya disebabkan oleh pembelauan (diffraction), atau pembengkokan cahaya yang memasuki mata anda. Terdapat pelbagai penyakit mata yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku, termasuklah:

– Katarak

Katarak adalah bahagian kabur yang terbentuk dalam lensa mata. Katarak berkembang secara perlahan dan biasanya terjadi dalam kalangan individu tua. Katarak boleh menyebabkan pembelauan cahaya yang memasuki mata, maksudnya, anda akan melihat silau dalam bentuk lingkaran cerah di sekeliling sumber cahaya.

Simptom katarak lain termasuklah:

  • Penglihatan kabur
  • Masalah melihat pada waktu malam
  • Peningkatan sensitiviti terhadap silau
  • Penglihatan berganda

Pembedahan katarak

Pembedahan katarak melibatkan penggantian lensa yang kabur dengan lensa intraokular khusus (IOL). Walau bagaimanapun, kadangkala penggantian lensa baru boleg menyebabkan anda melihat bulatan silau di sekeliling lampu.

Distrofi Fuchs

Fystrophy Fuchs adalah sejenis gangguan mata yang menyebabkan lapisan jelas di depan mata (kornea) menjadi bengkak. Keabnormalan di kornea dapat ini boleh menyebabkan seseorang yang mengalami Distrofi Fuchs melihat bulatan silau (halos) di sekitar lampu.

Simptom-simptom lain termasuklah:

  • Sensitif terhadap cahaya
  • Penglihatan yang kabur
  • Bengkak
  • Kesukaran memandu pada waktu malam
  • Ketidakselesaan pada baha mata

Distrofi Fuchs biasanya diwarisi, dan simptomnya tidak muncul sehingga anda mencecah usia 50-an atau 60-an.

Glaukoma

Glaukoma adalah sejenis keadaan yang berpunca dari kerosakan saraf yang berkait dengan tekanan tinggi dalam cecair yang beredar di hadapan mata. Selain itu, glaukoma juga adalah punca utama bagi kehilangan penglihatan atau buta.

Sejenis glaukoma yang dikenali sebagai glaukoma penutupan sudut akut dianggap sebagai satu kecemasan perubatan. Simptom glaukoma jenis ini biasanya muncul secara tiba-tiba. Sekiranya anda mula melihat bulatan silau atau cincin berwarna di sekitar lampu, ia boleh menjadi tanda glaukoma akut.

Simptom lain termasuklah:

  • Penglihatan kabur
  • Sakit mata dan kemerahan
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Kelemahan

Berjumpalah dengan doktor segera jika anda mengalami simptom-simptom ini.

Kerataconus

Kerataconus berlaku apabila kornea menjadi semakin nipis secara progresif sehingga menyebabkan benjolan seperti kon terbentuk pada mata. Keadaan ini boleh mengakibatkan kerosakan penglihatan dan boleh menyebabkan anda melihat bulatan silau atau cahaya di sekeliling lampu. Punca kerataconus tidak diketahui.

Tanda-tanda dan simptom keratoconus lain termasuklah:

  • Penglihatan kabur
  • Preskripsi kaca mata kerap berubah
  • Kesukaran untuk memandu pada waktu malam
  • Kerengsaan atau kesakitan pada bahagian mata

Photokeratitis

Terdapat kemungkinan mata anda terbakar jika ia terdedah kepada cahaya ultraviolet (UV) matahari dalam kuantiti yang banyak atau tempoh yang lama.

Di samping melihat bulatan silau atau cahaya di sekeliling lampu, simptom mata terbakar atau photokeratitis, termasuklah:

  • Kesakitan, rasa terbakar pada bahagian mata
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur

Simptom-simptom ini biasanya akan hilang selama satu atau dua hari. Berjumpalah dengan doktor jika ia tidak hilang atau jika keadaan mata semakin teruk.

Pembedahan LASIK

Sesetengah prosedur pembetulan mata, seperti pembedahan LASIK (laser in-situ keratomileusis) juga boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu. Biasanya kesan sampingan tersebut hanya bertahan selama beberapa minggu selepas anda menjalani pembedahan. Bagaimanapun, jenis LASIK yang lebih moden kurang cenderung menyebabkan kesan sampingan ini.

Migrain Okular / Migrain Mata

Migrain okular adalah sejenis migrain jarang berlaku yang menyebabkan gangguan penglihatan. Seiring dengan sakit kepala yang teruk, individu yang mengalami migrain okular mungkin dapat melihat lampu yang berkelip atau berkilauan, garis zigzag, dan bulatan silau atau cahayan yang mengelilingi lampu.

Memakai cermin mata atau kanta lekap

Memakai kanta pembetulan, seperti cermin mata dan kanta lekap juga boleh menyebabkan kesan silau apabila anda melihat sumber cahaya yang terang. Para penyelidik masih berusaha untuk mencipta kanta lekap dan kanta intraokular yang meminimumkan kesan silau.

Mata kering

Apabila permukaan mata terlalu kering, mata anda akan menjadi tidak normal dan cahaya yang memasuki ke dalam mata akan berselerak. Keadaan ini boleh menyebabkan anda melihat bulatan silau atau cahaya di sekeliling lampu terutamanya pada waktu malam.

Simptom mata kering termasuklah:

  • Mata menyengat
  • Mata seperti terbakar
  • Mata sakit
  • Mata merah

Simptom-simptom tersebut sering menjadi lebih buruk apabila anda membaca, menggunakan komputer, atau berada di persekitaran yang kering untuk jangka masa yang panjang.

Bila perlu menghubungi doktor

Jika anda mula melihat bulatan silau atau cahaya di sekeliling lampu, anda disyorkan untuk menjadualkan temujanji dengan doktor mata untuk menjalani  pemeriksaan mata biasa bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan mata.

Sekiranya anda mengalami simptom berikut, berjumpalah dengan doktor mata secepat mungkin:

  • Sebarang perubahan mendadak dalam penglihatan
  • Melihat bintik-bintik dan apungan (floaters) dalam penglihatan anda
  • Penglihatan kabur
  • Sakit mata
  • Penglihatan berganda
  • Buta pada satu belah mata secara tiba-tiba
  • Penglihatan menjadi gelap
  • Medan penglihatan mengecil secara tiba-tiba
  • Penglihatan malam terhad
  • Mata kering, merah, dan gatal

Tindakan segera adalah penting bagi mengelakkan kehilangan penglihatan kekal dalam kes glaukoma akut, jadi jangan tangguh temujanji anda.

Rawatan

Beberapa langkah mudah untuk mengurangkan silau:

  • Cermin mata hitam. Ia boleh membantu keadaan mata anda sepanjang hari. Kanta polarisasi dapat memastikan mata anda selamat dari jenis silau tertentu, seperti pantulan pada air.

  • Visor kenderaan. Gunakan visor pada kenderaan untuk mengelakkan cahaya terus matahari dari mata anda.

  • Kanta. Tanya doktor mata anda mengenai jenis kanta khas yang boleh membantu mengurangkan silau dan memperbaiki masalah mata anda.

Rawatan untuk silau termasuklah:

  • Betulkan pandangan anda. Jika anda mempunyai rabun dekat atau rabun jauh, mata anda tidak dapat memfokuskan cahaya pada retina seperti yang sepatutnya. Penggunaan kacamata atau kanta lekap boleh membantu memperbaikinya.

  • Beritahu doktor mata anda jika silau atau bulatan silau/cahaya itu mengganggu anda. Ini akan membantu doktor mencari jenis pembetulan yang betul.

  • Menghilangkan katarak. Pada peringkat awal, anda mungkin dapat mengurangkan kesan silau dengan cermin mata. Gunakan cermin mata hitam untuk mengurangkan silau. Namun, pembedahan adalah prosedur umum dan paling berkesan untuk merawat katarak bagi memperbaiki penglihatan anda.

Semasa pembedahan, doktor mata akan membuang kanta yang kabur dan menggantikannya dengan kanta buatan yang baru.

Kanta miltifokal lebih cenderung menyebabkan silau berbanding kanta monofokal, tetapi ia juga boleh membantu anda melihat objek yang dekat dan jauh.

Berbincanglah mengenai jenis kanta yang anda perlukan dengan pakar mata sebelum memulakan sebarang prosedur pembedahan. Tanya juga mengenai risiko dan kelebihan pembedahan katarak tersebut terhadap mata silau anda.

SUMBER

https://nonaeyemd.com/2015/09/30/halo-and-glare-causes/

https://www.aao.org/eye-health/symptoms/halos-around-lights

https://www.healthline.com/health/eye-health/halos-around-lights#causes

https://www.webmd.com/eye-health/halos-and-glare-causes-prevention-treatment#2

Summary
Mata Silau (Halo)
Article Name
Mata Silau (Halo)
Description
Mata silau menjadi faktor utama anda sukar untuk melihat semua yang berada di sekeliling anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: