maksud guru interim

Maksud Guru Interim, Guru Sandaran, Guru Ganti. Berminat menjadi seorang guru? Panduan buat anda yang ingin menceburi dalam bidang pendidikan. Sebelum itu, anda perlu tahu tentang maksud guru interim, sandaran serta ganti terlebih dahulu. Bagi anda yang ingin memohon Guru boleh membuat permohonan kemasukan ke UPSI atau menerusi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dibuka setiap tahun.

MAKSUD GURU INTERIM, GURU SANDARAN, GURU GANTI

18709525 – teacher with students in chinese school classroom

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Guru Interim, Guru Sandaran dan Guru Ganti termasuk memaparkan pengertian :

MAKSUD GURU INTERIM

Guru Interim bermaksud adalah penjawat awam yang bersifat sementara sehinggalah satu titik persetujuan atau perjanjian menjadi tetap dicapai.

  • Jawatan tersebut juga melalui pelantikan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi fasa ujian-ujian tertentu seperti penjawat awam biasa
  • Guru Interim juga seperti guru atau penjawat awam biasa dimana meraka layak mendapat ganjaran dari segi kewangan serta faedah sampingan yang sama.
  • Tidak mendapat status guru secara tetap seperti guru biasa dalam tempoh interim
  • Tidak akan mendapat status seinioriti serta ganjaran persaraan (gratiuiti) dari majikan
  • Jika diserap ke lantikan tetap, tarikh mulanya sebagai status tetap tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

MAKSUD GURU GANTI

Guru Ganti pula bermaksud guru sementara yang tidak terikat dengan mana-mana ketetapan penjawat awam tetap.

  • Ianya hanyalah sekadar mengganti sementara guru-guru tetap bercuti kursus dalam jangka pandek atau cuti bersalin.
  • Rata-ratanya guru ganti terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM yang tiada latihan ikhtisas/guru tidak terlatih dan dilantik secara kontrak.

MAKSUD GURU SANDARAN

Guru sandaran adalah seseorang yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesuatu tempoh untuk mengisi kekosongan jawatan guru. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Guru Sandaran Terlatih Dan Tidak Terlatih Guru Sandaran Terlatih (GST).

Guru Sandaran Terlatih (GST)

  • Guru Sandaran Terlatih adalah guru yang telah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan sebagai guru contohnya calon dari lepasan Institut Pendidikan Guru
  • Dikenali dengan GST dengan jawatan bergred DC41 dalam penjawat awam.
  • Lulus temuduga dengan SPA barulah status sebagai guru sandaran terlatih (GST) dibuang dan digantikan dengan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPS) dengan gred jawatan baru Guru DG41 (TETAP)
  • Jika ada ijazah dalam bidang kejuruteraan, anda boleh juga mohon jawatan di mana-mana Politeknik yang dikehendaki.

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

  • Guru Sandaran Tidak Terlatih merupakan seseorang yang tidak mempunyai apa-apa sijil, diploma mahupun ijazah dengan bidang berkaitrapat sebagai seorang guru.
  • Majoriti mereka berkhidmat sebagai Guru Ganti sahaja
  • Boleh ditamatkan kontrak pada bila-bila masa sahaja.

Cara Mohon Guru Interim 2021

Cara memohon guru interim mudah sahaja. Anda boleh membuat dan hantar  secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana Mypt3 akan kongsikan maklumat jawatan di bawah ini

Kepada calon yang berkelayakan boleh hantar permohonan guru interim secara online berdasarkan pautan ini, https://pismp.moe.gov.my

Syarat Kemasukan Permohonan Guru

Pastikan sebelum anda hantar permohonan guru interim kementerian pendidikan malaysia kpm tahun 2021, anda mesti ikut segala syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Jadi anda perlu jadi terbaik dikalangan yang terbaik untuk terpilih.

  1. Pastikan anda merupakan warganegara Malaysia yang sah
  2. Anda memilih kesihatan yang baik yang telah pun disahkan. Sihat tubuh badan
  3. Pada 1 Januari 2020 pastikan Umur tidak melebihi 35 tahun dari tarikh tutup permohonan. Tidak boleh lebih daripada itu.
  4. Keputusan SPM yang anda perolehi mesti memperolehi kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
  5. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
  6. Pastikan berdasarkan semakan secara online, http://www2.mqa.gov.my pastikan ijazah sarjana muda atau diploma yang anda perolehi mendapatan pengiktirafan MQA

Tempoh Interim Tiga Tahun sahaja

Pengambilan Permohonan Guru One Off DG41

Berita baik, lebih 18,000 iklan jawatan kosong hebahan pengambilan khas dibuka bermula 7 Julai 2021 untuk permohonan guru secara one off bagi gred dg41 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Syarat kelayakan permohonan pengambilan guru one off kali ini agak mudah kerana KPM perlu isikan segera jawatan kosong ini.

Berapa Gaji Guru DG41 Termasuk Elaun 2021

Gred DG41 adalah kumpulan pelaksana yang mana tawaran gaji guru dg41 termasuk elaun 2021 yang anda nikmati adalah seperti pada jadual bawah ini:

TANGGA GAJI DG41BUTIRAN GAJI
Lulusan Ijazah Sarjana MudaRM2,188.00
Lulusan Ijazah Sarjana Muda + Diploma PendidikanRM2,391.94
Lulusan Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan)RM2,391.94
Lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian + Diploma PendidikanRM2,902.98
Lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) + Diploma PendidikanRM3,209.60
SENARAI ELAUN DG41BUTIRAN ELAUN
Elaun Keraian GuruRM300
Elaun bantuan sara hidup COLA GuruRM300 / RM250 / RM150
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan ITPRM300

Pengambilan dan permohonan guru one off bagi jawatan kosong untuk gred DG41 ini bagi menampung kekurangan tenaga pengajar sekolah rendah sk dan sekolah menengah smk bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu yang berlaku sekarang ini di negeri Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Penang, Perak, Kedah, Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Melaka.

Sumber:

1) https://upuonline.net/maksud-guru-interim/

2) https://mypt3.com/pengambilan-guru-interim

3) https://www.cikguayu.my/maksud-istilah-guru-ganti-guru-interim-dan-guru-sandaran/

Tagged: