Manfaat Kesihatan Gamat Yang Luar Biasa
Gamat sangat terkenal dalam rawatan perubatan tradisional masyarakat Asia.

Gamat mempunyai banyak manfaat kesihatan dan sangat terkenal dalam rawatan perubatan tradisional masyarakat Asia. Ia juga dijadikan sebagai hidangan lazat di beberapa buah negara Asia. Gamat adalah sejenis haiwan laut yang tinggal di dasar laut di serqata dunia, tetapi populasi terbesarnya dijumpai di lautan pasifik. Kebanyakan gamat menyerupai ulat atau ulat bulu besar dan mempunyai badan yang berbentuk tiub dan lembut. Haiwan ini dikumpul oleh penyelam atau diternak secara komersial di kolam tiruan.

Apakah kegunaan gamat?

Gamat telah digunakan sebagai sumber makanan dan perubatah di negara Asia dan Timur Tengah sejak berkurun lamanya. Malah, ia telah ditangkap dari lautan pasifik selama lebih daripada 170 tahun. Haiwan yang menyerupai lintah ini digunakan segar atau kering dalam pelbagai hidangan. Gamat kering sering ditambah ke dalam sup, stu dan masakan bergoreng.

Gamat juga boleh dimakan mentah, jeruk atau digoreng. Ia mempunyai tekstur berlendir dan rasa yang tawar jadi, gamat biasanya menyerap rasa dari bahan lain seperti daging, makanan laut lain atau rempah-ratus. Gamat selalunya digabungkan dengan sayur-sayuran seperti kobis cina, labu air, dan cendawan shiitake.

Selain itu, gamat turut digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Malaysia, di mana gamat dipercayai mempunyai sifat penyembuhan yang baik dan digunakan sebagai rawatan Arthritis, Kanser, masalah kerap kencing dan kesuburan.

Krim, minyak, bahan kosmetik, suplemen gamat yang dihasilkan daripada ekstrak gamat, turut dikenali dalam perubatan tradisional di Malaysia.

Disebabkan oleh permintaan tinggi terhadap gamat, banyak spesies gamat ditangkap secara berlebihan dan sesetengahnya hampir pupus. Jadi, pastikan anda memilih gamat yang berasal daripada ladang atau perikanan gamat yang terkawal.

Sekarang, mari kita lihat manfaat yang ditawarkan oleh gamat.

1. Gamat adalah sangat berkhasiat

Gamat mengandungi jumlah kalori dan lemak yang kurang serta tinggi protein. Ia sesuai dijadikan sebagai makanan penurunan berat badan. Selain itu, ia juga mengandungi bahan hebat lain termasuklah antioksidan yang bagus untuk kesihatan. Gamat tinggi dengan protein, oleh itu, menambah gamat sebagai bahan hidangan dan snek boleh membuatkan anda berasa kenyang dengan memperlahankan pengosongan perut anda. Hal ini boleh mengurangkan pengambilan makanan dan menstabilkan gula darah anda.

Makanan yang kaya dengan protein seperti Gamat, mungkin bermanfaat bagi individu yang mempunyai penyakit kencing manis dan mencari cara untuk mengawal tahap gula darah mereka. Tambahan lagi, diet tinggi protein boleh memberi kesan yang baik kepada kesihatan jantung, membantu menurunkan tekanan darah dan memperbaiki ketumpatan tulang.

2. Gamat diperkaya dengan bahan bermanfaat

Gamat bukan sahaja kaya dengan protein, vitamin dan mineral, tetapi ia juga mengandungi beberapa bahan lain yang boleh memberi kesan positif kepada kesihatan umum anda. Sebagai contoh, ia mengandungi fenol dan antioksidan flavonoid yang terbukti boleh mengurangkan keradangan dalam tubuh badan. Diet kaya dengan bahan-bahan ini dipercayai boleh mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik termasuklah penyakit jantung dan keadaan neurogeneratif seperti Alzheimer.

Selain itu, gamat juga kaya dengan sejenis kompaun yang digelar triterpene glycoside, yang mempunyai ciri antikulat, antitumor, dan peningkatan imun.

3. Mempunyai ciri anti-kanser

Gamat mengandungi sejenis bahan yang membasmi sel kanser. Sebagai contoh, satu kajian tabung uji menunjukkan bahawa triterpene diglycoside yang ditemui dalam gamat memiliki kesan toksik terhadap lima jenis sel kanser termasuklah, kanser payudara, kanser prostat dan kanser kulit.

Kajian lain pula menjumpai ds-echinoside A, iaitu sejenis triterpene, mengurangkan penyebaran dan pertumbuhan sel kanser dalam hati manusia. Namun, lebih banyak kajian diperlukan bagi mengesahkan hasil tersebut.

4. Mempunyai ciri anti-radang

Sejumlah ujian tabung uji telah menunjukkan bahawa ekstrak gamat hitam merencatkan pertumbuhan bakteria termasuklah E.coli, S.aureus, S.typhi. Kajian lain membuktikan gamat turut memerangi jangkitan yis seperti Candida albican.

Kesan sampingan Gamat

Walaupun gamat telah digunakan di serata dunia buat beberapa dekad dan dianggap selamat, terdapat beberapa kebimbangan mengenai penggunaannya seperti:

  • Sesetengah spesies mempunyai ciri antikoagulan, maksudnya ia boleh menipiskan darah. Individu yang mengambil ubat penipisan darah seperti warfarin perlu menjauhi gamat.
  • Gamat mungkin mendatangkan risiko kepada individu yang memiliki alahan terhadap cangkerang.
  • Walaupun beberapa kajian menyokong kelebihan gamat sebagai penawar kanser, penyakit jantung dan jangkitan bakteria, kajiannya adalah terhad.
  • Peningkatan permintaan terhadap gamat telah menyebabkan pengurangan spesies gamat. Spesies ini memainkan peranan penting dalam mengawal ekosistem batu karang dan telah terjejas oleh prosedur perikanan yang tidak terkawal.

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/sea-cucumber

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-sea-cucumber-89613

https://www.medicaldaily.com/sea-cucumber-health-benefits-will-surprise-449805

https://healthyeating.sfgate.com/benefits-sea-cucumber-5710.html

Summary
Manfaat Kesihatan Gamat Yang Luar Biasa
Article Name
Manfaat Kesihatan Gamat Yang Luar Biasa
Description
Gamat sangat terkenal dalam rawatan perubatan tradisional masyarakat Asia dan dijadikan sebagai hidangan lazat di beberapa buah negara Asia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: