malaysia dipilih bagi mencari penawar COVID-19
Malaysia adalah antara negara yang dipilih untuk menjalani kajian bagi penawar COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat berbesar hati menjadi platform untuk menjalankan kajian pencarian penawar COVID-19 oleh WHO.

Berita ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan yang di surat khabar atas talian BH Online. Menurutnya lagi, pemilihan itu dibuat berdasarkan keupayaan KKM dalam menjalankan kajian klinikal. Malaysia juga mempunyai sistem penyelidikan yang baik serta para penyelidik kita sudah dilatih dengan baik bagi menghadapi situasi sebegini.

WHO memberi kepercayaan kepada KKM untuk menjalankan kajian berskala global pada ‘Remdevisit’, ubat antivirus novel yang dikatakan berpotensi bagi merawat penyakit COVID-19. Sebenarnya, ubat ini sebelum ini telah digunakan dalam kes Ebola yang pernah melanda dunia satu ketika dahulu.

Seterusnya, kajian ini akan dilakukan dengan penumpuan di Hospital Sungai Buloh serta hospital-hospital lain yang telah dikenal pasti sebagai hospital COVID-19 pada ketika ini.

Usaha ini dilihat sebagai satu langkah pantas untuk pencarian penawar COVID-19 dengan cepat dan secara efektif bagi merawat bilangan kes COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat di seluruh dunia. Pada ketika ini sahaja, sebanyak lebih 720,000 kes telah dilaporkan dengan kadar kematian sebanyak 4%.

Dalam kajian ini, pesakit akan diberikan ubat ‘Remdevisit’ tersebut sebelum dipantau oleh pihak penyedia kesihatan bagi mengenal pasti kesan sampingan serta keberkesanannya yang boleh berlaku. Walaupun ia berisiko, namun langkah ini adalah langkah terbaik untuk membantu dunia menghadapi wabak pandemik COVID-19.

Ketika ini, kajian tersebut bukanlah satu-satunya usaha Malaysia dalam membantu dunia menangani wabak COVID-19. Malah, Malaysia juga sudah mahu menghasilkan vaksin bagi novel koronavirus ini. Usaha daripada Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia dengan kerjasama syarikat Malaysian Vaccines and Pharmaceutical Sdn Bhd (MVP) serta Pusat Penyelidikan dan Pendidik Penyakit Berjangkit Tropikal Universiti Malaya (TIDREC).

Bukankah ini sangat membanggakan kerana jika kajian tersebut berjaya, vaksin manusia itu boleh melalui ujiaan percubaan klinikal tidak lama lagi. Jadi, adanya sinar baharu bagi dunia membendung penularan wabak COVID-19 ini.

SUMBER

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670009/covid-19-who-pilih-malaysia-buat-kajian-kesan-ubat-rawat-pesakit
  2. https://www.therakyatpost.com/2020/03/28/malaysia-selected-by-who-in-a-global-mega-research-for-possible-covid-19-cure/
  3. https://www.cdc.gov/vhf/ebola/index.html
  4. https://www.coronatracker.com/
Summary
Malaysia adalah antara negara yang dipilih oleh WHO bagi pencarian penawar COVID-19
Article Name
Malaysia adalah antara negara yang dipilih oleh WHO bagi pencarian penawar COVID-19
Description
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat berbesar hati menjadi platform untuk menjalankan kajian pencarian penawar COVID-19 oleh WHO.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: