Masalah Rambut yang Sering Dialami dan Cara Rawatannya

Secara amnya, rambut terdiri daripada pelbagai jenis, gaya, warna, panjang dan teksturnya yang tersendiri. Semestinya setiap orang dalam dunia ini memiliki rambut yang berbeza-beza.

Selain itu, setiap orang juga pasti akan mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur, rambut berminyak, rambut kering, rambut bercabang, rambut rosak dan sebagainya.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tiga jenis masalah rambut yang sering terjadi kepada rakyat Malaysia iaitu: kelemumur, rambut gugur dan rambut berminyak, seterusnya, punca kepada masalah tersebut, simptom, dan cara untuk mengatasinya.

Kelemumur

Kelemumur menyebabkan kulit kepala menghasilkan serpihan putih, sekaligus menjadikan kulit kepala berkuping, gatal dan mudah menggelupas. Walaubagaimanapun, ia tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan keguguran rambut.

Kelemumur terdiri daripada dua jenis – kering dan basah. Kulit kepala kering kebanyakannya berlaku pada musim sejuk. Ketika cuaca sejuk, semestinya anda akan memilih untuk mandi dengan air panas. Keadaan ini menyebabkan air panas menyerap minyak semula jadi daripada kulit kepala. Seterusnya, kelemumur berminyak pula berlaku apabila kelenjar kulit kepala mengeluarkan sebum yang terkumpul secara berlebihan bersama habuk dan membentuk kepingan.

Simptom kelemumur

  • Kepingan putih kelihatan: Kepingan putih adalah sel kulit mati yang biasanya kelihatan pada rambut, bahu atau pakaian.
  • Kulit kepala gatal-gatal: Gatal-gatal secara berkala di sekitar garis rambut atau sideburns.
  • Kulit kepala kering: Kulit kepala tanpa minyak atau kurang minyak dikenali sebagai kulit kepala kering. Rasa kering pada kulit kepala adalah gejala kelemumur yang biasa.
  • Rambut / kulit kepala berminyak: Pengeluaran sebum yang berlebihan di kulit kepala menyebabkan rambut dan kulit kepala berminyak.
  • Kemerahan pada kulit kepala: Disebabkan gatal atau kerengsaan berterusan, kulit kepala menjadi merah.

Punca kelemumur

  • Ketidakseimbangan diet
  • Mencuci rambut secara tidak teratur: Mencuci rambut membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak yang terkumpul di kulit kepala. Namun begitu, tidak mencuci rambut secara rutin boleh menyebabkan kerosakan rambut dan keadaan seperti kelemumur.
  • Dermatitis Seborrheic: Terdapat yis yang dikenali sebagai Malassezia, organisma yang hidup pada permukaan kulit. Ia menyebabkan kegatalan, kemerahan, dan kulit kepala berminyak yang membawa kepada kelemumur berminyak.
  • Kulit sensitif: Bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk penjagaan rambut boleh memberi kesan negatif pada kulit sensitif dan menyebabkan kelemumur.

Cara Untuk Mengatasi Rambut Kelemumur

Topeng Rambut: Buat pes rambut daripada ramuan di bawah ini dan sapukan kepada kulit kepala anda. Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan syampu ringan atau herba.

Kelemumur KeringKelemumur Berminyak
Yogurt + Putih TelurBenih Fenugreek Henna/ Jus Lemon
Yogurt + BetikGaurd Hijau
Madu + Jus LemonDaun Neem + Curd
Daun KariBunga Raya
Aloe VeraAmla + Serbuk Chandan
  • Urut kepala dengan minyak herba sangat berkesan dalam merawat kelemumur kering. Minyak membantu melembabkan kulit kepala secara semula jadi dan mencegah kekeringan. Anda boleh menggunakan minyak kelapa, minyak badam, minyak pohon teh, minyak kapur barus, atau minyak neem untuk mengurut kulit kepala anda.
  • Elakkan mencuci rambut setiap hari kerana ia mengeringkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit kepala anda. Kekeringan menyebabkan kelemumur dan gatal-gatal seterusnya mengakibatkan rambut gugur. Bagi mengatasi masalah kelemumur berminyak, anda perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu dengan syampu herba agar kulit kepala kekal bersih dan sihat.

Rambut Gugur

Rambut gugur merupakan masalah yang sering terjadi kepada setiap orang.

Simptom Rambut Gugur

  • Garis Rambut Berkurang: Rambut menjadi nipis dari atas pelipis dan di seluruh kepala sering menjadi tanda pertama keguguran rambut.
  • Kebotakan: Kehilangan rambut secara kekal daripada kulit kepala.
  • Rambut Menipis: Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala.
  • Patch Botak: Rambut mula botak pada bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala. Terdapat tompokan-tompokan botak yang kelihatan di atas kepala.

Punca Rambut Gugur

  • Ketidakseimbangan Hormon: Rambut gugur merupakan perkara biasa bagi wanita hamil, menopaus, dan ketika haid. Ini adalah tempoh di mana terdapat perubahan hormon yang ketara dalam tubuh wanita.
  • Penuaan: Alopecia androgenik, kebotakan pola lelaki, dan kebotakan pola wanita adalah keadaan yang berlaku disebabkan faktor usia.
  • Stress: Telogen effluvium adalah keadaan di mana seseorang individu mengalami keguguran rambut sementara disebabkan stress.
  • Penggunaan bahan kimia berbahaya yang berlebihan: Bahan kimia seperti sulfat, natrium klorida, paraben, dan propilena glikol sering dijumpai dalam syampu dan perapi. Bahan kimia ini mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan rambut.
  • Panas dan Pencemaran: Pendedahan yang berlebihan terhadap haba dan pencemaran merosakkan rambut kerana ia menyerap minyak semula jadi yang terdapat pada kulit kepala, seterusnya menyebabkan rambut gugur.
  • Jangkitan Kulit Kepala: Sebarang jangkitan terhadap kulit kepala menyebabkan kegatalan, kekeringan, dan kemerahan serta boleh merosakkan folikel rambut.
  • Keadaan Perubatan: Tiroid, barah, dan PCOD boleh menyebabkan keguguran rambut kekal atau sementara.
  • Diet yang Buruk: Makanan yang kekurangan vitamin dan mineral melemahkan akar rambut dan menghalang pertumbuhan rambut.
  • Tabiat yang Tidak Sihat: Kurang tidur, merokok, dan pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Cara Untuk Mengatasi Rambut Gugur

  • Sikat dan cuci rambut anda dengan lembut semasa membasuh dan menggosok.
  • Ambil vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.
  • Urut kulit kepala sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan minyak herba selama 30 minit.
  • Beralih ke produk penjagaan rambut semula jadi untuk mengelakkan kesan berbahaya daripada penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia.
  • Lakukan yoga setiap hari untuk meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan stress.
  • Menyuburkan rambut dengan topeng rambut herba.
  • Melindungi rambut dari sinaran UV dan pencemaran.

Rambut Berminyak

Pengeluaran sebum (minyak semula jadi) yang berlebihan di kulit kepala menjadikan rambut berminyak.


Simptom Rambut Berminyak

  • Ruam Kulit: Rambut berminyak menarik kotoran yang menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Ia menyebabkan ruam dan kemerahan pada kulit kepala.
  • Kelemumur: Kelemumur berminyak berlaku apabila folikel rambut anda menghasilkan sebum berlebihan.
  • Rambut Melekit: Selepas mencuci rambut, rambut kelihatan berminyak dan melekit
  • Keguguran Rambut: Pengumpulan habuk dan minyak di kulit kepala, menjadikan folikel rambut anda tidak dapat bernafas seterusnya menyebabkan rambut gugur.

Punca Rambut Berminyak

  • Over Conditioning: Penggunaan perapi yang berlebihan pada rambut berminyak dapat memburukkan lagi keadaan dan menjadikannya lebih berminyak.
  • Sikat berlebihan: Menyikat merangsang peredaran darah di kulit kepala dan meningkatkan pengeluaran minyak di rambut. Ia menjadikan rambut kelihatan berkilau dan halus, tetapi menyikat rambut dengan terlalu kerap boleh menyebabkan rambut berminyak.
  • Syampu Tidak Teratur: Tidak mencuci rambut secara rutin menyebabkan rambut berminyak. Minyak dan kotoran yang terkumpul terletak di kulit kepala dan mengakibatkan rambut berminyak.
  • Genetik: Gen anda menentukan jenis rambut anda. Sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga anda mengalami masalah kulit kepala berminyak, ada kemungkinan anda juga akan menghadapi masalah yang sama.

Cara Untuk Mengatasi Rambut Berminyak

  • Ubah Tabiat Pemakanan: Elakkan makan makanan yang diproses dan berminyak.
  • Syampu Secara Berkala: Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu dengan syampu herba atau semula jadi.
  • Minimumkan Penggunaan Produk Gaya Rambut: Elakkan daripada menggunakan produk gaya rambut yang berat seperti lilin rambut dan krim rambut.

Sumber:

https://vedix.com/blogs/articles/common-hair-problems

https://www.2cents.my/2019/04/05/malaysias-three-most-common-hair-problems-and-how-to-stop-them/

Summary
Masalah Rambut yang Sering Dialami dan Cara Rawatannya
Article Name
Masalah Rambut yang Sering Dialami dan Cara Rawatannya
Description
Secara amnya, rambut terdiri daripada pelbagai jenis, gaya, warna, panjang dan teksturnya yang tersendiri. Semestinya setiap orang dalam dunia ini memiliki rambut yang berbeza-beza. Selain itu, setiap orang juga pasti akan mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur, rambut berminyak, rambut kering, rambut bercabang, rambut rosak dan sebagainya. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tiga jenis masalah rambut yang sering terjadi kepada rakyat Malaysia iaitu: kelemumur, rambut gugur dan rambut berminyak, seterusnya, punca kepada masalah tersebut, simptom, dan cara untuk mengatasinya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: