Levoscoliosis
Levoscoliosis adalah jenis scoliosis di mana spina yang berpusing dan melengkung ke arah sisi kiri badan anda dalam bentuk C.

Levoscoliosis adalah jenis scoliosis di mana spina yang berpusing dan melengkung ke arah sisi kiri badan anda dalam bentuk C.

Lengkungan ini selalu berlaku di bahagian belakang lumbar (bawah) anda, tetapi ia boleh juga terjadi di dalam bahagian belakang toraks (tengah).

Simptom

Sebilangan besar simptom scoliosis sederhana ada kaitan dengan penampilan anda. Scoliosis biasanya tidak menyakitkan kecuali jika ia teruk. Orang dewasa dengan scoliosis cenderung mengalami lebih banyak kesakitan.

Tanda-tanda scoliosis sederhana hingga pertengahan termasuklah:

  • bahu tidak rata
  • pinggul tidak rata
  • kepala selari dengan badan
  • sebelah lengan rendah daripada sebelah yang lain
  • tulang rusuk terkeluar di sebelah sisi
  • pakaian yang dipakai kelihatan tergantung
  • lengkung yang kelihatan di belakang

Simptom scoliosis yang lebih teruk termasuklah:

  • sakit belakang
  • sukar bernafas
  • sakit dada
  • sakit kaki
  • masalah fungsi usus atau pundi kencing

Punca

Jarang berlaku, levoscoliosis mungkin disebabkan oleh:

  • Cacat semasa lahir: Apabila tulang spina tidak terbentuk dengan baik di dalam rahim, ia adalah congenital scoliosis
  • Keadaan neuromuskular: Penyakit tertentu seperti cerebral palsy atau distrofi otot boleh menyebabkan scoliosis.
  • Faktor keturunan: Artritis, osteoporosis, keretakan mampatan, dan kerosakan cakera, terutama di kalangan warga emas.
  • Kecederaan: Kerosakan pada spina

Faktor Risiko

Sesiapa sahaja boleh menghidap levoscoliosis. Beberapa faktor risiko yang perlu diperhatikan termasuklah sejarah keluarga, usia, dan jantina.

Kira-kira 30 peratus individu muda menghidapi idiopathic scoliosis mempunyai sejarah keluarga mengenai keadaan ini. Ini menunjukkan bahawa genetik memainkan peranan.

Tanda dan simptom biasanya bermula ketika mula membesar sebelum baligh pada usia 10 hingga 12 tahun.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan juga cenderung menghidap scoliosis sederhana.

Budak perempuan lapan kali lebih cenderung daripada budak lelaki yang mempunyai lengkungan yang teruk sehingga memerlukan rawatan.

Diagnosis

Untuk membantu mendiagnosis levoscoliosis, doktor akan bertanyakan soalan seperti:

  • sejarah perubatan peribadi
  • sejarah perubatan keluarga
  • gejala
  • apa yang mungkin menyebabkan lengkungan berlaku, seperti kecederaan

Mereka kemudiannya akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk menilai keselarasan tulang belakang, bahu, dan pinggul.

Malah doktor akan memeriksa jika ia menyebabkan rasa sakit, kebas, bersemut, dan lemah otot.

Mereka juga akan meminta anda membongkokkan pinggang ke depan dan membiarkan tangan tergantung di sisi.

Sebilangan besar doktor mendiagnosis levoscoliosis dengan menggunakan ujian pengimejan untuk menentukan sudut antara dua vertebra yang paling tidak selari. Ini dikenali sebagai sudut Cobb.

Doktor menganggap sudut Cobb lebih besar daripada 10 darjah sebagai tanda scoliosis yang memerlukan pemantauan.

Sekiranya doktor mengesyaki levoscoliosis, anda perlu menjalani xray untuk mengesahkan keadaan anda dan menentukan sejauh mana lengkung.

Alat diagnostik lain yang mereka mungkin gunakan untuk memastikan dan menilai scoliosis:

  • imbasan CT
  • imbasan MRI
  • radiograf tulang belakang

Rawatan

Rawatan untuk levoscoliosis idiopatik berbeza-beza bergantung pada usia anda, keparahan lengkung tulang belakang, dan kemungkinan scoliosis akan bertambah buruk hari demi hari.

Tunggu dan memerhati

Kanak-kanak yang sedang membesar dan menghidap scoliosis sederhana akan diperiksa setiap enam bulan untuk melihat jika lengkung bertambah teruk.

Kebanyakan kanak-kanak, tidak memerlukan rawatan.

Pendakap belakang

Memakai pendakap tidak akan memperbaiki lekuk yang ada, tetapi dapat mengelakkan lekuk menjadi semakin teruk.

Pendakap plastik yang sesuai dipakai siang dan malam, tetapi boleh dibuka untuk sukan dan aktiviti lain. Pendakap tidak lagi berguna setelah tulang anda berhenti tumbuh.

Pembedahan

Pakar bedah anda boleh menggunakan prosedur yang disebut spinal fusion untuk meluruskan lengkungan di tulang belakang anda.

Doktor anda mengantikan tulang bahagian melengkung spina, kemudian menyembuhkannya menjadi tulang tunggal.

Batang logam mungkin dilekatkan pada spina untuk memastikan tulang belakang anda lurus sementara bahagian kecil spina bersatu.

Sekiranya anda sedang membesar, pakar bedah anda mungkin menggunakan batang yang boleh disesuaikan sepanjang anda membesar.

Senaman

Senaman tidak dapat memperbaiki lengkungan tulang ada, tetapi penting untuk kesihatan anda. Jangan mengelak daripada bersenam disebabkan scoliosis kecuali diberitahu oleh doktor.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/levoscoliosis

https://www.webmd.com/back-pain/causes-scoliosis#1

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/scoliosis/symptoms-causes/syc-20350716

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320207

Summary
Levoscoliosis : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Levoscoliosis : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Levoscoliosis adalah jenis scoliosis di mana spina yang berpusing dan melengkung ke arah sisi kiri badan anda dalam bentuk C.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: