air terjun selangor

Berikut merupakan Lokasi Air Terjun Selangor Yang Menarik untuk anda kunjungi pada hujung minggu atau bila-bila masa.

AIR TERJUN SUNGAI TUA – ULU YAM

air terjun selangor

Air Terjun Sungai Tua merupakan salah satu kawasan yang disyorkan untuk dikunjungi oleh satu keluarga kerana terdapat sungai yang cetek dan selamat untuk anak-anak kecil melakukan aktiviti mandi manda. Terdapat juga taman rekreasi bersebelahan air terjun ini yang menjadikan ia lebih istimewa berbanding kawasan air terjun yang lain. Dinasihatkan tidak datang ke sini ketika hari hujan supaya tidak berlakunya pekara yang tidak diingini seperti kes kepala air pasang.

AIR TERJUN KANCING – SELAYANG

Air terjun selangor

Air Terjun Kancing mempunyai 7 peringkat air terjun untuk diterokai bersama rakan-rakan serta keluarga pada hujung minggu. Untuk sampai ke peringkat ke-7 anda perlu meredah hutan terlebih dahulu tetapi sangat berbaloi bagi si pencinta alam semula jadi kerana pemandangan yang cantik dan tenang ditemani kicauan burung serta kerjenihan air yang dingin. Kemudahan seperti tandas, surau dan tempat persalinan pakaian turut disediakan di sini.

AIR TERJUN KOMANWEL – SELAYANG

air terjun selangor

Air Terjun Komanwel terletak di Hutan Rimba Komanwel dan ia berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching.
sesuai bagi pengunjung untuk melakukan aktiviti lasak secara berkumpulan atau persendirian.
antara aktiviti lasak yang boleh dilakukan di sini adalah :

  • menunggang kuda
  • berakit
  • jungle trekking
  • flying fox
  • abseiling dan mountain bike (trek disediakan)

Terdapat juga tapak perkhemahan yang disedaikan untuk melaukan aktiviti santai.

AIR TERJUN PERDIK – HULU LANGAT

air terjun selangor

Air Terjun Perdik mempunyai Jungle trekking yang mencabar serta aktiviti pendakian ke Bukit Chenuang yang berketinggian 850 meter dari paras laut

AIR TERJUN SUNGAI TEKALA – HULU LANGAT

air terjun selangor

Air terjun Sungai Tekala mepunyai air yang jernih, suasa dingin dan paras air yang tidak dalam serta arus yang tidak deras. Terdapat juga Kolam tadahan disini selain kemudahan tandas dan surau. Mempunyai bayaran masuk sebanyak RM1 bagi orang dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.

AIR TERJUN SUNGAI CONGKAK – HULU LANGAT

air terjun selangor

Air Terjun Sungai Congkak mempunyai pelbagai kemudahan seperti resort, kawasan lapang untuk beraktiviti secara berkumpulan serta kelestarian air terjun yang masih. Turut dikenali sebagai Congkak Park & Resort yang dikendalikan oleh Badan Pelancongan Selangor. Lokasi ini sesuai bagi yang sukakan privasi serta ingin merehatkan minda kerana resortnya bersebelah dengan sungai dan suasana dingin dihembus angin bayu.
Mempunyai kemudah lain seperti tapak perkhemahan yang luas, pondok berehat, serta kemudahan asas seperti tandas dan surau yang bersih.

AIR TERJUN SOFEA JANE KEMENSAH

air terjun selangor

Air Terjun Kemensah berdekatan dengan Zoo Negara. Terkenal dengan kejernihan airnya, kawasan yang kurang berbatu dan terdapat kolam takungan air. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan chalet dan tempat BBQ disediakan.

AIR TERJUN SUNGAI GABAI – HULU LANGAT

air terjun selangor

Air Terjun Sungai Gabai mempunyai kejernihan air sungai yang akan memikat pengunjung serta mempunyai sistem alam yang masih terjaga ,air yang dingin dan kemudahan yang terbaik. Selain aktiviti mandi manda, anda juga boleh berBBQ bersama keluarga atau teman-teman.
Antara kemudahan lain yang disediakan di sini adalah

  • pondok tempat berteduh yang memuatkan lebih dari 5 orang pengunjung,
  • penjaga parking yang memudahkan urusan pengunjung
  • tandas dan surau yang bersih untuk digunakan.

Bayaran masuk sebanyak RM1 akan dicaj untuk setiap kepala yang masuk ke sini.

AIR TERJUN TEMPLER

air terjun selangor

Air Terjun Templer terletak di dalam hutan simpanan Templer. Ia sememangnya menarik kerana panorama yang segar menghijau, air terjun yang bertingkat serta kedingin air sungai yang terasa hingga ke tulang sum-sum adalah tempat pelarian bagi warga kota yang inginkan suasana aman.
Mempunyai kemudahan seperti:

  • pondok berkelah,
  • bilik salin pakaian
  • surau
  • kedai makan,
  • tapak perkhemahan
  • chalet

AIR TERJUN SERENDAH – RAWANG

air terjun selangor

Air Terjun Serendah, yang juga dikenali sebagai Templer Kai.
Lokasinya tak jauh dari Kuala Lumpur dan mudah diakses antara faktor penarik ia dikunjungi ramai terutama oleh warga kota dan berhampiran perkampungan masayrakat orang asli.
Lokasi yang sesuai untuk anak-anak kecil bermain serta mempunyai taman permainan yang lengkap berhampiran dengan kawasan pondok rehlah dan tempat mandi yang dilengkapi dengan tali penanda untuk menentukan kawasan cetek atau dalam. AIR TERJUN SENDAT – ULU YAM
Terletak di Jalan Ulu Yam yang menuju ke Batang Kali. Mempunyai persekitaran air terjun yang dikelilingi dengan floral dan fauna serta mempunya 3 tingkat air terjun.
kolam air di tingkat pertama agak luas dan sesuai untuk aktiviti mandi manda Bersama keluarga. Di tingkat ke kedua, sungainya tidak sesui untuk berenang kerana airnya agak cetek. Berlainan di tingkat ke tiga, mempunyai kolam yang dalam dan boleh berenang tanpa sekatan.

AIR TERJUN SUNGAI PISANG – GOMBAK

air terjun selangor

Air Terjun Sungai Pisang mempunyai air sungainya yang dingin, trek meredah hutan yang sederhana lasak serta ruang bersantai yang disediakn mendamaikan adalah daya tarikan utama di sini.
Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah Memancing.
mandi manda,
jungle trekking
berBBQ.

AIR TERJUN LATA MAKAU – KUALA KUBU BHARU

air terjun selangor

Air Terjun Lata Makau sangat sesuai untuk penggemar aktiviti lasak dan ekstrem kerana anda perlu meredah hutan terlebih dahulu dan perjalanannya mengambil masa kira-kira selama 2 hingga 3 jam.
Pengunjung yang datang ke sini boleh melihat pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan dalam perjalanan untuk sampai ke air terjun serta dapat menyejukkan badan dengan air sungai yang dingin.

AIR TERJUN SEMANGKUK – RAWANG

Lokasinya di antara Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser menjadikanya persinggahan pengunjung yang ingin pergi ke Bukit Fraser.
Terdapat dua kawasan mandi yang berbeza dan sesuai untuk anak-anak serta orang dewasa untuk bermandi manda.
Terdapat juga kemudahan asas lain yang disediakan di sini seperti tandas awam dan pondok rehat di tepian sungai.

AIR TERJUN BATU ASAH – HULU LANGAT

air terjun selangor

Air Terjun Batu Asah turut dikenali sebagai Air Terjun Kemensah kerana lokasinya terletak di kawasan Kampung Kemensah, Hulu Klang Selangor. All Terrain Vehicle atau ATV rides adalah sesuatu yang wajib dicuba disini sambil menikmati keindahan alam semula jadi secara lebih dekat lagi. Terdapat jugak camp site, tempat khas untuk berBBQ serta chalet Jeram Teratak Angah.

Lokasi Air Terjun Selangor Yang Menarik yang telah kami kongsikan ini adalah antara yang sering menjadi pilihan para pengunjung tetapi masih terdapat banyak lagi lokasi air terjun yang terdapat di Selangor

Sumber: https://www.maisinggah.com/air-terjun-di-selangor-yang-menarik/

Summary
Lokasi Air Terjun Selangor Yang Menarik
Article Name
Lokasi Air Terjun Selangor Yang Menarik
Description
Berikut merupakan Lokasi Air Terjun Selangor Yang Menarik untuk anda kunjungi pada hujung minggu atau bila-bila masa.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: