Homestay Melaka

Homestay Melaka merupakan satu pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin melancong ke Melaka. Memilih penginapan homestay Melaka amatlah disarankan untuk anda yang menikmati suasana percutian yang selesa dengan bajet yang berpatutan. Pemilihan untuk duduk menginap di homestay Melaka juga adalah pilihan yang bijak supaya anda dapat menikmati dan berpengalaman sendiri cara hidup orang Melaka!

Melaka yang sememangnya terkenal dengan gelaran Bandar Raya Bersejarah ini merupakan nama negeri yang tidak asing lagi bagi kita semua. Melaka yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia ini bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang ingin bercuti di dalam Malaysia, malah pelancong-pelancong dari negara luar juga turut membanjiri Bandar Raya Melaka untuk tujuan melawat dan melancong. Semestinya homestay Melaka menjadi pilihan utama untuk tujuan ini.

Kedudukan negeri yang penuh dengan tarikan bersejarah ini yang hanya 148 kilometer dari ibu negara – Kuala Lumpur – menjadikan bandar ini adalah pilihan yang sangat sesuai untuk penghuni ibu kota mencari tempat bersantai pada hujung minggu. Jadi pada kali ini, kami bawakan Top Listing Homestay Melaka yang paling banyak menerima review yang kami kumpulkan dari pelbagai laman web tempahan penginapan percutian utama di Malaysia untuk membantu anda membuat pilihan!

Homestay Melaka The Shore Residences – 613 Review di Trivago

Bagi anda yang sukakan suasana mewah dan moden di tengah-tengah bandar raya Melaka, homestay Melakan ini mungkin merupakan lokasi penginapan mewah yang menjadi idaman anda. Homestay Melaka ini menempatkan suite mewah di bangunan pencakar langit di tengah-tengah bandar raya Melaka. Fasiliti tumpuan yang menarik minat pelbagai pelancong untuk menginap di The Shore Residence ini ialah Sky Lounge. Sky Lounge ini yang berada di tingkat 43 bangunan pencakar langit ini membenarkan anda untuk melihat kota bersejarah Melaka ini dari tempat yang sangat tinggi!

Selain itu, bagi anda yang berkeluarga, The Shore Residence ini juga amat sesuai untuk menjadi lokasi penginapan hujung minggu anda. Di tingkat 9, ada taman tema air yang boleh diakses oleh pengunjung dan juga gelanggan tenis serta pusat kecergasan untuk anda beriadah! Tarikan utama bandar raya Melaka seperti The Stadthuys, Jonker Street Waljk dan Porta de Santiago juga berada dalam radius berjalan kaki daripada homestay Melaka ini!

Mahkota Residence Melaka – 392 Review di Airbnb

Homestay Melaka yang menerima hampir 400 review ini merupakan salah satu daripada listing penginapan pelancong yang menerima badge Superhost di laman web Airbnb. Penerima badge Superhost ini bermaksud listing penginapan ini sudah diakui oleh pengendali laman web Airbnb sendiri bahawa pemilik homestay Melaka ini sememangnya akan memberikan servis yang terbaik untuk anda. Mahkota Residence Melaka ini amat terkenal dengan lokasi strategik nya di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka.

Bagi anda yang berminat untuk melancong sambil membeli belah di kedua-dua pusat membeli belah utama Melaka iaitu Mahkota Parada dan Dataran Pahlawan Malls, homestay Melaka ini merupakan pilihan terbaik untuk anda. Kedua-dua pusat membeli-belah utama ini hanyalah dalam lingkungan beberapa minit berjalan kaki daripada listing homestay ini! Bonus, ada dua kolam renang di apartment ini! Boleh lah bawa anak-anak berseronok bermain air kejap pada waktu petang.

Homestay Melaka The Nest House – 250 Review di booking.com

Di sini ada tak couple atau pasangan yang masih berdua dan nak melancong? Mungkin homestay Melaka yang diberi nama The Nest House ini merupakan listing penginapan homestay yang terbaik untuk percutian romantik anda. Penginapan The Nest House ini ada taman yang di dekorasi dengan cantik sekali! Boleh lah nak ambil gambar OOTD dengan tema romantik.

Berkenaan lokasi, homestay ini juga terletak di lokasi yang sangat strategik sekali! Tumpuan pelancong di bandar raya Melaka seperti Menara Taming Sari, Musium Baba dan Nyonya dan The Stadthuys juga berada amat dekat dengan lokasi listing homestay ini. Amat disarankan percutian berdua di sini sehinggakan listing ini menerima rating 9.0 di laman web booking.com untuk kategori pelancong couple atau berdua!

My Habitat Malacca @ 6083 – 233 Review di Airbnb

Sekiranya anda mencari homestay Melaka yang bersesuaian untuk keluarga kecil anda melancong atau anda bergerak dalam kumpulan yang kecil bersama-sama rakan-rakan anda, listing ini merupakan listing yang mungkin akan menarik minat anda! Mempunyai lokasi parking kereta yang dikhaskan untuk para pelancong yang menginap di sini juga merupakan satu kelebihan untuk memilih listing homestay Melaka ini. Kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium, meja ping pong, padang golf mini dan taman permaianan kanak-kanak juga tersedia di kawasan apartment ini.

Suasana yang sangat selesa seperti di rumah sendiri ini juga berada sangat dekat dengan tempat tumpuan pelancong yang bersejarah seperti Kota A Famosa dan Menara Jam Melaka. Pasar malam yang paling terkenal di Melaka iaitu Jonker Walk juga hanyalah beberapa minit melalui kereta dari lokasi homestay ini. Jadi usah risau sekirany anda ingin mecari tempat makan ketika melancong di Melaka kerana lokasinya yang sangat strategik.

Listing-listing homestay Melaka lain yang turut menerima review paling banyak

K’s Home Malacca – 219 review di Airbnb

The Pillohouzze – 151 review di Booking.com

Majestic Suites @ Melaka – 125 reviews di Airbnb

Terdapat banyak lagi listing homestay Melaka lain yang menarik dan baru tumbuh bagai cendawan di Melaka. Untuk artikel kali ini, cukuplah listing ini yang paling banyak menerima review daripada pelancong-pelancong di Melaka. Jangan lupa baca review ya di setiap laman web ini supaya anda dapat menikmati percutian yang paling indah di Melaka!

SUMBER

https://en.wikipedia.org/wiki/Malacca

https://www.booking.com/searchresults.en-gb.html?aid=356980;label=gog235jc-1DCAMYhwQooQE4vwNICVgDaFCIAQGYAQm4ARfIAQzYAQPoAQH4AQKIAgGoAgO4AoLMlocGwAIB0gIkNzYwOWRjZmItMzM5OC00MmEwLTgyNDctMjhjZjZkNmEzYzhl2AIE4AIB;sid=179c5284aaff6d0fc9a7dcd45a9d3046;dest_id=-2403412;dest_type=city;nflt=sth%3D28;order=bayesian_review_score&

https://www.airbnb.co.uk/s/Melaka/homes?tab_id=home_tab&refinement_paths%5B%5D=%2Fhomes&flexible_trip_dates%5B%5D=august&flexible_trip_dates%5B%5D=december&flexible_trip_dates%5B%5D=july&flexible_trip_dates%5B%5D=november&flexible_trip_dates%5B%5D=october&flexible_trip_dates%5B%5D=september&date_picker_type=flexible_dates&flexible_trip_lengths%5B%5D=one_week&source=structured_search_input_header&search_type=user_map_move&room_types%5B%5D=Entire%20home%2Fapt&ne_lat=2.2290126903249283&ne_lng=102.28913103469847&sw_lat=2.164258142628865&sw_lng=102.20132624038695&zoom=14&search_by_map=true&place_id=ChIJ3WWMjifu0TERagGedoFyKgM

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b1/River_of_Melaka.jpg/800px-River_of_Melaka.jpg

https://imgcy.trivago.com/c_limit,d_dummy.jpeg,f_auto,h_1300,q_auto,w_2000/partnerimages/30/03/300301870.jpeg

https://a0.muscache.com/im/pictures/56a95408-d93a-4da0-af90-333234e18759.jpg?im_w=1200

https://a0.muscache.com/im/pictures/5ecf3d1c-9c63-4c8a-a7bc-0073fc0c2896.jpg?im_w=1200

Summary
Listing Homestay Melaka yang Paling Banyak Review!
Article Name
Listing Homestay Melaka yang Paling Banyak Review!
Description
Homestay Melaka merupakan satu pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin melancong ke Melaka. Memilih penginapan homestay Melaka amatlah disarankan untuk anda yang menikmati suasana percutian yang selesa dengan bajet yang berpatutan. Pemilihan untuk duduk menginap di homestay Melaka juga adalah pilihan yang bijak supaya anda dapat menikmati dan berpengalaman sendiri cara hidup orang Melaka!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: