makan dengan tiub
Makan dengan tiub adalah peranti perubatan yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui tiub kepada seseorang individu yang tidak boleh makan melalui mulut dengan selamat.

Apakah itu makan dengan tiub?

Makan dengan tiub adalah peranti perubatan yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui tiub kepada seseorang individu yang tidak boleh makan melalui mulut dengan selamat.

Kesukaran ini boleh disebabkan oleh kesukaran untuk menelan, tahap kesedaran yang berubah – ubah, gangguan pemakanan atau isu lain yang membuatkan individu tersebut sukar untuk makan.

Terdapat pelbagai jenis tiub makan dan pelbagai sebab kenapa tiub makan diperlukan. Setiap situasi adalah berbeza, dan keputusan utuk memasang tiub makan secara kekal adalah keadaan berbeza berbanding memberi makan dengan tiub untuk sementara.

Untuk memastikan keputusan dalam menentukan tiub makan adalah perlu dan penting untuk ada memahami apa itu makan dengan tiub, perbezaan jenis makan dengan tiub, bila ia diperlukan dan bagaimana tiub ini akan dipasang serta sebagainya.

Kenapa Anda Perlu Makan Dengan Tiub?

Anda akan diberi makan dengan tiub jika anda tidak mampu untuk mengambil atau makan makanan dengan cara biasa iaitu makan melalui mulut.

Ia juga diberikan pada individu yang tidak mendapatkan zat yang mencukupi daripada hidangan biasa sehingga lebih daripada 1 minggu.

Siapakah Yang Diberi Makan Dengan Tiub?

Tiub makan adalah keperluan apabila anda tidak boleh mengambil makanan atau cecair dengan selamat melalui oral. Memandangkan ia mustahil untuk memberikan cecair dan nutrisi melalui IV, badan boleh menerima makanan yang dihantar terus ke dalam usus berbanding melalui saluran darah.

Jika ia tidak mustahil, adalah lebih selamat dan lebih baik untuk badan menerima makanan dan cecair melalui usus untuk pencernaan normal. Namun begitu, jika anda mempunyai kesukaran untuk menelan, ia mungkin tidak selamat untuk anda.

Kesukaran menelan bermaksud pesakit tersebut mungkin tersedak makanan atau minuman atau ia melalui saluran yang salah dan ia mungkin memasuki paru – paru anda dan bukannya ditelan.

Hal ini boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti pneumonia iaitu keadaan di mana partikel makanan memasuki paru – paru.

Bagi individu lain, mereka mungkin terlalu sakit untuk menelan atau menggunakan bantuan pernafasan dengan tiub dimasukkan di saluran udara yang menghalang pesakit tersebut untuk menelan.

Sesetengah individu yang sedar tetapi hilang kemampuan untuk menelan dengan baik. Namun begitu, individu yang menghidap penyakit yang menyebabkan mereka sukar untuk menelan seperti kanser oral.

Kaedah Makan Dengan Tiub

Pemakanan melalui tiub boleh dilakukan dengan beberapa kaedah melalui beberapa saluran seperti tiub :

  • Nasogastrik (Tiub dimasukkan melalui hidung sehingga di perut)
  • Orogastrik (Bermula daripada mulut tiub dimasukkan dengan hujung pada perut)
  • Nasoduodenum (Melalui hidung tiub dimasukkan kemudian diakhiri di duodenum)
  • Nasojejunum (tiub melalui hidung sehingga ke jejunum)
  • Gastrostomi (tebukan pada bahagian abdomen dan tiub yang dimasukkan terus ke perut)
  • Jujenostomi (Melalui tebukan di bahagian abdomen, tiub masuk terus ke jejunum)

Pilihan Susu Formula Untuk Diberi

– Susu formula protein penuh

Formula ini tidak mempunyai protein untuk dipecahkan. Kebanyakan kanak – kanak mempunyai toleransi terhadap formula protein penuh.

Formula ini sesuai untuk pelbagai peringkat daripada formula bayi standard sehinggalah formula yang mengandungi makanan sebenar. Contohnya seperti PediaSure, Nestle Compleat atau Similac.  

Kebanyakan daripada mereka berasaskan soya atau susu, tetapi sesetengah daripadanya diperbuat daripada makanan sebenar.

– Formula Peptida

Formula ini mempunyai protein yang separa hancur. Ia membuatkan proses pencernaan lebih mudah jadi ia bergerak ke arah perut dengan cepat, meningkatkan toleransi makanan pada sesetengah kanak – kanak.

Formula ini disyorkan pada kanak – kanak yang perlu makan dengan tiub di bahagian duodenum atau jejenum dengan itu mengurangkan proses pemecahan. Contohnya Peptamen Junior dan PediaSure Peptide.

Kebanyakan daripadanya adalah berasaskan kacang soya atau susu.

– Susu formula berasaskan asid amino

Protein amino asid di dalam formula dipecahkan kepada tahap asid amino (pembentukan blok protein). Ini merupakan formula hipoalergik. Ia juga memudahkan badan untuk memproses dan menyerap.

Ia selalu digunakan pada keadaan seperti sindrom usus kecil, gangguan eosinophilic, isu pergerakan dan alergik makanan yang teruk.

Formula ini sering digunakan di kalangan kanak – kanak yang diberi makan dengan tiub melalui usus kecil. Contohnya termasuklah Elecare, Neocate atau EO28 Splash.

– Formula Yang Dikhaskan

Terdapat formula yang dikhaskan untuk kanak – kanak yang menghidap gangguan metabolik tertentu, penyakit buah pinggang, diet ketogenik dan keadaan lain.

Ia boleh menghalang, menyingkir dan menambah sebatian ke dalam formula seperti asid amino tertentu, karbohidrat atau protein. Tambahan lagi, terdapat formula modular yang boleh didapati.

– Diet Ketogenik

Diet ketogenik digunakan secara khusus pada kanak – kanak yang mengalami sawan untuk mengawal sawan daripada berlaku.

Ia tinggi lemak, rendah karbohidrat dengan meletakkan tubuh badan anda dalam keadaan ketosis, iaitu keadaan di mana memaksa tubuh badan anda untuk membakar lemak untuk dapatkan tenaga berbanding karbohidrat.

Diet tersebut boleh diambil secara oral atau melalui tiub atau kedua – duanya sekali.

Bagaimana Untuk Menentukan Keperluan Nutrien Pesakit ?

Keperluan nutrien pesakit akan ditentukan berdasarkan perkara seperti berikut :

  • Umur
  • Jantina
  • Berat Badan
  • Penyakit atau Keadaan yang dihadapi

Selalunya keperluan tenaga harian bagi seorang kanak – kanak berusi 1 hingga 10 tahun adalah di antara 1,000 kcal sehingga 2,000 kcal sehari.

Manakala keperluan tenaga harian bagi individu dewasa dan warga emas adalah di antara 1,200 kcal sehingga 2,000 kcal sehari.

Satu hidangan lengkap dengan kandungan tenaga dalam anggaran 500 kcal bersamaan dengan 2 gelas susu formula.

Jadi, sekiranya pesakit memerlukan 1,500 kcal sehari iaitu bersamaan dengan 3 hidangan lengkap, susu formula akan diberikan sebanyak 6 gelas sehari melalui tiub makan. Biasanya makanan melalui tiub diberikan pada setiap 3 atau 4 jam.

Makan dengan tiub dengan rumusan cecair adalah mencukupi bagi memenuhi tenaga dan zat makanan yang diperlukan sekiranya ia dirancang serta diatur dengan betul.

Pastikan juga setiap saranan dirancang dan disemak oleh Pegawai Dietetik sebelum memberikan makanan melalui tiub kepada pesakit.

Komplikasi Makan Dengan Tiub Yang Mungkin Berlaku

Tidak mustahil sebarang komplikasi berlaku dengan perubatan diet baru. Namun begitu ia jarang berlaku. Komplikasi yang mungkin berlaku berkaitan dengan tiub makan termasuklah :

  • Sembelit
  • Dehidrasi
  • Cirit birit
  • Masalah kulit (di sekitar tiub dipasang)
  • Jangkitan pada abdomen (peritonitis)
  • Masalah berkaitan dengan tiub makan seperti terdapat penghalang dan berlaku pergerakan secara tidak sengaja

SUMBER

http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-melalui-tiub-cukupkah-sekadar-susu/

https://www.verywellhealth.com/what-you-should-know-about-feeding-tubes-4152086

https://www.feedingtubeawareness.org/about-formulas/

Summary
Makan Dengan Tiub - Bagaimana Ia Berfungsi
Article Name
Makan Dengan Tiub - Bagaimana Ia Berfungsi
Description
Makan dengan tiub adalah peranti perubatan yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui tiub kepada seseorang individu yang tidak boleh makan melalui mulut dengan selamat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: