makanan dihindari semasa diet keto
Mengetahui pemakanan yang betul adalah aspek yang penting dalam menjalani satu jenis diet.

Anda perlu mengetahui makanan dihindari semasa diet keto yang penting untuk anda agar ia tidak merosakkan diet anda kelak.

Bagi mendapatkan hasil yang baik, pastikan anda mengurangkan pengambilan karbohidrat dan mendapatkan kebanyakan kalori daripada lemak. Ianya pasti susah dilakukan kerana kita sudah terbiasa akan makanan berkarbohidrat dan berprotein. Namun, tiada apa yang mustahil di dunia ini jadi mengurangkan pengambilan makanan tertentu juga pasti boleh dilakukan!

1. Bijirin

Bijirin mempunyai kandungan karbohidrat yang agak tinggi jadi ia boleh menghalang keberkesanan diet keto anda. Walaupun kebanyakan bijirin bersaiz kecil dan tidak dilihat sebagai faktor yang boleh mengganggu diet keto, namun ianya adalah lebih baik jika anda elakkan mengambil makanan dihindari semasa diet keto seperti:

  • Oat
  • Nasi
  • Quinoa
  • Rye
  • Gandum
  • Pumpernickel (biasanya dijumpai pada roti pumpernickel)
  • Barli
  • Tepung yang ditapai untuk menghasilkan roti dan sebagainya
  • Jagung
  • Buckwheat

Jangan lupa bahawa roti, pasta, biskut dan kerak pizza juga mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jadi, pastikan anda kurangkan makanan yang selalu dianggap makanan Barat ini demi hasil yang lebih baik. Elakkan makan di restoran seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut dan yang lain-lain juga!

2. Buah-buahan

Anda pasti terkejut melihat buah-buahan berada dalam senarai ini bukan? Namun, ada buah-buahan yang mengandungi kadar gula dan karbohidrat yang tinggi. Tidak semuanya perlu dielakkan, hanya segelintir sahaja makanan dihindari semasa diet keto yang terlibat. Antaranya seperti:

  • Oren
  • Nenas
  • Pisang
  • Epal
  • Pear
  • Anggur
  • Mangga
  • Durian
  • Buahan kering seperti kismis, kurma dan mangga
  • Jus buah-buahan

3. Sayur-sayuran

Peraturan asas keto diet adalah mengelakkan pengambilan sayur-sayuran yang tumbuh di bawah tanah. Jadi, anda pasti sudah boleh teka apakah sayur-sayurannya bukan? Mari kita lihat makanan dihindari semasa diet keto:

  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Ubi bakar
  • Ubi kayu
  • Keladi
  • Jagung
  • ‘Artichoke’
  • Lobak putih

4. Protein

Memandangkan diet keto memang mengambil berat akan pengambilan protein, jadi pastikan pemakanan anda berasaskan protein dalam kadar yang mencukupi sahaja. Makanan dihindari semasa diet keto seperti:

  • Daging yang diproses.
  • Daging yang digoreng.

5. Lemak yang tidak berkhasiat

Ada juga bahan yang mengandungi kandungan lemak tidak sihat dan selalu digunakan dalam masakan harian. Kita biasanya menyukai bahan ini kerana rasanya yang berlemak dan menyedapkan. Ini termasuklah:

  • Mentega
  • Margarin
  • Minyak sayuran

Jadi, sebagai seorang pengamal diet keto, pastikan bahan-bahan ini digunakan dalam masakan anda dengan kadar yang sedikit sahaja.

6. Minuman

Kadangkala, individu hanya menjaga pemakanan tetapi melupakan bahagian minuman. Minuman juga boleh memberikan kesan negatif kepada diet keto yang anda amalkan. Kebanyakannya termasuklah minuman bergula dan berkarbonat seperti:

  • Air kola
  • Jus buah (lebih-lebih lagi yang diproses)
  • Minuman tonik (tonic water)
  • Minuman khas untuk tenaga (energy drinks)
  • Minuman khas untuk sukan (sports drinks)
  • Air koktel

Jika anda penggemar minuman daripada kedai kafe Starbucks atau air ‘Coke’ yang selalu diambil dengan makanan ringan, lupakan nafsu itu dan fokus pada matlamat kesihatan anda.

Memandangkan anda kini lebih berpengetahuan tentang pengambilan makanan yang baik atau tidak baik buat diet keto, mulalah melihat ‘pantry’ anda dan buat keputusan yang betul. Ubah apa yang perlu dengan betul agar ia boleh memberikan perbezaan.’

SUMBER

https://www.atkins.com/how-it-works/library/articles/helpful-tips-ketogenic-foods-to-avoid

https://www.dietdoctor.com/low-carb/keto/foods

https://www.womansday.com/health-fitness/nutrition/a25602934/keto-diet-foods/

Summary
Makanan Yang Perlu Dihindari Semasa Diet Keto
Article Name
Makanan Yang Perlu Dihindari Semasa Diet Keto
Description
Anda perlu mengetahui makanan dihindari semasa diet keto yang penting untuk anda agar ia tidak merosakkan diet anda kelak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: