Resepi Mee Bandung

Mee Bandung (Mi Bandung) adalah hidangan yang berasal dari Johor, khususnya dari Muar. Istilah ‘Bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi sebagai istilah untuk pelbagai ramuan yang dicampur dalam proses menghasilkannya.

Mi ini menjadi kegemaran ramai orang kerana dihidangkan dengan banyak sup dikelilingnya. Daripada rasa tajam, rasa yang biasa dikaitkan dengan kebanyakan hidangan berasaskan tomato, Mi Bandung mempunyai rasa manis dan gurih dengan sedikit pedas dari cili. Perahan jus limau nipis adalah sentuhan terakhir yang memberikan “wow factor” kepada makanan ini.

Yang anda perlukan hanyalah sup daging lembu, sebotol sos tomato dan sos sriracha, gula, garam, telur dan udang untuk membina rasa asas sup. Seterusnya, anda boleh masukkan daging, sayur-sayuran dan mi. Udang sangat penting untuk memperasakan sup manakala telur bertindak untuk memekatkan sup tersebut. Untuk resipi mi yang cepat dan mudah untuk makan malam, resipi ini patut dicuba.

Bahan-Bahan: –

0.2 kg mi kuning atau 0.2kg spageti al dente yang dimasak

0.2kg udang, dikupas dan dibuang kepalanya

Bahan-Bahan (Kuah): –

  • 2 biji bawang merah, dihiris nipis
  • 1 1/2 sudu teh bawang putih, cincang
  • 1/2 sudu teh halia, cincang
  • 2 cawan sup daging lembu
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar pes cili / sos Sriracha
  • 2 biji telur, pukul
  • 3 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Hiasan Tambahan

  • 1 biji telur rebus, dibelah dua
  • 1 biji limau nipis, potong empat

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Sediakan mi kuning atau masak spageti al dente. Tos dan ketepikan
  2. Dengan api sederhana tinggi, rebus sup daging lembu
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris
  4. Masukkan sos tomato, pes cili, gula dan garam secukup rasa
  5. Didihkan sehingga kuahnya berkurang dan pekat sedikit
  6. Masukkan udang dan reneh hingga udang bertukar menjadi merah jambu
  7. Masukkan telur perlahan-lahan dan reneh hingga kuah pekat
  8. Hidangkan mi dan tuangkan kuah ke atasnya
  9. Hiaskan dengan telur rebus dan hirisan limau nipis

SUMBER

https://www.kuali.com/recipe/noodles/mee-bandung/

https://thecookingjar.com/shrimp-noodles-mee-bandung/

https://vivianpangkitchen.blogspot.com/2013/03/mee-bandung-bandung-noodles-mff-johor.html

Summary
Mari belajar resipi mee bandung viral!
Article Name
Mari belajar resipi mee bandung viral!
Description
Mee Bandung (Mi Bandung) adalah hidangan yang berasal dari Johor, khususnya dari Muar. Istilah 'Bandung' tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi sebagai istilah untuk pelbagai ramuan yang dicampur dalam proses menghasilkannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: