kajian kanser
Ini merupakan masa yang hebat untuk penyelidikan kanser, dengan langkah besar dalam kajian dan rawatan pelbagai jenis kanser serta penemuan penting yang melihat pesakit kanser kembali pulih. Apa yang kita boleh harapkan daripada penyelidikan kanser dalam masa terdekat?

Ini merupakan masa yang hebat untuk penyelidikan kanser, dengan langkah besar dalam kajian dan rawatan pelbagai jenis kanser serta penemuan penting yang melihat pesakit kanser kembali pulih. Apa yang kita boleh harapkan daripada penyelidikan kanser dalam masa terdekat?

 

Di sini lima topik terhangat yang akan kami kongsikan:

 

1. Imunoterapi. Siapa yang akan bertindak balas, siapa yang tidak dan kenapa?

Imunoterapi kini dapat dilihat di mana sahaja, dengan beberapa rawatan yang diluluskan untuk beberapa jenis kanser termasuklah sel-T CAR, titik perencat imun dan banyak lagi yang masih di dalam kajian seperti terapi limfosit penyusupan tumor (tumor infiltrating lymphocyte). Limfosit penyusupan tumor telah berjaya membuang kesemua tumor daripada wanita yang mengalami kanser payudara metastatik, yang dibuktikan dalam penyelidikan kanser penting pada tahun 2018. Namun teknik ini masih belum dibuktikan dalam percubaan klinikal berskala besar.

Lebih 2,500 percubaan menggunakan imunoterapi kini berdaftar di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, dengan peningkatan penggunaannya, masih terdapat beberapa persoalan penting yang masih perlu dijawab. Satu perkara penting mengenai penggunaan ubat halangan titik imun seperti yang disasarkan untuk PD-1 atau CTLA-4 ialah, mengapa sesetengah pesakit memberikan tindak balas manakala sesetengah lagi tidak? Beberapa kumpulan penyelidik dari seluruh dunia kini sedang mencari jawapan kepada persoalan ini. Kita boleh jangkakan lebih banyak hasil kajian akan dikeluarkan pada tahun 2019 ini, yang mana diharap dapat memberikan manfaat kepada pesakit kanser dengan cara mengenal pasti pesakit mana yang akan bertindak balas terhadap ubat ini dan mana yang tidak.

 

2. Ujian cecair biopsi. Lebih banyak penjelasan mengenai apa sebenarnya ia lakukan dan lebih banyak bukti tentang adakah ia melakukannya dengan tepat

Industri cecair biposi mendapat perhatian tinggi pada tahun 2018, dan memeranjatkan apabila pasarannya dijangka bernilai lebih $2 bilion setahun menjelang 2022. Matlamatnya ialah, di masa hadapan, kita boleh mengesan kanser dengan hanya melalui ujian darah yang ringkas – di peringkat awal, lebih murah dan lebih tepat berbanding cara semasa. Malah, kajian menyatakan bahawa kita boleh menggunakan cara ini untuk memantau tindak balas tumor terhadap rawatan kanser dan bila atau jika tumor itu kembali. Bagaimanapun, jumlah kertas kajian yang banyak, pembentangan di persidangan tinggi dan penerbitan laporan oleh banyak syarikat yang sedang membangunkan teknologi ini membuatkan ia sedikit sukar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Ujian cecair biopsi sememangnya mempunyai potensi besar dan mungkin berjaya mencapai matlamatnya seperti yang diperkatakan, tetapi pada waktu ini, bidang ini agak rumit dan sukar untuk difahami oleh saintis, pesakit dan ahli onkologi yang bukan pakar dalam bidang.

Satu persatuan onkologi telah mengeluarkan kenyataan penting pada bulan Mac tahun ini yang merumuskan bahawa pasa masa ini tidak mempunyai bukti yang mencukupi tentang penggunaan ujian cecair biopsi untuk mengesan atau memantau kanser. Kami berharap yang 2019 akan membawa lebih banyak penemuan dan penjelasan tentang bagaimana ujian ini boleh digunakan untuk mengesan dan merawat pesakit kanser.

 

3. Lebih fokus terhadap kesan sampingan rawatan kanser

2018 menjadi tahun yang penting bagi kajian mengenai pelbagai kesan sampingan biasa yang dialami oleh pesakit yang sembuh daripada kanser. Selama berdekad lamanya, kajian kanser memberi perhatian untuk menyelamatkan seramai mungkin pesakit daripada kanser. Kini, dengan jumlah berjuta pesakit yang telah berjaya diselamatkan, bidang kajian baru sedang bermula menyelidik mengenai apakah kesan daripada rawatan kanser mereka.

Dalam satu kajian masalah kesuburan lelaki selepas rawatan kanser kanak-kanak, menunjukkan beberapa pesakit wanita yang mengalami kanser payudara peringkat awal boleh mengurangkan jumlah radioterapi tanpa menjejaskan peluang mereka untuk sembuh. 2018 adalah tahun yang penting untuk kajian pesakit kanser yang sudah sembuh. Kenyataan itu adalah hasil kerja saintis dari Universiti Stanford yang mungkin sudah dapat mengenal pasti kenapa ‘otak chemo’ (masalah pemikiran kemoterapi) terjadi, kerana ianya salah satu kesan sampingan yang biasa dilaporkan dialami oleh pesakit kanser yang sembuh. Malah, para saintis itu menyatakan bahawa ia mungkin boleh disembuhkan.

 

4. Kanser dan mikrobiome

Mikrobiome menjadi topik perubatan hangat yang dibincangkan pada tahun 2018 dan tiada tanda ia akan reda. Terdapat banyak pengetahuan tentang kesan sampingan suplemen tambahan, diet popular dan artikel blog yang memberikan nasihat saintifik tentang bagaimana untuk menghargai dan menjaga flora usus anda. Malahan, banyak kajian yang kukuh dan disokong oleh bukti telah dikeluarkan menunjukkan bahawa mikrobiome berpotensi digunakan untuk pelbagai sklerosis, radang penyakit usus dan juga penyakit Alzheimer. Tetapi bagaimana dengan kanser?

Sudah ada beberapa penyelidikan kanser diterbitkan yang menunjukkan mikrobiome boleh mempengaruhi tindak balas terhadap ubat kemoterapi dan malah dalam sesetengah kes, ia menghasilkan produk toksik yang menghuraikan ubat itu. Kajian yang diterbitkan menunjukkan dengan terperinci bagaimana ketegangan bakteria tertentu yang ada dalam mikrobiome manusia boleh mempengaruhi sistem imun untuk mendorong kesan baik terhadap jenis kanser darah yang tidak ada penawarnya pada masa ini iaitu mieloma berganda. Kajian ini mengetengahkan kebarangkalian bahawa kita boleh menghentikan atau melambatkan penyakit dengan mensasarkan bakteria ini dengan ubat.

 

5. Organoid, senjata rahsia baru dalam rawatan kanser khusus

Pada bulan November 2017, organoid iaitu organ kecil yang dibuat di dalam makmal daripada tisu pesakit telah membawa revolusi dalam rawatan kanser kerana penyelidik boleh mencuba ubat ke atas organ tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya terhadap pesakit itu.

Beberapa syarikat farmakeutikal dan bioteknologi mempunyai program berskala besar untuk membangunkan teknologi ini bagi membolehkan penggunaan organoid dalam pemeriksaan ubat dan menambah akses kepada kit penumbuhan organoid daripada syarikat yang membekalkan alatan kepada makmal kajian dan hospital untuk tujuan mempercepatkan proses penyelidikan.

Namun organoid bukanlah cara yang sempurna untuk melakukan ujian dadah baru. Sebagai contoh, ia mudah dan cepat untuk mendapatkan organoid bagi beberapa jenis tumor seperti kolorektum, tetapi sangat sukar untuk jenis lain seperti tumor otak. Organoid yang dihasilkan di makmal juga tidak mempunyai bekalan darah, malah tidak berhubung dengan sistem badan yang lain yang mungkin akan mempengaruhi tindak balas dadah anti kanser yang diuji. Namun, penyelidik sedang membangunkan kajian organoid pada setiap masa, mencari jalan yang lebih baik untuk membuat dan membina persekitarannya supaya ia boleh menggambarkan tumor asal sebenar dengan tepat. Ianya dijangka akan memainkan peranan penting dalam pendekatan rawatan khusus untuk pesakit kanser, serta berkembang untuk membantu lebih banyak kajian makmal yang dilakukan untuk penyakit kanser.

 

SUMBER

https://www.webmd.com/cancer/detect-treat-cancer-17/new-cancer-research

https://en.wikipedia.org/wiki/Cancer_research

https://www.cancer.net/research-and-advocacy/introduction-cancer-research/understanding-cancer-research-study-design-and-how-evaluate-results

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322923#Putting-cancer-to-bed

Summary
Lima Perkara untuk Dilihat dalam Penyelidikan Kanser
Article Name
Lima Perkara untuk Dilihat dalam Penyelidikan Kanser
Description
Ini merupakan masa yang hebat untuk penyelidikan kanser, dengan langkah besar dalam kajian dan rawatan pelbagai jenis kanser serta penemuan penting yang melihat pesakit kanser kembali pulih. Apa yang kita boleh harapkan daripada penyelidikan kanser dalam masa terdekat?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: