makanan lebihan
Kebanyakan kita suka menyimpan makanan lebihan agar boleh dimakan lagi keesokan harinya.

Kebanyakan kita suka menyimpan makanan lebihan agar boleh dimakan lagi keesokan harinya. Namun, adakah anda tahu bahawa makanan itu boleh menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit atau keadaan yang lebih serius sekiranya ia tidak disimpan dengan betul.

Di Shanghai, seorang lelaki hampir maut setelah makan makanan lebihan iaitu makanan laut yang disimpannya dalam peti sejuk. Menurut sumber ‘HK On CC’, lelaki tersebut tiba-tiba mengalami simptom cirit-birit, demam, pening dan keliru sebelum dibawa ke hospital. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan bahawa lelaki ini mengalami keadaan dipanggil sepsis atau juga dikenali sebagai jangkitan pada darah. Keadaan ini dikenal pasti selepas pemeriksaan mendapati bahawa darah lelaki ini telah dijangkiti dengan bakteria gram-negatif.

Pada mulanya, dia mengalami sakit perut dan cirit-birit sebelum demam. Lelaki terbabit kemudiannya berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat demam yang membantu melegakan suhu badannya. Dia juga telah didiagnosis dengan gastroenteritis akut tetapi memandangkan simptom tersebut tidak sembuh atau hilang, lelaki ini telah dihantar ke hospital pula.

Sejurus sampai di sana, doktor yang memeriksanya mengatakan bahawa dia berada dalam keadaan kritikal tetapi tidak difahami oleh lelaki tersebut. Doktor mengatakan bahawa sepsis itu mungkin terjadi kerana dia memakan makanan lebihan iaitu makanan laut yang telah basi yang mungkin mempunyai bakteria. Bakteria kemudian masuk ke dalam sistem badan dan mula memberi kesan yang cepat.

JADI,

  • Pastikan anda menyimpan makanan dengan cara yang betul agar ia tidak basi atau terdedah kepada bakteria samaada makanan lebihan ataupun tidak. Pastikan makanan tersebut ditutup dan disimpan dalam bekas. Jika anda sudah berasa was-was dengan warna dan rupanya, buang sahaja makanan itu kerana ia mungkin sudah tidak boleh dimakan lagi.
  • Janganlah simpan makanan lebihan dalam tempoh yang lama kerana ada segelintir makanan terutamanya makanan berkuah yang mengandungi susu, telur, santan cepat basi. Lain pula bagi makanan kering kerana mereka tidak mengandungi cecair yang boleh membuatkan bakteria merebak dengan cepat. Jadi, bertindaklah dengan bijak dan jaga kesihatan perut anda dengan baik!

SUMBER

https://www.foxnews.com/health/student-died-after-eating-leftover-pasta-in-rare-food-poisoning-case

https://jcm.asm.org/content/50/11/3816

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/food-safety

https://www.webmd.com/food-recipes/food-poisoning/food-poisoning-causes

Summary
Makanan lebihan boleh menyebabkan kematian?
Article Name
Makanan lebihan boleh menyebabkan kematian?
Description
Kebanyakan kita suka menyimpan makanan lebihan agar boleh dimakan lagi keesokan harinya. Namun, adakah anda tahu bahawa makanan mungkin beracun?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: