Makanan pesakit diabetes
Penjagaan pemakanan yang betul adalah satu faktor yang amat penting bagi pesakit kencing manis

Diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang telah mencapai perkadaran epidemik di kalangan individu dewasa dan kanak-kanak di seluruh dunia. Ia adalah penyakit yang tidak terkawal dan boleh memberi banyak kesan yang serius termasuklah penyakit jantung, penyakit buah pinggang, hilang penglihatan dan komplikasi lain.

Penjagaan pemakanan yang betul adalah satu faktor yang amat penting bagi pesakit kencing manis. Mengambil makanan yang salah boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta meningkatkan risiko penyakit anda.

Mengapakah pengambilan karbohidrat amat penting bagi pesakit diabetes?

Karbohidrat, protein dan lemak adalah makronutrien yang memberi tenaga kepada tubuh kita. Jika dibandingkan antara ketiga-tiga mikronutrien ini, karbohidrat mempunyai kesan paling besar terhadap gula dalam darah anda. Ini berlaku kerana apabila ia dipecahkan menjadi gula, atau glukosa, bahan tersebut akan diserap ke dalam aliran darah.

Seterusnya, kandungan karbohidrat termasuklah kanji, gula dan serat. Walau bagaimanapun, serat tidak dicerna dan diserap oleh badan dengan cara sama seperti jenis karbohidrat lain. Justeru itu, ia tidak menaikkan kadar gula darah anda.

Namun, apabila seseorang mengambil terlalu banyak karbohidrat pada satu masa, paras gula darah boleh naik ke tahap yang tinggi. Dari masa ke masa, paras karbohidrat yang tinggi boleh merosakkan saraf dan saluran darah dalam badan anda. Ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan keadaan kesihatan yang serius.

Oleh itu, mengekalkan pengambilan karbohidrat yang rendah boleh membantu mencegah kenaikan gula darah dan mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Ianya adalah amat penting bagi anda untuk mengelakkan makanan seperti yang disenaraikan di bawah. Dalam artikel ini, sebanyak tujuh makanan telah disenaraikan dan perlu dielakkan bagi pesakit dengan diabetes atau pradiabetes.

1. Minuman bergula

Minuman bergula adalah pilihan yang buruk bagi pesakit diabetes. Ini kerana, kebanyakannya mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Contohnya, minuman teh ais dan ‘lemonade’ yang mana masing-masing mengandungi 36gram karbohidrat secara eksklusif daripada gula sahaja.

Di samping itu, ia juga kaya dengan fruktosa, yang sering dikaitkan dengan masalah rintangan insulin dan kencing manis. Kajian telah menunjukkan bahawa mengambil minuman manis boleh meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan diabetes seperti hati berlemak.

Tambahan lagi, paras fruktosa yang tinggi dalam minuman beralkohol pula boleh menyebabkan perubahan metabolik pada kita. Ia justeru meningkatkan lemak perut dan paras kolesterol serta trigliserida yang boleh mengancam kesihatan seseorang.

Dalam satu kajian yang dilakukan terhadap individu dewasa yang berlebihan berat badan atau obes, pengambilan 25% kalori daripada minuman dengan kadar fruktosa tinggi dalam diet mengekalkan berat badan telah menyebabkan peningkatan rintangan insulin dan lemak perut. Bukan itu sahaja, ia juga telah mengurangkan kadar metabolisme mereka dan mengakibatkan masalah kesihatan jantung yang lebih teruk.

Bagi membantu mengawal paras gula darah dan mencegah risiko penyakit, anda sebaiknya minum air kosong, air kelapa atau teh ais tanpa gula sahaja.

2. Lemak trans

Makanan yang mengandungi lemak trans industri adalah sangat tidak sihat. Ia dicipta dengan penambahan hidrogen kepada asid lemak tidak tepu untuk menjadikannya lebih stabil.

Lemak trans selalunya boleh ditemui di dalam kandungan marjerin, mentega kacang, sapuan roti, krim dan makanan sejuk beku (frozen food). Di samping itu, pengilang makanan juga sering menambahkannya ke dalam keropok, kek dan makanan yang dibakar lain untuk membantu memanjangkan jangka hayatnya.

Walaupun lemak trans tidak menaikkan paras gula darah secara langsung, ia telah dikaitkan dengan peningkatan masalah keradangan, rintangan insulin dan lemak perut seseorang. Malah, lemak ini juga dapat menurunkan paras kolesterol HDL yang “baik” dan menjejaskan fungsi arteri.

Kesan ini sangat menjejaskan pesakit kencing manis kerana mereka boleh mengalami peningkatan risiko penyakit jantung.

Mujurlah, lemak trans telah diharamkan di kebanyakan negara, ditambah pula dengan arahan penghapusan lemak trans daripada produk di pasaran oleh FDA (Food & Drug Administration) pada tahun 2015. 

3. Roti putih, pasta dan nasi

Roti putih, nasi dan pasta adalah makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Memakan roti, bagel dan makanan yang diperbuat daripada tepung halus telah dibuktikan dapat meningkatkan tahap gula darah pada pesakit dengan diabetes 1 dan jenis 2. Namun, tindak balas ini tidak eksklusif terhadap produk gandum sahaja. Dalam satu kajian yang dilakukan, pasta bebas gluten juga dapat meningkatkan gula darah, lebih-lebih lagi pasta bebas gluten yang berasaskan beras.

Malah, satu lagi kajian mendapati bahawa makanan bagel dengan kandungan karbohidrat yang tinggi karbohidrat tidak hanya menaikkan kadar gula darah tetapi juga boleh menurunkan fungsi otak bagi pesakit kencing manis jenis 2. Makanan yang diproses sebegini biasanya hanya mengandungi kandungan serat yang sedikit dan melambatkan penyerapan gula ke dalam aliran darah.

Dalam satu kajian lain, menggantikan roti putih dengan roti serat tinggi dapat mengurangkan paras gula darah pada pesakit diabetes. Di samping itu, mereka juga dilihat mengalami pengurangan kolesterol dan tekanan darah. Jadi, tukar jenis makanan anda kepada sesuatu yang bersifat lebih organik dan kurang gula bagi meminimumkan risiko penyakit kencing manis.

4. Yogurt berperisa buah

Yogurt kosong/ biasa (plain yogurt) adalah pilihan yang baik bagi pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan variasi yougurt berperisa buah.

Ini kerana, yogurt berperisa biasanya diperbuat daripada susu tanpa lemak atau rendah lemak dan dipenuhi dengan karbohidrat serta gula. Sebenarnya, satu cawan (245gram) hidangan yogurt berperisa boleh mengandungi sehingga 47gram kandungan gula, yang bermaksud hampir 81% kalorinya berasal daripada gula.

Ramai individu menganggap bahawa yogurt beku boleh menjadi alternatif yang sihat bagi ais krim. Namun, tahukah anda bahawa ia ternyata boleh mengandungi lebih banyak gula berbanding ais krim?

Daripada memilih jenis yogurt sebegini, pilihlah susu yogurt biasa /kosong yang tidak mengandungi gula dan bermanfaat untuk faktor selera makan, kawalan berat badan dan kesihatan usus anda.

5. Bijirin sarapan yang manis

Jika anda adalah seorang penghidap kencing manis, mengambil bijirin adalah salah satu cara buruk untuk memulakan hari anda.

Walaupun banyak tuntutan kesihatan tertulis pada kotak bungkusan bijirin, kebanyakan bijirin yang diproses mengandungi lebih banyak karbohidrat daripada yang anda sedari. Di samping itu, ia cuma menyediakan protein dalam jumlah yang sangat sedikit. Protein diperlukan untuk membantu anda berasa kenyang sambil mengekalkan paras gula darah yang stabil pada siang hari.

Walaupun kini sudah terdapatnya “bijirin “sihat”, ia bukanlah pilihan yang baik bagi mereka yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, hidangan separuh cawan (55 gram) bijirin granola sahaja mengandungi 30gram karbohidrat boleh dihadam manakala ‘Grape Nuts’ pula mengandungi 41gram jenis karbohidrat yang sama. Kedua-duanya juga hanya menyediakan hanya 7gram protein bagi setiap hidangan.

Bagi mengekalkan kadar gula darah serta mengawal tahap kelaparan anda, pilihlah sarapan yang berasaskan protein.

6. Minuman kopi berperisa

Kopi biasanya dikaitkan dengan beberapa manfaat kesihatan, termasuklah mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Walau bagaimanapun, minuman kopi berperisa haruslah dielakkan berbanding kopi biasa kerana ia bukanlah sejenis minuman yang menyihatkan. Kajian menunjukkan bahawa otak anda tidak memproses makanan cecair dan pepejal dengan cara yang sama. Apabila anda mengambil kalori dan tidak mengimbanginya dengan pengambilan makanan yang sedikit, keadaan ini berpotensi menyebabkan penambahan berat badan.

Malah, minuman kopi berperisa juga kaya dengan karbohidrat. Malahan, versi yang ‘light’ juga mengandungi karbohidrat yang mencukupi untuk meningkatkan paras gula darah anda dengan ketara. Misalnya, ‘frappuccino karamel’ daripada kedai Starbucks mengandungi 67gram karbohidrat, manakala ‘frappucino karamel’ bersaiz kecil pula mengandungi 30gram karbohidrat.

Bagi memastikan paras gula darah anda terkawal, pilihlah kopi jenis biasa atau espresso dengan 1 atau 1/2 sudu makan krimer sahaja.

7. Madu, madu agave dan sirap maple

Pesakit yang menghidap kencing manis sering cuba untuk meminimumkan pengambilan gula putih serta menghindari makanan manis seperti gula-gula, kek dan kuih muih lain.

Walau bagaimanapun, bentuk gula yang lain juga boleh menyebabkan kadar gula darah anda meningkat. Ini termasuklah gula perang dan gula “semula jadi” seperti madu, madu agave dan sirap maple. Walaupun pemanis ini tidak diproses, ia masih mengandungi jumlah karbohidrat sebanyak gula putih atau lebih daripada itu.

Di bawah adalah kiraan karbohidrat bagi 1 sudu makan hidangan pemanis popular:

  • Gula putih: 12.6gram
  • Madu Agave: 16gram
  • Madu: 17gram
  • Sirap maple: 13gram

Dalam satu kajian yang dijalankan, pesakit pradiabetes telah mengalami peningkatan dalam kadar gula darah, insulin dan penanda keradangan apabila mengambil sebanyak 50gram gula dan madu.

Strategi terbaik buat anda yang menghidap penyakit diabetes adalah untuk mengelakkan semua bentuk gula dan menggunakan pemanis rendah karbohidrat semulajadi seperti stevia.

SUMBER

https://www.webmd.com/diabetes/diabetic-food-list-best-worst-foods

https://www.healthline.com/health/type-2-diabetes/best-meal-plans

https://www.battlediabetes.com/articles/diet/mayo-clinic-diabetic-diet

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324416

Summary
Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Pesakit Kencing Manis
Article Name
Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Pesakit Kencing Manis
Description
Penjagaan pemakanan yang betul adalah satu faktor yang amat penting bagi pesakit kencing manis. Jom ketahui makanan pesakit kencing manis yang betul dan salah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: