linzess
Linzess (linaclotide) berfungsi dengan meningkatkan rembesan klorida dan air di dalam usus, yang dapat melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.

Pengenalan

Linzess (linaclotide) berfungsi dengan meningkatkan rembesan klorida dan air di dalam usus, bagi melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.

Kegunaan Linzess

Ubat ini digunakan untuk merawat masalah usus tertentu (sindrom iritasi usus dengan sembelit, sembelit idiopatik kronik).Ia berfungsi dengan menambahkan cecair di dalam usus anda dan membantu mempercepatkan pergerakan makanan melalui usus.

Malah, ubat ini juga dapat memperbaiki tekstur najis dan mengurangkan gejala seperti kembung, sakit perut / ketidakselesaan perut, rasa tegang dan pergerakan usus yang tidak sempurna.

Cara menggunakan Linzess

Ambil ubat ini secara oral semasa perut kosong seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya sekali sehari sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu makan pertama bagi hari tersebut.

Telan keseluruhan kapsul, dan jangan pecah atau kunyah kapsul tersebut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Linzess

Anda tidak boleh menggunakan Linzess jika anda mengalami penyumbatan pada usus anda. Malah, ia juga tidak boleh diberikan pada kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah kerana boleh menyebabkan masalah dehidrasi teruk pada kanak-kanak.

Seterusnya, berhenti menggunakan Linzess dan hubungi doktor dengan segera jika anda mengalami cirit-birit yang teruk atau berterusan, sakit perut yang teruk, atau najis berwarna hitam, berdarah, atau sembelit.

Kesan Sampingan Linzess

Cirit-birit, perut kembung, perut bergas atau sakit perut / abdomen / ketidakselesaan mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera. Ketahuilah bahawa doktor menetapkan ubat ini kerana dia telah menilai bahawa faedahnya adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan yang boleh berlaku.

Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Berhenti mengambil ubat ini dan beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang serius, termasuklah cirit-birit yang teruk. Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini biasanya jarang berlaku.

Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda melihat gejala reaksi alergi yang serius, termasuk ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening yang teruk, kesukaran bernafas.

Kontraindikasi Linzess

Ubat ini dikontraindikasikan pada:

  • pesakit kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah kerana berpotensi menyebabkan masalah dehidrasi yang teruk.
  • pesakit dengan gangguan gastrousus mekanikal yang diketahui atau yang disyaki.

Interaksi Linzess

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mengalami kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat yang boleh berlaku.

Simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Dos Linzess

Sindrom usus yang meradang serta sembelit (IBS-C)

  • Dos yang disyorkan adalah 290 mcg secara oral sekali sehari.

Sembelit Idiopatik Kronik (CIC)

  • Dos yang disyorkan adalah 145 mcg secara oral sekali sehari. Dos 72 mcg bagi pengambilan sekali sehari boleh digunakan berdasarkan tindak balas dan toleransi pesakit.

Sumber:

Summary
Linzess : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Linzess : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Linzess (linaclotide) berfungsi dengan meningkatkan rembesan klorida dan air di dalam usus, yang dapat melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: