Makanan dielakkan diet Paleo
Terdapat banyak makanan dielakkan diet Paleo meskipun diet Paleo mempunyai pendekatan ‘makanan menyeluruh’.

Terdapat banyak makanan dielakkan diet Paleo meskipun diet Paleo mempunyai pendekatan ‘makanan menyeluruh’.

Lebih kurang 10,000 tahun dahulu, kebanyakan masyarakat di dunia telah menemui kaedah pertanian untuk mencari sumber makanan. Disebabkan itulah, kita telah berjaya berpindah daripada zaman Paleolitik ke zaman Neolitik.

Selain itu, bidang pertanian dan penternakan juga berjaya membantu kita menyediakan bekalan makanan yang konsisten dan dipercayai. Tanpanya, kita mungkin masih tidak dapat berkembang seperti hari ini.

Kebanyakan individu mempercayai bahawa perubahan daripada kegiatan memburu dan pengumpulan makanan (buah-buahan dan sayur-sayuran liar) kepada makanan berasaskan pertanian (bijirin) menyebabkan peningkatan kes penyakit moden yang kronik seperti Obesiti, Kencing Manis dan Penyakit Kardiovaskular.

Justeru itu, prinsip asas diet Paleo adalah untuk menyokong cara pemakanan seperti masyarakat zaman Paleolitik terdahulu.

Jom baca lebih lanjut tentang makanan dielakkan diet Paleo agar anda lebih mengetahui makanan apa yang boleh dan tidak boleh diambil dalam diet ini.

Jenis makanan yang perlu dielakkan dalam diet Paleo

Antaranya termasuklah produk tenusu, kekacang dan bijirin penuh yang mana makanan-makanan seperti ini sudah tentu tidak diambil oleh nenek moyang terdahulu.

Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah individu yang mempunyai masalah pencernaan apabila memakan kekacang, bijirin dan produk tenusu kerana ia mampu mendorong kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Jadi, diet Paleo yang sebenar tidak mengandungi makanan seperti:

1. Kekacang dan bijirin

Kekacang dan bijirin

Terdapat isu kontroversial yang mengatakan bahawa biasanya, kekacang dan bijirin dielakkan kerana mengandungi kandungan asid ‘phytic’ yang tinggi. Asid ini dikatakan boleh mengurangkan penyerapan nutrien tertentu seperti zat besi dan kalsium.

Namun begitu, asid ini juga boleh dijumpai dalam makanan yang dibenarkan dalam diet Paleo seperti kacang badam dan hazelnut. Asid ‘phytic’ juga dikatakan mampu memberi perlindungan terhadap Batu Karang, memiliki sifat antioksidan dan juga boleh mengurangkan risiko Kanser Kdolon. Jadi, mari ketahui jenis kekacang dan bijirin yang harus dielakkan dalam diet Paleo.

  • Kekacang
  • Kacang biasa (beans)
  • Kacang hijau
  • Kacang kuda
  • Kacang polong (snow peas)
  • Kacang soya
  • Tauhu
  • Miso
  • Kacang tanah
  • Mentega kacang
  • Bijirin
  • Quinoa
  • Nasi
  • Oat
  • Gandum
  • Jagung
  • Pasta
  • Roti
  • Biskut
  • Barli
  • Bijirin kuno (ancient grains)
  • ‘Cereal’

2. Produk tenusu

Sesetengah individu mempunyai masalah toleransi terhadap laktosa (lactose) yang selalu dijumpai dalam produk tenusu. Jika anda juga mengalami isu yang sama, diet Paleo mungkin sesuai untuk anda. Walaupun masih tiada bukti kukuh yang mengatakan mengapa produk tenusu harus dielakkan dalam diet Paleo namun mari kita lihat senarainya terlebih dahulu.

  • Susu lembu
  • Susu kambing
  • Susu biri-biri
  • Keju
  • Keju kotej
  • Krim
  • Mentega
  • Ais krim
  • Yogurt

3. Sayur-sayuran berkanji

Walaupun kebanyakan sayur-sayuran adalah penting dalam diet Paleo, namun ada juga sebahagian daripadanya yang tidak digalakkan untuk diambil. Sayur-sayuran sebegini selalunya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan peningkatan kadar glukosa dalam badan anda. Ini termasuklah:

  • Kentang biasa
  • Ubi kayu

4. Minyak masak yang diproses

Minyak yang telah diproses boleh menyebabkan masalah kesihatan bergantung pada jenis asid lemak dan sumber minyak tersebut. Selain itu, minyak-minyak ini tidak elok digunakan dalam masakan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan arteri dan mendorong kepada Penyakit Jantung. Ini termasuklah:

  • Minyak sayur
  • Minyak kanola
  • Minyak jagung
  • Minyak kacang
  • Minyak kelapa sawit

5. Makanan dan bahan lain yang diproses

Makanan atau bahan lain seperti di bawah juga harus dielakkan dalam diet Paleo kerana ia mempunyai kadar nutrien yang rendah berbanding makanan yang tidak diproses. Tambahan pula, vitamin dan mineral sintetik kadangkala ditambah ke dalam makanan dan bahan ini untuk menggantikan kandungan nutrien yang telah hilang. Contohnya adalah seperti:

  • Pemanis buatan
  • Gula halus
  • Daging yang diproses
  • Makanan yang dipakej dan makanan ringan
  • Jus buah-buahan
  • Gula-gula
  • Keropok
  • Popcorn
  • Soda

SUMBER

https://www.trifectanutrition.com/blog/paleo-diet-food-list-what-to-eat-and-avoid

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/paleo-diet/detailed-paleo-diet-food-list-what-eat-avoid/

https://paleoleap.com/paleo-diet-food-list/

Summary
Article Name
Makanan perlu dielakkan dalam diet Paleo
Description
Terdapat banyak makanan dielakkan diet Paleo meskipun diet Paleo mempunyai pendekatan ‘makanan menyeluruh’.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: