Kes positif covid-19
Bilangan kes positif covid-19 mungkin tidak relevan

Menurut pakar, perbandingan antara jumlah kes positif COVID-19 di sesebuah negara dengan kes-kes yang dilaporkan di China, adalah tidak diperlukan sama sekali. Ini kerana angka-angka tersebut tidak menggambarkan maklumat yang jelas berkenaan bilangan individu yang dijangkiti di kedua-dua negara terbabit. Bahkan, ia tidak menjelaskan seberapa pantas penyakit itu disebarkan oleh kerana terdapat hanya sebahagian kecil rakyat yang telah diuji.

Menurut Steve Goodman, seorang profesor di Universiti Stanford, angka yang dilaporkan tidak bermakna. Ini kerana masih ramai individu yang mempunyai simptom ringan, dan mungkin tidak akan menjalani ujian. Kadar peningkatan kes positif COVID-19 mencerminkan kombinasi antara peningkatan ujian dan penyebaran virus tersebut.

Kita memerlukan lebih banyak maklumat yang lengkap dan tersusun untuk menyampaikan sesuatu yang bermakna mengenai kes positif COVID-19 di setiap negara, seperti berapa ramai individu yang akan mati, hospital manakah yang mungkin dipenuhi dengan pesakit COVID-19, dan sama ada terdapat perubahan drastik dari segi gaya hidup masyarakat yang membawa kepada pengurangan penyebaran Coronavirus.

Selain itu, pensampelan rawak juga boleh membantu untuk menentukan jumlah kes ringan atau asimptomatik dan mengenalpasti bilangan yang tepat. Seterusnya, tedapat juga ujian antibodi uang mungkin boleh menunjukkan seberapa ramai individu dalam sampel yang diberi yang telah dijangkiti pada masa yang lepas.

Dengan populasi seramai 1.5 billion orang, 80,000 kes di China nampaknya seperti satu kesalahan bundaran. Manakala, di negara India pula, mereka mendakwa bagawa sesetengah 754 kes mungkin mencerminkan kekurangan dalam prosedur ujian yang dijalankan. Ujian-ujian positif hanya melibatkan sejumlah kecil maklumat tentang bilangan orang yang meninggal dunia atau akan meninggal dunia, kerana kebanyakan kes adalah ringan.

Jaid apa yang perlu diperhatikan sebenarnya? Satu kemungkinan adalah hospitalisasi. Idea ini telah dikemukakan oleh seorang pakar statistik, Jacob Steinhardt. Beliau membantah bahawa kadar peningkatan hospitalisasi mungkin menggambarkan oerkembangan penyakit tersebut tanpa dijejaskan oleh perubahan kadar ujian.

Mengukur kadar kematian boleh mempercepatkan penyebaran COVID-19 kerana kematian melambangkan pecahan bagi kes-kes positif COVID-19. Namun begitu, terdapat kelewatan selama 3 minggu antara jangkitan dan kematian. Hospitalisasi memberi titik tengah tentang COVID-19 kerana ia menganggar seseorang yang sakit mengambil masa antara 11 hingga 14 hari untuk pergi ke hospital.

Oleh itu, kadar peningkatan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU – Intensive Care Unit) boleh memberikan maklumat yang berguna.

Bagaimana untuk meramal bilangan pesakit?

Angka tersebut mungkin tidak mencerminkan perkembangan COVID-19 dengan tepat, namun, yang sebenarnya adalah jika hospital atau ICU telah penuh, dan pakar perubatan mula merawat pesakit yang benar-benar dalam keadaan teruk sahaja.

Menurut Nigam Shah, seorang profesor dari Universiti Stransford, pengumpulan maklumat sebegitu boleh membantu mengelakkan penularan yang lebih meluas.

Jika setiap individu bertindak dengan penuh tanggungjawab, jadi masalah kapasiti di hospital mungkin boleh ditukarkan kepada masalah logistik. Apabila kadar pesakit baru COVID-19 yang dimasukkan ke hospital dan ICU dapat diuruskan, kita boleh mula meramal seberapa ramai manusia yang akan pergi ke hospital pada masa akan datang.

Goodman menambah lagi yang beliau berasa yakin bahawa pihak saintis akan mengumpul maklumat yang sepatutnya bagi memahami pandemik ini dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, beliau masih skeptikal mengenai kadar kematian yang dilaporkan kerana kita masih belum mengetahui kadar jangkitan Coronavirus.

Malah, kita juga tidak boleh mengenalpasti kumpulan yang lebih terdedah kepada Coronavirus. Wujud idea yang menyatakan individu yang paling terjejas adalah yang berumur lanjut. Memandangkan hampir majoriti kematian melibatkan pesakit yang mempunyai keadaan kesihatan mendasar, ini mungkin faktor risiko yang terbesar. Jadi, umur dan keadaan kesihatan dasar berkait antara satu sama lain.

Maklumat mengenai keadaan kesihatan mendasar dan umur seseorang adalah sangat penting untuk mengkaji tentang penyebaran Coronavirus secara mendalam.

Menurut Dr. Farzad Mostashari dan Dr. Ezekiel Emanuel, sesetengah maklumat berguna boleh didapati dari tapak ujian COVID-19. Jabatan kesihatan perlu mengambil kira jumlah ujian yang dijalankan juga, bukan kes positif sahaja. Selain itu, maklumat demografik dan simptom juga perlu direkodkan sewaktu pengujian.

Malah, pensampelan rawak juga boleh membantu, untuk mengenalpasti jumlah kes ringan dan asimptomatik serta mendapatkan jumlah yang tepat. Malah, ujian antibodi juga digalakkan kerana ia boleh menunjukkan jumlah inidividu yang pernah dijangkiti pada waktu lalu.

Dengan perhatian kepada maklumat yang betul, para saintis boleh menilai sama ada usaha perintah berkurung atau penjarakan sosial berkesan memperlahankan kadar penyebaran virus itu.

SUMBER

https://statmodeling.stat.columbia.edu/2020/04/19/fatal-flaws-in-stanford-study-of-coronavirus-prevalence/

https://www.bloomberg.com/opinion/articles/2020-03-28/confirmed-coronavirus-cases-is-an-almost-meaningless-metric

Summary
Maklumat Bilangan Kes Positif COVID-19 Mungkin Tidak Begitu Relevan
Article Name
Maklumat Bilangan Kes Positif COVID-19 Mungkin Tidak Begitu Relevan
Description
Perbandingan antara jumlah kes COVID-19 di sesebuah negara dengan kes yang dilaporkan di China, adalah tidak diperlukan sama sekali.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: