Makanan Dielakkan Diet Eat Clean
Makanan dielakkan diet 'Eat Clean' juga sangat penting agar anda maklum makanan apa yang tidak sesuai untuk diet Eat Clean anda.

Makanan dielakkan diet ‘Eat Clean’ juga sangat penting agar anda maklum makanan apa yang tidak sesuai untuk diet Eat Clean anda. Dengan itu anda tak perlu lagi memikirkan tentang kiraan kalori. Tiket sebenar untuk mendapatkan badan yang kurus dan sihat adalah mengamalkan diet ‘Eat Clean’, atau makan secara bersih.

Makanan tanpa lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan minum air kosong serta bersenam secara berkala boleh memperbaiki sistem metabolisme dalam badan anda.

Amalkan gaya hidup sihat dan anda akan dapati berat badan anda berkurang di samping berasa lebih cergas dan sihat. Malah, kulit anda juga akan bercahaya!

Falsafah ‘Eat clean’ adalah pengambilan nutrien lebih penting berbanding senaman atau genetik yang membentuk tubuh badan.

Adakah diet ‘Eat Clean’ berkesan?

Gaya hidup ‘Eat clean’ memiliki beberapa kesan positif. Ia adalah diet seimbang yang tertumpu pada bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, lemak dan protein. Selain itu, ia juga menggalakkan anda untuk mengawal saiz porsi hidangan.

Berikut adalah falsafah gaya hidup ‘Eat Clean’:

  • Makan 6 kali hidangan setiap hari.
  • Makan sarapan setiap hari.
  • Makan protein tanpa lemak dan karbohidrat kompleks dalam setiap hidangan.
  • Makan 2 atau 3 hidangan lemak sihat setiap hari.
  • Makan serat, vitamin, nutrien dan enzim daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal saiz hidangan anda.
  • Minum sebanyak 2 hingga 3 liter air setiap hari.

Makanan yang perlu dielakkan dalam diet Eat Clean

– Makanan yang terlebih proses

  • Tepung putih
  • Gula putih

– Pemanis tiruan

  • Saccharin
  • Acesulfame K
  • Sucralose
  • Aspartame

– Minuman bergula yang perlu dielakkan

  • Soda
  • Jus dengan gula tambahan

– Makanan mengandungi pengawet

  • Makanan dalam tin
  • Makanan diproses

– Makanan mengandungi bahan kimia tambahan yang perlu dielakkan

  • Pewarna makanan
  • Sodium nitrite
  • Perasa tiruan

– Makanan tiruan yang perlu dielakkan

  • Kepingan keju yang diproses
  • Diet soda
  • Minuman tenaga

– Lemak tepu dan lemak trans

  • Mayonis
  • Mentega
  • Lemak haiwan
  • Keju
  • Daging diproses

Makanan tinggi kalori tanpa nilai nutrisi yang perlu dielakkan

  • Keropok kentang
  • Gula-gula
  • Tepung putih
  • Pretzel
  • Pasta

Sumber:

Summary
Makanan Yang Perlu Dielakkan Dalam Diet Eat Clean
Article Name
Makanan Yang Perlu Dielakkan Dalam Diet Eat Clean
Description
Makanan dielakkan diet 'Eat Clean' juga sangat penting agar anda maklum makanan apa yang tidak sesuai untuk diet Eat Clean anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: