faedah membaca

Sesiapa juga boleh menikmati faedah membaca. Perpustakaan, tidak kira kecil atau besar, dan kedai buku juga wujud di kebanyakan kampus di bandaraya.

Semua tempat ini dipenuhi dengan buku-buku, yang merupakan benda terpenting di dunia. Sesiapa yang suka membaca buku akan suka beberapa lokasi yang dijumpai untuk mendapatkan buku.

Kepada mereka yang tidak gemar membaca tidak akan faham apa yang membuatkan pembaca taksub akan buku.

Membaca, berbanding dengan mengetahui, lebih penting atas beberapa sebab yang tertentu. Jikalau anda tidak suka membaca, apa kata anda dengar dulu faedahnya.

Bolehkah perkara semudah dan menyeronokkan seperti membaca akan memberi banyak faedah di dalam hidup kita? Ya, ia boleh!

Membaca dapat membantu ada dalam pelbagai cara, termasuklah memperbaiki minda, imaginasi dan kebolehan menulis. Dengan banyaknya faedah, ia akan menjadi kebiasaan sekiranya amalan membaca dipupuk.

1. Mempromosi Kesihatan Mental

Pembaca yang membuat otak mereka aktif dengan membaca atau bermain permainan mencabar minda seperti catur, kemungkinan untuk dia menghidap penyakit Alzheimer berkurang sebanyak 2.5 kali ganda.

Lain pula bagi mereka yang menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang kurang mendorong ransangan otak, menurut kajian.

2. Mengurangkan Stres

Meluangkan masa dengan membaca buku yang bagus dapat mengalihkan diri anda berkhayal ke dunia yang lain dan membantu anda untuk bertenang.

Menurut kajian pada tahun 2009, hanya enam minit diperlukan untuk mengurangkan stress sehingga 68 peratus. “Hilang diri sendiri saat membaca buku adalah ketenangan yang terbesar” kata seorang pakar ahli neuropsikologi kognitif.

Kesan yang sama boleh dicapai dengan menulis artikel yang baik.

3. Meningkatkan Pengetahuan Umum

Anda perlu menjadi seorang minat membaca sekiranya anda ingin menjadi seorang individu yang mahir berbual tentang pelbagai topik atau isu. Bahan membaca anda tidak semestinya mengkhususkan kepada subjek yang berat untuk mendapatkan informasi yang berguna.

Orang yang suka atau banyak membaca kebiasaannya seorang individu yang mempunyai personality yang menarik.

Selain itu, lebih banyak pengetahuan yang anda garap, anda lebih bersedia untuk menempuh ujian di dalam kehidupan.

4. Memperkasakan Kosa Kata

 Kosa kata akan akan bertambah jika anda lebih banyak membaca. Lebih banyak anda memperkasakan kosa kata, anda lebih berupaya untuk mengungkapkan pemikiran dan perasaan anda.

Bahasa adalah alat yang indah memberikan kita variasi dalam kata-kata yang bagus untuk digunakan ketika meluahkan kata hati. Mereka yang boleh menggunakan bahasa dengan efektif dengan pelbagai perbendaharaan kata selalunya menarik minat orang sekeliling dan dikagumi.

5. Kurang Masa terhadap Skrin

Jikalau anda tidak mempunyai masa untuk membaca pada waktu siang, luangkan sedikit masa anda untuk membaca sebelum tidur. Jadikan ia sebagai rutin. Sebelum anda tidur, bacalah buku yang dicetak sebagai alternatif berbanding meluangkan masa menggunakan telefon pintar.

Menurut kajian, mereka yang menggunakan telefon pintar pada lewat malam akan menghadapi kesukaran untuk tidur dan merosakkan kualiti tidur dengan sangat teruk.

Membaca buku, sebaliknya, mempunyai sifat yang menenangkan, menjadikan ia hobi sebelum tidur yang baik, menurut kata pakar.

3 BUKU YANG DITULIS OLEH PENULIS TEMPATAN

Kalau anda tidak ada idea buku yang macam mana anda patut mula baca, ini adalah antara pilihan yang anda boleh rujuk sambil-sambil menyokong produk tempatan.

1. The Weight of Our Sky by Hanna Alkaf

Novel debut milik Hanna Alkaf ini berkisahkan sejarah oenyakit mental, kemanusiaan, dan tindakan seorang gadis Malaysia berusia 16 tahun dengan penyakit OCD.

2. Kebaya Tales: 10th Anniversary Edition by Dr. Lee Su Kim

Buku terbaru tulisan Dr. Lee Su Kim Kebaya Tales: 10th Anniversary Edition ini penuh dengan watak yang menarik, liku-liku plot yang tidak dijangka, rasa ingin tahu budaya yang diselitkan sedikit sentuhan jenaka dan sindiran untuk pembacaan yang menghiburkan.

3. Unveiling Choice by Maryam Lee

Buku bukan fiksyen milik Maryam Lee mengisahkan keberanian penulis dalam membuat keputusan untuk membuka tudung dan perjalanannya yang sukar sebagai ganti terhadap keputusannya.

Di Malaysia, membuka tudung merupakan isu kontroversi kerana ia dipandang sebagai satu langkah yang menentang agama, keluarga dan kebiasaan budaya.

Anda salah apabila anda percaya bahawa anda tidak ada masa untuk mula membaca. Kita sendiri yang cari masa untuk perkara-perkara penting sebab pada kita itu adalah keutamaan. Berapa banyak masa yang anda luangkan untuk menonton televisyen?

Berapa lama anda habiskan masa untuk melayari internet? Aktivti tersebut seeloknya diganti dengan membaca. Kalau anda takut soal harga buku yang mahal, anda boleh meminjam buku di mana-mana perpustakaan.

Kebanyakan perpustakaan menggunakan sistem pinjaman antara perpustakaan, di mana sistem ini membolehkan anda pinjam hampir mana-mana buku yang ada di dunia ini. Jadi, tiada alasan untuk tidak mula membaca setiap hari.

Faedah membaca lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan keburukan membaca. Selain itu, penambahan ilmu juga bukanlah satu benda yang buruk malah membuat kita semakin peka dengan hal isu semasa.

Mulakan pembacaan anda dengan sesuatu yang ringan seperti majalah ataupun novel fiksyen. Jalan ceritanya lebih menarik. Ataupun, anda juga boleh membaca buku-buku motivasi. Dapatkan cadangan buku motivasi yang bagus di Youtube.

SUMBER:

https://www.bestpracticeinhr.com/why-is-reading-important-the-11-benefits-of-books

https://ideapod.com/15-incredible-benefits-reading-read-every-day

https://www.mentalfloss.com/article/585137/6-benefits-reading-every-day

https://thesmartlocal.com/malaysia/new-malaysian-writers-books/

Tagged: