makanan kelantan

Makanan kelantan sememangnya popular. Dan rata-rata kedai makan pemiliknya orang Kelantan. Siapa yang tidak kenal negeri dengan jolokon nama Cik Siti Wan Kembang ini? Semestinya ia adalah Negeri Kelantan yang terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Tidak seperti masyarakat Melayu di tempat lain, gaya hidup dan budaya masyarakat di Kelantan agak berbeza terutama dalam hidangan makanan mereka. Di Kelantan, anda akan dapat merasai pelbagai hidangan tradisi mereka yang pastinya sedap dan agak unik untuk dimakan.

Antara makanan Kelantan yang terkenal:

Budu

Budu merupakan salah satu makanan yang wajib bagi masyarakat Kelantan. Tanpa budu pasti hidangan makanan yang dimakan rasa seakan tidak lengkap. Jika anda hendak tahu, budu adalah sejenis sos ikan yang dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman.

Budu memiliki rasa dan bau yang unik kerana ia diperbuat daripada hasil peraman ikan bilis dan garam. Budu ini bukan setakat memiliki rasa yang unik sahaja, malah ia juga baik untuk kesihatan kerana mengandungi Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.

Ia biasanya dimakan bersama ikan bakar dan ulam-ulaman. Rasa budu ini akan bertambah sdap jika ditambah dengan hirisan bawang dan perapan limau. Anda pasti tidak akan menyesal setelah merasa kelazatan budu ini. Oleh itu, anda wajib mencubanya sendiri!

Nasi Tumpang

Secara tradisional Nasi Tumpang dikaitkan dengan wilayah Kelantan. Ia merupakan hidangan Malaysia yang terdiri daripada nasi yang berlapis dengan pelbagai hidangan, kemudian dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon. Lapisan nasi ini biasanya disiapkan dengan lauk kari, telur, timun, dan kerisik pedas. Walaupun pada masa dahulu ia menjadi makanan utama nelayan dan petani, kini nasi tumpang menjadi makanan yang biasa sebagai makanan sarapan pagi bagi semua masyarakat terutama di Kelantan.

Nasi Kerabu

Salah satu hidangan yang paling popular di Kelantan adalah Nasi Kerabu. Siapa yang tidak kenal hidangan ini? Dengar sahaja namanya anda pasti akan teringatkan negeri Kelantan.

Nasi kerabu sangat unik kerana warna nasinya adalah biru dan lain daripada yang lain. Ia biasanya dihidang bersama ulam-ulaman, ikan goreng, ayam bakar, ayam percik, daging bakar, solok lada, keropok, budu dan sambal cili.

Jika anda hendak tahu, warna biru pada nasi sebenarnya terhasil daripada warna bunga telang. Nasi Kerabu adalah salah satu hidangan Kelantan yang wajib anda cuba kerana keunikan dan kelazatannya yang sangat berbeza daripada hidangan lain yang pernah anda makan.

Ketupat sotong

Ketupat sotong bukanlah suatu hidangan yang asing lagi bagi masyarakat Kelantan. Rata-rata masyarakat Kelantan menggemari hidangan ini kerana rasanya yang lazat dan agak manis sesuai dengan cita rasa masyarakat.

Cara menyediakan hidangan ini adalah dengan meyumbatkan beras pulut ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula merah. Untuk memberikan rasa yang lebih mengagumkan, air manisan boleh ditambahkan pada hidangan ini. Sangat unik bukan? Hidangan sotong selalunya menjadi hidangan utama masyarakat ketika makan, namun bagi masyarakat Kelantan, ia boleh menjadi hidangan pencuci mulut.

Nasi manis

Makanan tradisional Negeri Kelantan Nasi manis ini juga dikenali sebagai wajik. Nasi manis ini adalah sejenis pulut yang manis dan lazat dimakan tanpa lauk. Kebiasaanya, nasi manis ini dijadikan sebagai pencuci mulut atau manisan pada majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan di Kelantan. Jika anda teringin ingin memakan pencuci mulut ini, anda tidak perlu risau kerana di Kelantan banyak warung yang menjual kuih ini terutama pada waktu pagi.

Khao Jam

Adakah anda pernah mendengar nama makanan Khao Jam ini? Jika anda hendak tahu, Khao Jam adalah hidangan seperti Nasi kerabu namun telah diinovasikan kepada masakan Thailand. Kedua-dua makanan antara nasi kerabu dan Khao jam ini seakan sama sahaja hanya dibezakan oleh warna nasi iaitu warna nasi kerabu adalah biru manakala Khao jam berwarna hijau.

Khao jam ini dimasak menggunakan gabungan beras tempatan dan beras Thai yang berkelikatan tinggi. Antara perbezaan lain antara Khao jam dengan nasi kerabu ialah Khao jam tidak mempunyai kuah tumis santan yang dimasak bersama budu. Jika anda seorang penggemar Nasi Kerabu tetapi inginkan sedikit kelainan bolehlah mencuba hidangan Khao Jam ini.

Laksam

Secara tradisinya Laksam dikaitkan dengan negeri Kelantan dan Terengganu. Sup Malaysia yang beraroma ini terdiri daripada mie tepung beras yang disajikan dalam sup ikan yang pekat.

Mie disiapkan dengan cara mengadunkan tepung beras secara nipis lalu dituangkan di permukaan rata, dikukus, kemudian digulung dan dihiris menjadi kepingan kecil. Perasa yang disajikan bersama laksam biasanya dibuat dengan santan dan pasta ikan berkrim, halia, bawang merah, dan bawang putih.

Secara keseluruhannya, hidangan ini dilengkapi dengan pelbagai sayur-sayuran seperti hirisan timun atau kacang hijau dan biasanya disertakan dengan sambal pedas.

Nasi Ulam

Kombinasi nasi sejuk dan pelbagai ramuan segar yang enak ini dipercayai berasal dari etnik Peranakan, tetapi sekarang ia boleh dinikmati di seluruh Malaysia, serta di beberapa kawasan Thailand dan Indonesia, terutama di Jakarta, di mana mereka membuat versi hidangan basah dan kering.

Hidangan ini biasanya menggunakan herba yang masih segar lalu dicincang halus seperti daun sirih dan daun jambu, sementara tambahan lain yang biasa adalah udang kering, kerisik, bawang merah, pelbagai rempah, atau ikan kering.

Nasi ulam sangat sedap jika dinikmati begitu sahaja, namun ia juga boleh disajikan sebagai lauk yang lengkap seperti lauk ikan goreng atau ayam goreng.

Demikianlah beberapa makanan tradisi Kelantan yang popular dalam kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Ia sememangnya kaya dengan pelbagai variasi makanan yang unik dan lazat pada masa yang sama. Jika hendak disenaraikan semua makanan Kelantan yang ada, pasti tidak akan dapat dikira banyaknya. Oleh itu, jika anda seorang yang berminat untuk merasakan masakan Kelantan, bolehlah mencuba beberapa jenis makanan yang telah dicadangkan kepada anda sebentar tadi.

Sumber:

https://saji.my/makanan-tradisional-kelantan/

https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/makanan-tradisional-kelantan-yang-anda-mungkin-tidak-tahu/

Summary
Makanan Kelantan Yang Terkenal Dan Digemari Ramai
Article Name
Makanan Kelantan Yang Terkenal Dan Digemari Ramai
Description
Makanan kelantan sememangnya popular. Dan rata-rata kedai makan pemiliknya orang Kelantan. Siapa yang tidak kenal negeri dengan jolokon nama Cik Siti Wan Kembang ini? Semestinya ia adalah Negeri Kelantan yang terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: