repairing jelly

Tahukah anda bahawa produk Vaseline Repairing Jelly ini mempunyai kehebatan yang sama dengan losyen yang anda sering gunakan? Malah ianya mengandungi 100% original petroleum untuk mencegah kulit yang pecah-pecah dan sebagainya.

Vaseline Repairing Jelly

Repairing Jelly Pure Original

Melindungi dan mengunci kelembapan untuk membantu mengembalikan kulit kering.

  • Vaseline Repairing Jelly terbukti secara klinikal untuk membantu memulihkan kulit yang kering dan rosak
  • Dibuat dengan jeli petroleum 100% tulen. Kesucian dijamin dengan formula yang disucikan tiga kali ganda
  • Membantu memberikan keringanan kulit kering dan melindungi luka kecil
  • Melembutkan kawasan kulit kasar seperti siku dan lutut
  • Melembapkan bibir untuk melegakan pecah
  • Lembut pada kulit, hypoallergenic dan non-comedogenic
  • Terbaik Untuk: Kulit Kering, Kulit Gatal Kering, Bibir pecah-pecah, Ruam lampin

Cara-cara penggunaannya

Ambil hujung jari melalui krim dan ratakan di kawasan kering terutama pada kulit sehingga diserap. Sangat baik untuk luka, luka bakar, atau masalah seperti tangan, kaki, siku, dan tumit. Ulangi mengikut keperluan sepanjang hari.

Manfaat Vaseline Repairing Jelly

Menjaga kulit daripada kering

Cuaca di Malaysia ini sememangnya membuatkan kita sering terdedah dengan matahari yang akan mengakibatkan kulit menjadi sentiasa kering jika tidak dijaga dengan baik. Kita juga akan mengalami beberapa ketika, kulit akan menjadi menggelupas dari biasanya.

Perkara ini pastinya akan berlaku terutama kepada anda yang jarang atau pun sememangnya tidak merawat kulit dan selalu berada di bawah dengan sinaran UV. Jika anda orang yang sentiasa sibuk dan tidak suka merumitkan diri anda boleh mencuba Vaseline Repairing Jelly kerana ianya terbukti bagus untuk melebabkan kulit. Disamping itu juga Vaseline juga boleh merawat dan melindungi kulit anda daripada masalah kulit kering.

Mengatasi dan meredakan jerawat

Siapa yang mahukan jerawat? Saya yakin gadis-gadis diluar sana amat bencikan jerawat terutamanya apabila ianya menyakitkan jerawat yang timbul pada kulit biasanya disebabkan oleh bakteria yang memenuhi pori-pori. Sehingga membuat kulit mengalami peradangan dan pembengkakan.

Sapukan petroleum jelly di atas permukaan jerawat yang kelihatan telah matang, sebelum anda memakai makeup. Dengan menyapukan Vaseline pada jerawat, ia akan melindung permukaan jerawat daripada bakteria yang menjadi punca jerawat semakin parah meradang.

Untuk mencantikkan kuku dan mengurangkan kehitaman siku

Kuku cantik semulajadi berkilat sangat sukar dimiliki oleh itu ramai sangat gadis-gadis di luar sana yang mengidamkan kuku cantik berkilat. Di sini saya ingin kongsikan satu tips dengan menyapu Vaseline pada kuku anda. Cukup dengan mengilap vaseline pada bahagian kuku yang terdapat kutikula untuk memudahkan kuku dibersihkan dan lembut. Selepas melakukan ini, anda pastinya dapat melihat perubahan pada kuku anda. Kuku akan kelihatan berkilat daripada kebiasaannya.

Boleh digunakan sebagai makeup remover

Jika anda  tak meminati micellar water atau pembersih makeup yang lain, anda juga boleh mencuba untuk sapukan Vaseline Repairing jelly ini sebagai makeup remover. Bagaimana ia digunakan? Sapukan sahaja di wajah anda dengan lembut ianya tidak hanya membersihkan mekap malahan kulit anda akan menjadi lebih lembab dan berseri.

Mampu meredakan iritasi dan kemerahan pada kulit.

Vaseline Repairing Jelly ini bukan sekadar mampu untuk mencuci mekap anda sahaja, malah ia juga dapat meredakan kulit yang kering serta iritasi. Selain itu, kandungannya juga membantu dalam menenangkan kulit yang kemerahan.

Menyembuhkan kesan gigitan serangga

Vaseline Repairing Jelly untuk mengurangi rasa gatal dan menjaga kulit jadi tetap lembap seperti yang anda mahukan. Jadi sekiranya anda digigit oleh serangga jangan dibiarkan begitu saja, sapukan jelly ini.

Mengurangi risiko melecet

Kepada gadis yang sangat jarang merawat kulit, maka kekurangan kelembapan kulit tubuh dapat menyebabkan kulit menjadi kering. Hal ini lah yang dapat menyebabkan kulit jadi lebih mudah mengelupas. Sapukan Vaseline Petroleum Jelly untuk mengurangkan risiko kulit kering mengalami lecet.

Menghilangkan bekas luka

Sebelum mengoleskan petroleum jelly, pastikan kulit sudah kering setelah luka dibersihkan. Kedua, pastikan pendarahan sudah tidak terlalu banyak atau sudah berhenti. Cara ini akan membantu mengurangi risiko pendarahan lagi setelah luka mulai mengering. Jika kulitmu sangat sensitif, maka segeralah bertemu doktor.

Melebatkan bulu mata.

Mempunyai mata yang cantik dan seksi memang menjadi idaman para Wanita, tahukan anda bahawa mengoleskan Vaseline Reparing petroleum jelly  sebelum tidur dapat membuat bulu mata semamin lebat jika dilakukan secara rutin. Maka selalulah konsisten menyapukan Vaseling Repairing Jelly ini pada bulu mata anda.

Selamat mencuba!

Summary
Manfaat Vaseline Repairing Jelly
Article Name
Manfaat Vaseline Repairing Jelly
Description
Tahukah anda bahawa produk Vaseline Repairing Jelly ini mempunyai kehebatan yang sama dengan losyen yang anda sering gunakan? Malah ianya mengandungi 100% original petroleum untuk mencegah kulit yang pecah-pecah dan sebagainya.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: