Siapa kata Malaysia tiada kanak-kanak pintar dan berbakat? Mari kenali kanak-kanak pintar dan berbakat di Malaysia seperti Sawyer Leong, Yaashwin Sarawanan dan Adinda Tasya yang terkenal di persada antarabangsa.

Beatboxer Cilik Berbakat – Sawyer Leong

Sawyer Leong baru berumur 12 tahun namun beliau telah pun mencipta nama bagi dirinya sejak menyertai industri hiburan tempatan 7 tahun lalu. Menurut beliau, ‘beatboxing’ dan lakonan bukan hanya kerja sambilan tetapi ia adalah minat terulungnya. Namun begitu, cita-cita sebenarnya adalah untk menjadi seorang usahawan rangkaian seperti ibunya.

Sawyer Leong mula berminat terhadap ‘beatboxing’ sejak beliau melihat persembahan hebat seorang ‘beatboxer’ bernama Koujee. Walaupun umurnya bari mencecah 12 tahun, beliau mempunyai hati yang besar.

Beliau pernah menderma pakaiannya kepada seorang kanak-kanak lelaki di Pulau Ketam apabila beliau mengetahui yang kanak-kanak tersebut telah dibuli dan menjadi bahan ejekan disebabkan pakaiannya yang koyak rabak. Selain itu, beliau pernah mendermakan sebanyak RM130 sebulan kepada dua orang kanak-kanak miskin di Filipina.

Kalkulator Manusia – Yaashwin Sarawanan

Bagi seseorang remaja yang berumur 15 tahun untuk menonjolkan diri dalam rancangan TV yang disiarkan di seluruh Asia mungkin kedengaran agak melebih-lebih, terutamanya apabila beliau berjaya melayakkan diri hingga ke pusingan akhir! Segelintir daripada mereka mungkin bermimpikan megenai peluang ini, namun tidak bagi Yaashwin Sarawanan kerana beliaulah remaja yang disebutkan tersebut!

Beliau yang sewaktu itu berumur 15 tahun (kini 16 tahun), telah menjadi sensasi hangat selepas layak menyertai sebuah rancangan televisyen terkemuka, Asia’s Got Talent. Bakatnya? Beliau memiliki keupayaan untuk membuat kiraan matematik berdasarkan mental sahaja! Kebolehan beliau ini sangat menakjubkan kerana beliau telah membuktikan bahawa otak manusia adalah hebat malah, boleh menandingi ‘mesin’.

Penyanyi Cilik Malaysia Bertaraf Antarabangsa – Adinda Tasya

View this post on Instagram

You 're sweeter than honey 🍯💛

A post shared by Adinda 啊林啦 (@officialadindatasya) on

Walaupun Adinda baru berumur 11 tahun sewaktu itu, beliau telah membawa nama Malaysia ke negara China melalui kebolehan nyanyiannya yang memukau ribuan penonton televisyen di China.

Bukan sahaja beliau mempunyai bakat yang menakjubkan, realitinya beliau bejaya menarik hati pihak juri di sebuah pertandingan nyanyian antarabangsa dan penonton merupakan satu pencapaian yang sangat luarbiasa.

Adinda mula menyertai pertandingan nyanyian sejak berumur 5 tahun. Selain dari rancangan Astro Ceria Poptar, kebanyakan pertandingan nyanyian yang beliau sertai adalah pertandingan nyanyian berbahasa Cina.


Summary
Article Name
Mari Kenali Kanak-Kanak Pintar dan Berbakat di Malaysia
Description
Mari kenali tiga orang kanak-kanak pintar dan berbakat di Malaysia seperti yang terkenal di persada antarabangsa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: