Now Reading
Makanan Sedap di KL, Murah dan Mahal

Makanan Sedap di KL, Murah dan Mahal

makanan sedap di kl

Makanan sedap di KL adalah bukan kebiasaan yang bakal anda temui di bandar besar ini. Kuala Lumpur amat unik kerana ianya bagaikan periuk pelbagai budaya.

Bukan sahaja orang Malaysia sendiri yang dari seluruh pelusuk negeri ke bandar ini samada untuk berkerja mahupun belajar, tetapi juga orang asing yang berhijrah dari Asia dan Eropah dan menjadikan bandar ini sebagai rumah baru mereka.

Maka, pelanggan dengan kepelbagaian status sosial boleh menemui restoran dan kafe dari budaya yang lain juga. Restoran penggabungan juga boleh dijumpai di bandar besar ini.

Al Fiyah, Medan Kampung Baru makanan sedap di kl

Hidangan dari restoran ini bukanlah berasal dari Malaysia, seperti namanya. Ianya merupakan tempat lepak kegemaran masyarakat tempatan sekitar. Ianya adalah satu-satunya medan selera di Kampung Baru yang barisanamat panjang setiap pagi.

Juadah di sini termasuklah lontong, telur, tempe goreng dan pelbagai jenis sayuran. Kari atau rending daging yang enak lah yang menjadikan lontong jawa ini berbeza dari yang kedai-kedai lain.

Waktu beroperasi: 8:00am – 1:00pm

Lokasi: Jalan Raja Muda Abdul Aziz

Berjaya Restaurant, Bangsar makanan sedap di kl

Mee wantan yang halal sangat susah untuk didapati kerana kebanyakannya ialah tidak halal. di Berjaya Restaurant, terdapat mee wantan tanpa khinzir yang boleh anda nikmati! Alang-alang tu, boleh lah rasa sekali masakan Padang Indonesia (yang rasanya boleh tahan sedap!).

Waktu beroperasi: 7:00am – 5:00pm (Setiap hari)

Lokasi: 44, Jalan Telawi, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur

Maju Palace Restaurant

Untuk dim sum yang jauh lebih murah, restoran ini adalah pilihan yang erbaik. Bila dibandingkan harganya dengan Dolly Dim Sum, harga di restoran ini agak berpatutan dan menawarkan 15% diskaun hujung minggu untuk semua dim sum.

Akan tetapi, dim sum hanya boleh didapati pada sarapan pagi dan makan tengahari,dari jam 10:30am sehingga 3:00pm (Isnin – Sabtu) dan 10:00am sehingga 3:00pm (Ahad). Makan malam di sini agak mahal, jadi tidak disarankan makan malam di Maju Palace.

Waktu beroperasi: 10:30am– 3:00pm (Sarapan pagi/makan tengahari, Isnin – Sabtu)

Lokasi: Suite 5-6, 5-11, Level 5, Maju Junction Mall, 100 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

RSMY House, Medan Tuanku

Cheese naan tersedap di bandar sudah semestinya di RSMY! Keju Mozzarella yang mencair di mulut bagaikan mentega. Cheese naan digandingkan dengan kari yang enak untuk menjadi juadah yang mengenyangkan.

Cuba lah kambing kerayi, aloo anda dan dal goreng di sini, sangat berbaloi. Tapi kalau anda seorang vegan, boleh cuba naan biasa atau bawang putih bersama dal goreng.

Waktu beroperasi: 12pm – 12am (Setiap hari)

Lokasi: 11 & 13 Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Atmosphere 360, KL Tower

Anda inginkan makan malan romantis dengan pemandangan indah dari awam bandar KL? Singgah lah ke restoran di Menara KL yang menakjubkan ini, di mana terletak 282 meter di atas tanah.

Dekorasi indah dan futuristic di restoran ini, dibuka setiap hari untuk makan tengahari, minum petang dan makan lewat malam, dengan hidangan buffet, alternatif ala acrte dan cocktail yang menyegarkan.

Waktu beroperasi: ditutup sementara waktu

Lokasi: Menara Kuala Lumpur 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur

Botanica + Co, Alila Bangsar

Botanica + Co, Alila Bangsar, sebuah tempat yang selesa dan santai untuk janji temu, perjumpaa atau perayaan istimewa. Ianya terletak di hotel butik bertaraf 5 bintang iaitu Alila Bangsar.

Restoran ini mempunyai suasana yang sofistiskated, dengan siling tinggi, cahaya semulajadi yang banyak juga beberapa tumbuhan hijau. Di tempat inilah anda boleh menikmati makanan yang enak, minuman yang lazat juga perbualan yang menarik.

Waktu beroperasi: 8:00 – 8:00pm

Lokasi: 58, Jalan Ang Seng, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

Joloko, Chow Kit

Joloko, terletak di sebuah tempat yang menarik dan unik di Chow Kit, memberikan suasana syurga tropika Caribbean yang bertenaga. Ideal untuk makan malam yang kasual atau perjumpaan peribadi dengan orang tersayang.

Jangan lupa untuk gandingkan makanan anda dengan cocktail yang sedap dan inovatif di Joloko ini. Jangan lupa buat tempahan dengan menelefon restoran terlebih dahulu, sebab biasanya tempat ini penuh di hujung minggu!

See Also
Bidaisari Resort

Waktu beroperasi: 11:00am – 10:00pm

Lokasi: 43, Jalan Kamunting, Off, Jalan Dang Wangi, 50300 Kuala Lumpur

Tamarind Springs, Ampang

Bila anda masuk ke Tamarind Springs, anda akan disajikan dengan letupan visual dan deria. Permata tersembunyi ini terletak di hutan simpan semulajadi Ampang dan dihiasi dengan perabot Bali.

Sajikan deria rasa anda dengan juadah IndoCina di sini seperti ketam tumis, salad masam manis, kari amok dan pesto pan-fried Vietnam.

Waktu beroperasi: 6pm -8pm (Isnin – Jumaat) | 12pm – 3pm, 6pm – 8pm (Sabtu) | 12pm – 3pm (Ahad)

Lokasi: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang.

Thirty8, Grand Hyatt

Terletak di lantai 38 Grand Hyatt Kuala Lumpur, ianya dipilih sebagai restoran dengan pemandangan paling cantik di bandar.

Nikmatilah makanan yang sedap dengan pemandangan panorama 360-darjah KL! Restoran ini menawarkan pelbagai juadah antarabangsa seperti Barat, Cina dan juga Jepun.

Waktu beroperasi: Ditutup sementara waktu

Lokasi: Grand Hyatt Kuala Lumpur 12, Jalan Pinang 50450, Kuala Lumpur

Samada anda ada bajet yang ketat atau memang ingin berbelanja besar untuk makan makanan sedap di KL, kami dah sediakan senarai yang tepat buat anda.

Sumber:

https://amellie.net/cheap-eats-10-best-local-foods-in-kuala-lumpur/

https://www.klook.com/en-MY/blog/kl-restaurants-special-occasions/

error: Content is protected !!