maskne
Maskne atau ‘mask acne’ ni sebenarnya adalah masalah kulit yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh yang lama.

Maskne atau ‘mask acne’ ni sebenarnya adalah masalah kulit yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh yang lama. Memandangkan sekarang seluruh dunia sedang dilanda wabak COVID-19, semua individu semenangnya diharuskan memakai pelitup muka dengan rapi setiap kali anda keluar dari rumah. Pergi ke tempat kerja, pusat beli-belah, kedai makan atau mana-mana lah, di mana sahaja ada tempat berkumpulnya orang ramai, anda adalah wajib untuk memakai pelitup muka anda.

Baiklah, berbalik kepada topik asal, maskne ni mungkin tidak sebegitu teruk pada sesetengah individu, namun ada juga yang mungkin mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain lagi.

Ia terjadi kerada adanya geseran apabila anda memakai pelitup muka ditambahkan pula dengan bakteria yang ada dipersekitaran serta cuaca yang berubah-ubah. Dalam cuaca yang panas, anda pasti mudah berpeluh dan ini sememangnya akan membangkitkan pertumbuhan bakteria dengan pantas.

Sekarang, anda pasti tidak mahu ia terjadi pada anda bukan? Jadi, jom lihat bagaimana ia boleh dicegah dan dirawat dengan lebih lanjut.

Cara untuk mencegah maskne

Sebelum ia terjadi, sebaiknya anda ambil langkah sepatutnya dan cegahnya dahulu bukan? Jadi, jom lihat petua mudah yang anda boleh ikuti.

1. Beli pelitup muka yang diperbuat daripada jenis kapas 100%

Jika anda berkemampuan, pilihlah jenis pelitup muka ini tapi pastikan ia dicuci setiap hari untuk membuang kotoran daripada produk kulit, mekap dan lain-lain.

Tapi, petua ini mungkin tidak begitu sesuai bagi ‘frontliners’ memandangkan mereka tidak berpeluang untuk memilih pelitup mereka sendiri. Jadi, bagi hal ini, sekiranya anda perlu memakai pelitup muka pakai buang, gantikannya sekerap yang boleh. Dan, pastikan ia dibuang dengan betul dan basuh tangan dengan sempurna setelah memegangnya.

2. Cuci muka dengan bersih

Sama seperti sebelum kita diperlukan memakai pelitup muka, mencuci muka masih lagi satu keperluan terutama selepas seharian bekerja di luar. Namun, jangan pula fikir ia tidak perlu dilakukan jika anda duduk di rumah sahaja. Ia masih perlu dilakukan agar kulit anda bersih daripada sebarang kotoran.

Jika kulit anda jenis sensitif dan mudah mendapat masalah kulit terutama seperti maskne ini, gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Jangan terlebih masuk muka kerana bimbang muka anda tidak cukup bersih kerana itu hanya akan merosakkan perlindungan kulit sedia ada.

3. Gunakan produk pelindung

Apakah itu produk pelindung? Secara mudahnya, ia adalah produk pelembap muka yang mempunyai bahan penting seperti asid hyaluronik dan ceramides. Kedua-dua bahan ini sangat penting bagai melindungi kulit kita.

Pastikan anda memakainya pada waktu pagi dan malam serta lebih kerap jika kulit anda terasa gatal atau kering agar ia memberikan pelindung yang kukuh antara pelitup muka dan kulit anda.

Tapi, bagaimana pula jika anda sudah mengalami maskne? Bolehkah ia dirawat atau adakah sudah tiada jalan penyelesaian lain? Jangan bimbang, setiap masalah ada penyelesaiannya. Berikut adalah tips untuk merawat masalah maskne yang anda boleh cuba selepas ini.

Petua merawat maskne

Sama seperti masalah kulit lain, pastikan anda tidak mencuba untuk mengganggu bahagian terkesan dengan memegangnya dengan tangan yang kotor dan sebagainya. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, cuba petua ini:

1. Pastikan wajah anda kekal terhidrasi

Pelembap muka adalah sangat penting dalam setiap rutin penjagaan kulit muka. Jadi, pastikan anda tidak lupa atau terlepas daripada menggunakan pelembap muka setiap pagi dan waktu malam sebelum tidur.

Gunakan pelembap muka yang mengandungi kesan ‘hydration’ bagi membantu menghilangkan dan memudarkan kesan maskne anda. Tapi, pastikan bahan-bahan dalam produk tersebut sesuai dengan muka anda dahulu agar tidak memberi kesan sampingan lain.

2. Gunakan rawatan tompok (spot treatment) yang berkesan

Rawatan khas sebegini boleh membantu merawat bahagian yang terjejas tanpa mengganggu bahagian lain. Jadi, carilah produk yang mengandungi bahan-bahan seperti:

  • Asid salisilik (salicylic acid)
  • Sulfur
  • Zink
  • 2.5% benzoyl peroxide

Jika anda merasakan bahawa kulit anda cepat kering, gunakan ia secara berkala dan pastinya kelembapan wajah anda masih menjadi keutamaan.

3. Ketahui bila untuk meminta bantuan

Bagi sesetengah orang, masalah maskne mungkin boleh sembuh dengan penggunaan produk, namun ia tidak semestinya berlaku sebegitu. Jika anda merasakan seperti masalah kulit anda tidak bertambah baik atau memburuk, berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologi dengan segera.

Golongan pakar ini boleh mendiagnosis keadaan anda dengan lebih tepat serta memberi saranan yang lebih berguna dan sesuai dengan masalah anda sekarang.

KESIMPULAN,

Walaupun pemakaian pelitup muka boleh menyebabkan maskne, namun itu tidak seharusnya menghalang anda daripada menggunakannya. Keselamatan anda adalah lebih penting daripada keadaan kulit anda yang boleh disembuhkan itu.

Dengan langkah pencegahan dan rawatan yang betul, masalah maskne anda tidak akan menjadi satu kebimbangan lagi.

SUMBER

https://www.everydayhealth.com/acne/maskne-is-the-latest-skin-problem-here-s-how-to-prevent-or-get-rid-of-it

https://www.esquire.com/style/grooming/a33084744/how-to-get-rid-of-maskne-mask-acne

https://nextstepsinderm.com/derm-topics/how-to-treat-face-mask-acne-maskne/

Summary
Maskne anda semakin banyak dan merisaukan? Jom kita cegah dan rawatnya bersama-sama!
Article Name
Maskne anda semakin banyak dan merisaukan? Jom kita cegah dan rawatnya bersama-sama!
Description
Maskne atau ‘mask acne’ ni sebenarnya adalah masalah kulit yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh yang lama.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: