malaysia catat jumlah pulih covid-19 paling tinggi
Malaysia Catat Jumlah Pulih COVID-19 Paling Tinggi Hari Ini (29 Mac)

Malaysia mencatakan jumlah pulih COVID-19 pesakit yang sembuh pada tahap tinggi seramai 68 pesakit, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh seramai 388 orang.

Namun begitu, KKM mengumumkan Malaysia telah merekodkan sebanyak tujuh kes kematian COVID-19, iaitu kadar kematian yang paling tinggi pernah dilaporkan, mengakibatkan peningkatan jumlah kematian kepada 34 orang sehingga hari ini.

6 orang pesakit COVID-19 meninggal dunia semalam, manakala seorang pesakit meninggal dunia hari ini. Pesakit paling tua berumur 91 tahun, manakala yang paling muda berumur 27 tahun. Keduaduanya mengalami komplikasi kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang.

Seorang lagi pesakit (Kes #1239) berumur 50 tahun dan merupakan peserta perhimpunan tabligh Sri Petaling mempunyai tekanan darah tinggi.

Sejak 29 Mac 2020, 12 tengahari, sebanyak 150 kes baru telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 2470 kes.

Sehingga hari ini, 73 kes positif COVID-19 dirawat di ICU. Daripada jumlah ini, seramai 52 orang memerlukan ventilator.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham menyatakan bahawa sebanyak 34 kes kematian COVID-19, 55.6% pesakit berumur 60 tahun ke atas, manakala 67.6% mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah,tinggi, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.

Mereka lebih berisiko tinggi mengembangkan komplikasi serius jangkitan COVID-19. Maksudnya, mereka cenderung mengalami symptom yang lebih teruk.

Jadi, adalah amat penting bagi mereka dan ahli keluarga untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Pastikan bekalan ubat-ubatan pesakit mencukupi dan tidak terjejas. Perkhidmatan kesihatan masih dijalankan oleh kakitangan KKM terutamanya untuk rundingan susulan dan bekalan ubat-ubatan.

SUMBER

https://www.theedgemarkets.com/article/covid19-malaysia-reports-11-new-cases-today-333-recoveries-no-deaths

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/26/covid-19-malaysia039s-recovery-rate-among-highest-in-asean-region-says-health-dg

https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/coronavirus-malaysia-has-938-recovery-rate-says-senior-health-official

Summary
Article Name
Malaysia Catat Jumlah Pulih COVID-19 Paling Tinggi
Description
Malaysia mencatakan jumlah pulih COVID-19 pesakit yang sembuhpada tahap tinggi seramai 68 pesakit, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh seramai 388 orang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: