reject code 0089

Perbankan secara atas talian sangat popular pada masa kini. Manakan tidak, semuanya hanya berada di hujung jari anda. Namun begitu, selalu terdapat masalah teknikal pada mana-mana jua perbankan online. Salah satu masalah yang sering berlaku adalah masalah Instant Transfer Reject Code 0089.

Masalah ini sangat kerap berlaku. Kadang kala apabila masalah ini berlaku, ia akan melambatkan kerja dan urusan kita. Maka, mula lah pelbagai urusan menjadi tertangguh.

Jika anda mengalami masalah Transaction Declined Reject Code 0089 ketika ingin membuat Instant Transfer melalui perbankan online, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah bertenang dahulu. Bukan anda sahaja yang mengalami masalah ini kerana sebenarnya ramai orang yang menghadapi masalah yang sama dari masa ke semasa. Kenapa Transcation Declined Reject Code 0089 boleh berlaku? Bagaimanakah jalan penyelesaiannya?

Apakah itu kod 0089? Masalah Kod 0089 menunjukkan adanya masalah dengan bank penerima transaksi yang anda lakukan.

Sekiranya anda ingin memindahkan atau melakukan pembayaran bulanan ke akaun pinjaman atau kad kredit, sila hubungi bank penerima anda (jika anda adalah pengguna akaun) mempunyai masalah dengan masalah pembayaran.

3 Cara Untuk Menyelesaikan Masalah Reject Code 0089

Cara Pertama

Sekiranya anda mempunyai masalah kod 0089 semasa pemindahan dana bank, anda boleh menukar mod pemindahan ke Interbank GIRO atau pindahan dana berjadual untuk transaksi bank.

Penolakan ini berkemungkinan besar berlaku kerana bank penerima tidak dapat menerima pindaan melalui Instant Transfer Online Banking. Jika begitu anda perlu membuat semakan dengan bank penerima jika masalah ini berlanjutan dan kerap kali berulang setiap bulan.

Anda perlu kenal pasti bahawa jadual transaksi untuk pindaan Giro adalah seperti berikut kerana pindaan Interbank GIRO bukanlah dibuat secara serta-merta.

  • Untuk sebarang urus niaga yang dimulakan pada hari Isnin-Jumaat sebelum jam 5 petang akan diterima pada jam 11 malam pada hari perniagaan yang sama sementara urus niaga selepas jam 5 petang akan diterima pada hari bekerja berikutnya dari jam 11 pagi dan seterusnya.
  • Untuk sebarang urus niaga yang dilakukan pada hari bukan perniagaan akan diterima pada hari bekerja berikutnya dari jam 11 pagi dan seterusnya.

Cara Kedua

Sentiasa refresh semula sistem dengan melakukan clear cache/temporary history/cookies dan matikan / hidupkan peranti anda seperti langkah-langkah di bawah ini ;

  1. Buka CHROME.
  2. Bahagian atas sebelah kanan, klik MORE.
  3. Klik MORE TOOLS.
  4. Klik CLEAR BROWSING DATA.
  5. Di bahagian atas, pilih TIME RANGE. Untuk padamkan semua cache, klik ALL TIME.
  6. Kemudian pergi ke COOKIES AND OTHER SITE DATA dan CACHED IMAGES AND FILES, tandakan pada kotak tersebut.
  7. Klik CLEAR DATA.
  8. Siap. Anda kemudian boleh cuba masuk semula bank akaun anda.

Cara Ketiga

Sebagai alternatif, anda boleh menukar penyemak imbas atau peranti internet yang berbeza untuk menyelesaikan masalah kod 0089.

Jika anda menggunakan Google Chrome, cuba anda tukar kepada Safari, Firefox, Opera atau mana-mana browser terkini anda boleh gunakan Puffin Secure Browser juga.

Cuba 3 kaedah ini untuk menyelesaikan masalah kod 0089. Sekiranya 3 ini gagal, mungkin cara terbaik adalah dengan menghubungi khidmat pelanggan bank untuk mendapatkan bantuan atau nasihat dari pihak bank berkenaan.

Semoga artikel ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam menyelesaikan masalah tersebut dan sekaligus melancarkan urusan perbankan anda.

Sumber :

https://blog.lankapo.com/maybank/what-is-reject-code-0089-and-how-to-solve-it/

https://edubestari.com/masalah-instant-transfer/

https://kerjaya.co/reject-code-0089-maybank2u/

Summary
Masalah Instant Transfer Reject Code 0089
Article Name
Masalah Instant Transfer Reject Code 0089
Description
Perbankan secara atas talian sangat popular pada masa kini. Manakan tidak, semuanya hanya berada di hujung jari anda. Namun begitu, selalu terdapat masalah teknikal pada mana-mana jua perbankan online. Salah satu masalah yang sering berlaku adalah masalah Instant Transfer Reject Code 0089.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: