listeria
Listeria boleh dikategorikan sebagai salah satu punca keracunan makanan .

Penyakit listeria ialah suatu keracunan makanan yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sekiranya anda makan sesuatu dan ia tidak bersesuaian dengan anda, kemudian anda berasa sakit  perut dan mengalami cirit-birit tetapi selepas beberapa hari berlalu (atau kurang dalam kebanyakan kes), barulah masalah itu akan hilang, anda mungkin dijangkiti listeria.

Listeria boleh dikategorikan sebagai salah satu punca keracunan makanan . Bakterianya boleh hidup di tanah, air, habuk, najis haiwan, dan bahan-bahan lain. Anda boleh jatuh sakit jika anda memakan makanan yang mengandungi bakteria listeria di dalamnya.    

Bagi kebanyakan individu yang sihat, jangkitan ini tidak menimbulkan banyak ancaman walaupun ia boleh membuat anda jatuh sakit selama satu atau dua hari.

Tetapi bagi sesetengah individu, jangkitan boleh menjadi serius bahkan mengancam nyawa, terutamanya bagi wanita hamil dan bayi mereka, individu yang sistem imunisasinya tidak berfungsi dengan baik, dan orang tua. 

Jika anda tergolong dalam kumpulan tersebut, anda perlu berhati-hati.  

Simptom Listeria

Apabila anda mendapat jangkitan listeria, tanda-tanda ynag biasa dialami adalah:

  • Cirit-birit
  • Loya
  • Sakit otot
  • Demam

Gejala-gejala tersebut boleh muncul beberapa hari selepas anda makan makanan yang tercemar, atau mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk muncul. Jika anda mempunyai sebarang gejala tersebut, sila hubungi doktor anda dengan segera.

Sekiranya jangkitan telah merebak ke sistem saraf anda, ia akan menjadi lebih teruk. Gejalaini dipanggil ‘listeriosis’. Listeriosis boleh membawa maut kepada sebnayak 20% individu yang memilikinya. Ia kerap terjadi kepada individu yang terlalu muda, terlalu tua, dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah. Tanda-tanda yang dialami oleh pesakit ‘listeriosis’ termasuk:

  • Sakit kepala
  • Leher yang tegang
  • Kekeliruan
  • Kehilangan imbangan
  • Sawan

Punca Listeria

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria yang boleh membiak pada suhu sejuk seperti di dalam peti sejuk. Proses pembekuan tidak dapat membunuhnya. Apabila bakteria ini mencemari makanan, tiada tanda-tanda khusus yang boleh dilihat, hidu atau rasa oleh deria anda. Individu yang makan makanan seperti daging yang tidak diproses dengan betul atau produk tenusu yang tidak dipasteurisasi lebih cenderung dijangkiti listeria.

Sumber-sumber jangkitan listeria yang lain adalah:

  • Buah-buahan seperti tembikai wangi
  • Makanan yang diproses seperti sosej
  • Keju lembut

Diagnosis Listeria

Ujian darah merupakan cara yang paling berkesan untuk menentukan sama ada anda mempunyai jangkitan dari penyakit ini atau tidak. Dalam sesetengah kes, sampel air kencing atau cecair tulang belakang juga turut diuji.

Faktor Risiko Listeria

Wanita hamil dan orang yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah berisiko tinggi menghidap jangkitan listeria.

  • Wanita hamil dan bayi mereka

Wanita hamil lebih mudah terdedah kepada jangkitan listeria daripada orang dewasa sihat yang lain. Walaupun jangkitan ini hanya boleh menyebabkan penyakit ringan pada ibu, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada bayi dalam kandungan. Kesan buruk terhadap bayi termasuk:

  • Keguguran
  • Kematian sewaktu melahirkan
  • Kelahiran pramatang
  • Jangkitan yang berpotensi maut selepas lahir
  • Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah

Kategori ini termasuk mereka yang:

  • Berumur lebih dari 60 tahun ke atas
  • Menghidap AIDS
  • Menjalani kemoterapi
  • Menghidap penyakit kencing manis atau buah pinggang
  • Mengambil prednisone dalam dos yang tinggi atau ubat-ubatan arthritis rheumatoid tertentu
  • Mengambil ubat untuk menghalang penolakan organ yang dipindahkan seperti ‘imunosupresan’.

Rawatan Listeria

Bagi jangkitan listeria ringan, ubat mungkin tidak diperlukan. Manakala, untuk kes listeriosis yang lebih serius, antibiotik adalah pilihan rawatan yang paling utama. Sejenis antibiotik, ampicillin boleh digunakan secara bersendirian atau bersama antibiotik lain (biasanya gentamicin).  

Pesakit harus peka, sekiranya septikemia atau meningitis pula terjadi susulan dijangkiti listeria, mereka akan diberikan antibiotik intravena dan memerlukan sehingga 6 minggu penjagaan dan rawatan.

SUMBER

https://www.webmd.com/food-recipes/food-poisoning/what-is-listeria#1

https://www.healthline.com/health/pregnancy/infections-listeria

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/listeria-infection/symptoms-causes/syc-20355269

https://www.medicalnewstoday.com/articles/180370

Summary
Listeria - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Listeria - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Listeria boleh dikategorikan sebagai salah satu punca keracunan makanan . Bakteria listeria boleh hidup di tanah, air, habuk, najis haiwan dan lain-lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: