Vaseline Intensive Care Lotion kali ini dibawakan dengan 4 ramuan yang berbeza dan setiap satu darinya mempunyai keunikan yang tersendiri. Menarik bukan?
Losyen badan ini digunakan untuk merawat atau mencegah kulit kering, kasar, bersisik, gatal dan juga kerengsaan kulit yang ringan. Emolien yang terkandung di dalamnya melembutkan dan melembapkan kulit.
Ia juga mengurangkan kerengsaan dan pengelupasan. Kehilangan air di lapisan atas kulit adalah punca kenapa kulit anda kering. Pelembaplah yang bantu menghasilkan filem minyak di permukaan kulit yang menahan kelembapan.
Vaseline Intensive Care Aloe Soothe

- Diformulasikan dengan Ekstrak Aloe Vera 100% Tulen yang mana ia dapat menenangkan kulit yang kering dan iritasi. Dengan titisan mikro Vaseline Jelly untuk mengunci kelembapan dan pulihkan yang rosak dari dalam
- Losyen Vaseline Intensive Care Aloe Soothe ini menyerap dengan pantas tanpa rasa berminyak.
- Sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering, tegang dan kekeringan akibat cahaya matahari.
Vaseline Intensive Care Cocoa Radiant

Cocoa butter merupakan emolien yang hebat, bermaksud akan melembapkan kulit dari dalam hingga luar menjadikannya lembut seperti kulit bayi.
Oleh kerana Vaseline Intensive Care Cocoa Radiant ini likat, ia sangat sesuai untuk menjaga kulit agar kekal lembap pada musim sejuk. Bagus untuk lutut, siku dan tumit yang cenderung untuk mengering dan menjadi kasar.
Vaseline Intensive Care Deep Restore

- Vaseline Intensive Care Deep Restore pula khusus untuk mencapai lapisan kulit epidermis untuk bantu penyembuhan kulit kering jangka masa panjang dan bukan hanya memberikan keselesaan sementara.
- Ia mengandungi glycerin, yang bantu mengembalikan kelembapan pada kulit dengan adanya Vaseline jeli yang akan mengunci kelembapan tersebut.
- Pantas menyerap untuk melembapkan dan menyihatkan kulit.
- Melembap jauh ke dalam kulit untuk menyembuhkan masalah kulit kering.
Vaseline Intensive Care Advance Strength

- Losyen ini agak melekit tapi jangan risau, sebab ia sedikit melekit lah ia mampu memberikan kelembapan berpanjangan kepada kulit anda.
- Saiz Vaseline Intensive Care Advance Strength yang besar sebanyak 200ml boleh dikongsi dengan seisi keluarga berbulan-bulan. Jimat!
- Selain baunya yang wangi, anda akan dapati perbezaan terhadap kulit dalam hanya 5 hari. Kulit lebih lembap dan sihat.
Cara Guna Losyen Badan Vaseline Intensive Care
Sapukan losyen ke kulit anda setiap hari. Urut ke seluruh badan anda sehingga diserap sepenuhnya, dan sapukan semula pada waktu pagi, pada waktu malam, atau seperti yang diperlukan sepanjang hari. Nikmati kulit bercahaya semula jadi dan sihat semula jadi.
Manfaat Lain Dari Produk Ini
- Melambatkan penuaan
Berkat kandungan antioksidan dan asid lemaknya yang tinggi, Vaseline Intensive Care berpotensi memerangi radikal bebas yang menyebabkan kegelapan, kusam dan kedutan. Ia menjadikan kulit sentiasa terhidrasi dan berkhasiat sehingga tanda-tanda penuaan dapat dilambatkan mungkin sejauh satu batu hahahha.
- Mengurangkan kerosakkan kulit
Bahan dalam produk diisi dengan lemak dan emolien yang sihat, yang masuk ke dalam kulit untuk menyuburkannya dan membawanya kembali ke kesihatan yang baik.
- Mengurangkan inflamasi
Sekiranya anda mendapati kulit anda semakin merah dan gatal, losyen badan inilah apa yang anda perlukan. Ia dianggap sebagai ubat penenang walaupun untuk penyakit kulit yang teruk seperti psoriasis atau ekzema. Oleh kerana bahan di dalam setiap bauan sangat menenangkan, ia akan menenangkan badan anda sehingga rasa gatal atau kekeringan akan mereda dengan cepat.
- Mengurangkan stretch marks
Semasa mengandung, wanita digalakkan menggunakan losyen ini ke atas badan mereka kerana sifat pelembabnya diketahui dapat mencegah stretch mark.
Walaupun terdapat bekas luka, ia membantu memperbaiki kulit untuk mengurangkan tanda hitam dari bekas luka dan menyembuhkan kerosakan yang disebabkan pada sel kulit.
4 ramuan yang berbeza berupaya untuk memberi pelbagai jenis manfaat yang kulit anda perlukan. Dengan Vaseline Intensive Care Lotion, masalah kulit kering, kasar dan tegang bukan lagi isu yang harus difkirkan setiap hari. Jangan buang masa lagi klik butang di atas untuk membelinya hari ini!