Now Reading
Masak Lemak Labu, Enak dengan Nasi Panas

Masak Lemak Labu, Enak dengan Nasi Panas

masak lemak labu

Masak lemak labu mempunyai banyak rasa dan sangat sedap kalau makan dengan ikan goreng atau belacan. Nak lagi best, dengan nasi panas.

Masakan yang selalu dibuat oleh ibu-ibu sewaktu kita kecil dahulu. Anda sedang mencari idea yang unik untuk masak lemak labu? Cara penyediaanya tidak begitu senang juga tidak terlalu susah buat anda yang kurang mahir memasak masakan kampung.

Tapi kalau buat salah sikit saja semasa proses memasak lauk ini, hasilnya kurang memuaskan malah cenderung untuk tidak jadi. Aroma dan rasa yang mengasyikkan mampu menaikkan selera.

Ada beberapa elemen yang pengaruh kualiti bagi resepi ini seperti bahan-bahannya sehingga lah ke cara penyediaan. Sebagai bonus, saya akan beri juga tips atau nota untuk dapatkan masak lemak labu yang terbaik. Selamat membaca!

MASAK LEMAK LABU ORIGINAL

masak lemak labu original

Bahan-bahan A: untuk masak

  • 500g labu
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 tangkai cili merah (dipotong)

Bahan-bahan B: ditumbuk halus

  • 3 biji bawang besar
  • 1cm kunyit hidup

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit labu dan potong kepada kiub besar. Basuh dengan bersih.
  2. Masak labu yang dikiubkan tadi bersama bahan-bahan (B) berserta santan pada api perlahan sehingga labu lembut. Ini akan ambil masa dalam 5 ke 10 minit, bergantung kepada saiz labu tadi.
  3. Kemudian, tuangkan santan dan masukkan serai yang dititik. Masak pada api perlahan sehingga santan menggelegak. Kacau dengan berterusan untuk mengelak kuah berketul. Tetapi berhati-hati ketika mengacau, ia mungkin akan hancurkan labu.
  4. Angkat keluar dari periuk apabila masak sempurna dan hidang.

Tips:

  • Bila labu sudah lembut semasa dimasak dalam kuah yang mendidih, ia akan memudahkan proses mengacau supaya bahan utama anda tidak hancur, anda hanya perlu angkat periuk akan goyangkan sedikit periuk.
  • Ulang proses di atas sampai lah semuanya masak. Tapi, boleh je nak kacau guna sudip, tapi perlahan-lahan okay!

MASAK LEMAK PUTIH

masak lemak labu putih

Bahan-bahan A

  • 3 rusa labu
  • 1 genggam sawi (kalau ada pucuk manis lebih baik)
  • 250ml santan motak
  • Garam
  • Sedikit gula

Bahan-bahan B: ditumbuk

  • 1 ekor ikan rebus
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan (B) bersama dengan sedikit air dan juga santan untuk membuat santan cair. Masukkan labu yang dipotong kiub. Masak sehingga labu lembut.
  2. Bila labu sudah lembut, tuangkan air dan santan pekat secukupnya. Kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan batang sawi dan bila batang sudah hampir masak, masukkan daunnya pula berserta cili merah. Boleh gantikan sawi dengan pucuk manis juga ya.
  4. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam. Matikan api, angkat keluar lauk anda dan hidang.

RESEPI UDANG MASAK LEMAK

masak lemak labu dengan udang

Bahan-bahan A:

  • 7 ekor udang
  • 1 mangkuk labu (dipotong kiub)
  • 1 batang serai
  • 2 biji cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Suhun
  • Garam dan gula

Bahan-bahan B: untuk dikisar

  • 1 sudu teh udang kering
  • 1 bji cili hijau
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • Asingkan pucuk manis daripada batangnya, cuci bersih dan toskan. Di dalam periuk, masukkan labu kiub, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Masukkan juga santan cair dan didihkan ia sehingga berbuih.
  • Masukkan labu dan bahan-bahan (B) di dalam periuk dan masak bahan ini bersama dengan santan cair pada api perlahan sehingga lembut.

Cara penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan (B). Tuangkan bahan kisar dan labu di dalam periuk dan panaskan ia selama 5 minit. Tambah 1 cawan air.
  2. Bila labu sudah separuh lembut, masukkan santan, satu cawan air, udang dan serai.
  3. Anda sudah boleh tambahkan cili, suhun dan asam gelugur bila udang sudah bertukar kepada warna merah. Perasakan dengan garam dan gula. Masak lagi untuk 2 minit dan hidang dengan cantik.
  4. Tuangkan santan pekat bersama serai. Masak pada api perlahan sehingga santan mendidih. Teruskan kacau kuah untuk mengelakkan ketulan. Campakkan hirisan bawang merah, cili dipotong dan udang kering.

Nota-nota:

  • Kalau ikutkan kata hati, anda mesti nak pilih labu yang paling besar, tetapi saiz tidak menentukan kadar rasa labu tersebut. Labu jenis yang anda biasa nampak di dalam cerita dongeng Cinderella nampak cantik untuk dihias di hadapan rumah.
  • Namun, bahagian dalam labu jenis ini sangat sukar untuk dikendalikan. Sebaliknya, pilih lah labu gula, saiznya lebih kecil dan lebih mudah untuk mengendalikan bahagian dalamnya. Anda akan dapat jumlah kebaikan yang tepat daripada bauh yang cantik ini.
  • Mengorek sehingga kedalaman siku ke dalam labu tidak elok buat mereka yang menghidapi kulit sensitif. Kalau ragu-ragu, bolehlah pakai sarung tangan lateks. Petua mengukir pro yang lain adalah dengan mengikis dinding di bahagian labu menggunakan sudu besar.
  • Masakan berlabu boleh jadi gurih ataupun sebagai manisan, tetapi sangat penting untuk memasukkan sedikit garam walaupun untuk resepi manisan. Sebab labu tidak mempunyai rasa tersendiri. Penting untuk perasakan labu anda dengan garam yang mencukupi.

Juadah masak lemak labu ini telah wujud bertahun lamanya dan masih meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang ramai oleh kerana gabungan rasa pedas dan berlemak yang sangat enak.

Labu mungkin agak sukar untuk dikendalikan sewaktu memasak resepi sebegini namun tidak menjadi masalah untuk berlatih untuk membuat masak lemak labu yang bagus.

SUMBER:

https://ikanpedass.web.app/383-resipi-masak-lemak-labu-sedap.html

https://resepichenom.com/resepi/masak-lemak-labu-sedap/show

https://www.aziekitchen.com/2020/04/masak-lemak-putih-labu-yang-sangat-sedap.html

https://ikanpedass.web.app/383-resipi-masak-lemak-labu-sedap.html

https://www.wellandgood.com/how-to-cook-a-pumpkin/

error: Content is protected !!