Now Reading
Masalah Kulit – Jenis, Simptom, Punca dan Rawatan

Masalah Kulit – Jenis, Simptom, Punca dan Rawatan

Masalah Kulit - Jenis, Simptom, Punca dan Rawatan

Simptom dan rawatan bagi masalah kulit adalah semestinya berbeza-beza. Ada sesetengah masalah kulit yang bersifat kekal dan ada juga yang bersifat sementara. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan ada juga yang tidak sakit langsung.

Selain itu, sesetengah masalah kulit mungkin berpunca daripada persekitaran manakala sesetengah yang lain berpunca daripada genetik. Ada yang boleh dirawat, ada juga yang boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, berikut adalah senarai jenis penyakit kulit yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang.

Jenis-jenis Masalah Kulit

  • Jerawat
    • Selalunya terletak pada bahagian muka, leher, bahu, dada, dan punggung atas
    • Jerawat pada kulit terdiri daripada bintik hitam, bintik putih, jerawat, atau cyst dan nodul yang menyakitkan
    • Boleh meninggalkan parut atau menggelapkan kulit jika tidak dirawat
  • Biji air di bibir
    • Lepuh merah, sakit, berisi cecair yang muncul pada mulut dan bibir
    • Kawasan yang terjejas akan sering berasa sakit seperti terbakar sebelum biji air tersebut kelihatan
    • Masalah ini boleh disertai dengan gejala ringan seperti selesema, demam, sakit badan, atau kelenjar getah bening bengkak
  • Blister atau Lepuh
    • Ciri-cirinya adalah berair, jernih, berisi cecair pada kulit
    • Mungkin lebih kecil dari 1 cm (vesikel) atau lebih besar daripada 1 cm (bulla) dan ia berlaku denan sendiri atau dalam kumpulan
    • Boleh dijumpai di mana-mana bahagian badan
  • Gatal-Gatal
    • Rasa gatal dan terdapat biji yang timbul selepas terdedah kepada alergen
    • Merah, hangat, dan sedikit menyakitkan apabila disentuh
    • Boleh berbentuk kecil, bulat, dan berbentuk cincin atau besar dan berbentuk rawak
  • Actinic Keratosis
    • Biasanya kurang dari 2 cm, atau kira-kira berukuran seperti pemadam
    • Tompok kulit tebal, bersisik, atau berkerak
    • Muncul di bahagian badan yang menerima banyak cahaya matahari (tangan, lengan, wajah, kulit kepala, dan leher)
    • Biasanya berwarna merah jambu tetapi boleh mempunyai asas yang berwarna coklat, tan, atau kelabu
  • Rosacea
    • Penyakit kulit kronik yang melalui kitaran pudar dan kambuh
    • Kambuh mungkin disebabkan oleh makanan pedas, minuman beralkohol, cahaya matahari, tekanan dan bakteria usus Helicobacter pylori
    • Terdapat empat jenis rosacea yang merangkumi pelbagai gejala
    • Gejala yang biasa berlaku ialah kemerahan pada muka, timbul lebam merah, kulit menjadi kering dan sensitif
  • Carbuncle
    • Benjolan merah, sakit, dan jengkel yang terdapat di bawah kulit
    • Mungkin disertai demam, sakit badan, dan keletihan
    • Boleh menyebabkan kulit berkerak atau meleleh
  • Alahan Lateks
    • Keadaan ini dianggap sebagai kecemasan dalam perubatan. Rawatan segera mungkin diperlukan
    • Ruam boleh berlaku dalam beberapa minit sehingga beberapa jam selepas terkena produk getah
    • Tanda-tanda alergi yang panas, gatal dan merah di tempat hubungan yang mungkin kelihatan kering dan berkerak dengan pendedahan berulang pada lateks
    • Zarah lateks yang terdapat pada udara juga boleh menyebabkan batuk, hidung berair, bersin, dan mata yang gatal dan berair
    • Alergi teruk terhadap lateks boleh menyebabkan pembengkakan dan kesukaran bernafas
  • Eczema
    • Tompok bersisik kuning atau putih yang mengelupas
    • Kawasan yang terjejas mungkin berwarna merah, gatal, atau berminyak
    • Rambut gugur boleh berlaku di kawasan tersebut juga disertai dengan ruam
  • Contact dermatitis
    • Muncul berjam-jam selepas bersentuhan dengan alergen
    • Ruam mempunyai sempadan yang kelihatan dan muncul di mana kulit anda menyentuh bahan yang menjengkelkan
    • Kulit gatal, merah, bersisik, atau mentah
    • Lepuh yang meleleh, atau berkerak

Simptom-Simptom Masalah Kulit

Keadaan kulit mempunyai pelbagai simptom. Simptom yang muncul pada kulit anda kerana masalah biasa selalunya bukan berpunca daripada masalah kulit. Simptom-simptom seperti itu boleh merangkumi lepuh yang muncul daripada kasut baru atau seluar ketat. Walaubagaimanapun, masalah kulit yang tidak mempunyai sebab yang jelas dapat menunjukkan adanya masalah kulit sebenar yang memerlukan rawatan.

Berikut adalah simptom-simptom yang anda mungkin mengalami sekiranya anda mempunyai masalah kulit, ia termasuk:

  • Lebam yang muncul biasanya berwarna merah atau putih
  • Ruam yang mungkin menyakitkan atau gatal
  • Kulit bersisik atau kasar
  • Kulit mengelupas
  • Bisul
  • Luka terbuka
  • Kulit kering, retak
  • Tompok kulit yang berubah warna
  • Benjolan berdarah, ketuat, atau pertumbuhan kulit yang lain
  • Perubahan warna atau saiz tahi lalat
  • Kehilangan pigmen kulit

Punca Masalah Kulit

Masalah kulit yang biasanya berlaku adalah berpunca daripada: –

  • Bakteria yang terperangkap dalam liang kulit dan folikel rambut
  • Kulat, parasit, atau mikroorganisma yang hidup di kulit
  • Virus
  • Sistem imun yang lemah
  • Bersentuhan dengan alergen, perengsa, atau kulit yang dijangkiti orang lain
  • Faktor genetik
  • Penyakit yang mempengaruhi tiroid, sistem imun, buah pinggang, dan sistem badan yang lain

Beberapa keadaan kesihatan dan faktor gaya hidup juga boleh menyebabkan perkembangan masalah kulit tertentu. Terdapat juga sebilangan masalah kulit yang tidak diketahui puncanya.

Cara Untuk Merawat

Kebanyakan masalah kulit dapat diubati. Kaedah rawatan biasa untuk keadaan kulit termasuk:

  • Antihistamin
  • Krim dan salap ubat
  • Antibiotik
  • Suntikan vitamin atau steroid
  • Terapi laser
  • Ubat preskripsi yang disasarkan

Namun begitu, tidak semua gangguan kulit bertindak balas terhadap rawatan. Terdapat juga beberapa keadaan di mana masalah kulit hilang tanpa rawatan. Walaubagaimanapun, kebanyakan masalah kulit yang muncul semula setelah sembuh adalah kerana pencetus tertentu, seperti tekanan atau penyakit. Selain itu, untuk masalah kulit yang bersifat sementara, anda dapat merawat masalah kulit tersebut dengan:

  • Menggunakan alat solek berubat
  • Produk penjagaan kulit yang dijual bebas
  • Mengamalkan kebersihan yang baik
  • Melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup seperti membuat perubahan diet tertentu

Langkah-Langkah Untuk Mencegah

Masalah kulit tertentu yang tidak dapat dicegah adalah seperti masalah yang berpunca daripada faktor genetik atau penyakit tertentu. Walaubagaimanapun, mencegah beberapa masalah kulit adalah tidak mustahil. Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk mencegah masalah kulit berjangkit:

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air suam dengan kerap.
  • Elakkan berkongsi peralatan makan dan minum dengan orang lain.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan kulit orang lain yang mengalami jangkitan.
  • Bersihkan barang di tempat awam seperti peralatan gym,sebelum menggunakannya.
  • Jangan berkongsi barang peribadi, seperti selimut, sikat rambut, atau pakaian renang.
  • Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam.
  • Minum banyak air.
  • Elakkan tekanan fizikal atau emosi yang berlebihan.
  • Makan makanan berkhasiat.
  • Dapatkan vaksin untuk keadaan kulit berjangkit, seperti cacar air.

Masalah kulit yang tidak berjangkit, seperti jerawat dan dermatitis atopik, kadang-kadang dapat dicegah. Teknik pencegahan berbeza-beza bergantung pada keadaannya. Berikut adalah beberapa petua untuk mencegah beberapa penyakit kulit yang tidak berjangkit:

  • Cuci muka dengan pembersih lembut dan air setiap hari.
  • Gunakan pelembap.
  • Elakkan alergen persekitaran dan makanan.
  • Elakkan daripada terkena bahan kimia keras atau perengsa lain.
  • Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam.
  • Minum banyak air.
  • Makan makanan yang sihat.
  • Lindungi kulit anda dari sejuk, panas, dan angin yang berlebihan.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/skin-disorders#prevention

error: Content is protected !!