manfaat puasa covid-19
Berpuasa boleh memberi manfaat baik kepada tubuh badan.

Banyak manfaat puasa kepada seluruh tubuh badan yang kita tidak tahu selain sebagai tanggungjawab seorang Muslim untuk menunaikannya. Seorang ahli sains di Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan berikutan penemuannya berkenaan bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula, AUTOPHAGY yang bermaksud ‘’makan dengan sendiri’’.

Ia adalah satu proses penting yang dirangsang oleh tubuh badan yang berada dalam keadaan lapar. Sebagai contoh, apabila tubuh sedang puasa selama 8 hingga 10 jam.

Sewaktu puasa, proses Autophagy memecahkan protein dan komponen yang rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Selain itu, sel yang lapar tersebut akan memusnahkan segala virus dan bakteria dalam tubuh badan dan menggunakannya semula.

Proses ini sangat penting untuk mencegah pembentukan sel kanser, penyakit berjangkit, penyakit imun dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan penyakit parkinson.

Malah, autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam proses penuaan. Penuaan dapat dilambatkan dan sel baru yang kuat dan sihat akan dihasilkan sewaktu pengaktifan autophagy.

Secara umum, tubuh manusia adalah unik, dan ia memiliki fungsi untuk memperbaiki kerosakan. Manfaat puasa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini perlu diambil untuk kebaikan fungsi.

Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak!

Summary
Manfaat puasa yang anda tidak ketahui
Article Name
Manfaat puasa yang anda tidak ketahui
Description
Banyak manfaat puasa kepada seluruh tubuh badan yang kita tidak tahu selain sebagai tanggungjawab seorang Muslim untuk menunaikannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: