Manfaat Bawang Putih Terhadap Kesihatan
Bawang putih, dipanggang dalam minyak zaitun, ia mencair dalam mulut anda seperti mentega, manakala jika dicincang dan mentah, rasanya pedas dan berangin.

Bawang putih, dipanggang dalam minyak zaitun, ia mencair dalam mulut anda seperti mentega, manakala jika dicincang dan mentah, rasanya pedas dan berangin. Bagaimanapun, sayuran herba ini menawarkan manfaat dan faedah yang penting di dalaman dan luaran.

Ia mengandungi sejenis sebatian sulfur organik iaitu allicin yang memberikan bau yang kuat dan menjadikannya penambahan yang sihat untuk diet anda.

Mari baca apa yang bawang putih boleh lakukan untuk kesihatan anda!

1. Meningkatkan imuniti

Menurut salah satu kajian yang dijalankan, bawang putih yang diletakkan dalam tiub ujian dilihat dapat membunuh sel-sel kanser. Seterusnya, kajian lain yang melibatkan 41,000 wanita pertengahan umur dan turut menunjukkan keputusan yang sama. Wanita yang secara rutin memakan bawang putih, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai risiko kanser kolon sebanyak 35 peratus lebih rendah. Namun, faedah ini datang daripada bawang tersebut yang mentah dan masak, bukanlah makanan tambahan.

2. Mempunyai ciri anti-radang yang baik 

Kajian telah menunjukkan bahawa minyak bawang putih berfungsi sebagai anti-radang. Jadi, jika anda mempunyai sendi atau otot yang sakit dan meradang, anda boleh menggosokkannya dengan minyak bawang putih.

3. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular 

Persoalan masih diutarakan sama ada bawang putih memperbaiki tahap kolesterol seseorang atau tidak, tetapi penyelidikan menunjukkan ia boleh memberi kesan positif kepada arteri dan tekanan darah anda.

Pakar mempercayai bahawa sel darah merah menukar belerang dalam bawang putih menjadi gas hidrogen sulfida yang melebarkan saluran darah dan memudahkan pengawalan tekanan darah.

Pakar telah mencadangkan untuk memakan sebanyak 4 gram bawang putih setiap hari untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Memperbaiki kulit 

Ciri antioksidan dan antibakteria pada bawang putih boleh membersihkan kulit anda dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sesetengah rekod kajian telah menunjukkan bahawa tabiat menggosok pada jerawat dapat membersihkannya. Namun begitu, ia boleh menyebabkan sensasi terbakar pada kulit anda.

5. Melindungi makanan anda

Ciri antibakteria dalam bawang putih juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan keracunan makanan termasuklah salmonella dan E.coli. Walau bagaimanapun, jangan gunakannya sebagai pengganti sanitasi makanan dan pengendalian makanan yang betul.

6. Merawat masalah Athlete’s Food

Bawang putih juga boleh melawan kulat. Sekiranya anda mempunyai penyakit kaki makan air, cuba rendam kaki anda dalam air bawang putih atau gosokkannya secara mentah di kaki anda untuk membunuh kulat yang menyebabkan gatal-gatal.

7. Penggunaan Bawang Putih Sebagai Remedi 

Bawang putih agak cerewet kerana jika anda memanaskan atau memasukkannya ke dalam masakan, pHnya boleh berubah. Enzim yang dihasilkan allicin memerlukan beberapa minit untuk bertindak, jadi seeloknya selepas mencincang atau menghancurkan bawang putih, biarkan dahulu sebelum menggunakannya. 

Bawang putih mentah memberikan paling banyak manfaat daripada yang dimasak. Namu, jika anda memilih untuk memasaknya, jangan panaskan melebihi 60°C. Ini kerana, suhu yang sangat tinggi boleh menmbunuh allicin, oleh itu tambah ia apabila anda hampir selesai memasak.

Tidak dinafikan bahawa bawang putih mempunyai pelbagai faedah kesihatan tetapi, jangan gunakan terlalu banyak dalam makanan anda. Memakannya secara berlebihan boleh mengakibatkan ketidakselesaan seperti perut kembung, cirit-birit, nafas dan badan berbau.

Selain itu, anda juga mungkin merasakan rasa kesakitan atau kepedihan pada kulit jika anda mengendalikan sejumlah besar bawang putih yang segar dan kering. Jadi, untuk mengelakkan rasa pedih pada kulit yang disebabkan olehnya, gunakan sarung tangan sewaktu di dapur.

Dalam keadaan yang jarang berlaku, suplemen bawang putih boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan, kehilangan selera makan, kesakitan otot, pening kepala dan tindak balas alahan seperti serangan asma atau ruam pada kulit.

Sekiranya anda menggunakan ubat penipis darah, pengambilan suplemen bawang putih boleh meningkatkan kesan ubat-ubatan, justeru itu, menyukarkan pembentukan darah beku.

Sumber

https://www.medicalnewstoday.com/articles/265853

https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-health-benefits-of-garlic

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-300/garlic

https://food.ndtv.com/food-drinks/powerhouse-of-medicine-and-flavour-surprising-health-benefits-of-garlic-1200468

Summary
Manfaat Bawang Putih Terhadap Kesihatan
Article Name
Manfaat Bawang Putih Terhadap Kesihatan
Description
Bawang putih mengandungi sejenis sebatian allicin yang memberikan bau yang kuat dan menjadikannya penambahan yang sihat dalam diet anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: