Levocetirizine
Levocetirizine berfungsi dengan menyekat zat semula jadi tertentu (histamin) yang dihasilkan oleh badan anda semasa reaksi alergi.

Levocetirizine berfungsi dengan menyekat zat semula jadi tertentu (histamin) yang dihasilkan oleh badan anda semasa berlakunya reaksi alergi.

Kegunaan Levocetirizine

Levocetirizine adalah antihistamin yang digunakan untuk menghilangkan gejala alergi seperti mata berair, hidung berair, mata / hidung gatal, dan bersin.

Ia juga digunakan untuk menghilangkan rasa gatal dan gegata.

Cara menggunakan Levocetirizine Dihydrochloride

Ubat ini diambil secara oral dengan atau tanpa makanan, biasanya sekali sehari pada waktu petang. Sekiranya anda menggunakan ubat ini dalam bentuk cecair, ukur dos dengan teliti menggunakan alat / sudu pengukur khas.

Jangan gunakan sudu makan kerana anda mungkin tidak akan mendapat dos yang betul.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Levocetirizine

Sebelum mengambil levocetirizine, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah padanya; atau pada cetirizine, hydroxyzine ataupun jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Berbincanglah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda juga.

Ubat ini boleh membuatkan anda mengantuk. Arak atau dadah (ganja) boleh membuatkan anda lebih mengantuk. Jangan memandu, menggunakan peralatan atau mesin berbahaya, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan tinggi sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat. Elakkan pengambilan minuman beralkohol.

Seterusnya, produk cecair mungkin mengandungi gula dan / atau aspartam. Jadi, berhati-hati jika anda menghidap diabetes, fenilketonuria (PKU), atau keadaan lain yang memerlukan anda membataskan / mengelakkan bahan-bahan seperti ini dalam diet anda.

Bertanya pada doktor atau ahli farmasi anda bagi mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan ubat ini dengan selamat. Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi, dan produk herba).

Kesan sampingan Levocetirizine

Mengantuk, letih, dan mulut kering mungkin berlaku. Demam atau batuk juga boleh berlaku, terutama pada kanak-kanak. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Jika doktor telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, ketahuilah bahawa beliau telah menilai bahawa faedah bagi anda adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan yang boleh berlaku.

Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Beritahu doktor dengan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius, termasuklah kesukaran membuang air kecil, rasa lemah.

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda melihat gejala reaksi alergi yang serius, termasuklah ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening yang teruk, kesukaran bernafas.

Kontraindikasi Levocetirizine

Keadaan berikut dikontraindikasikan dengan ubat ini. Bertanyakan pada doktor anda jika anda mempunyai perkara berikut:

  • penyakit buah pinggang tahap akhir
  • prostat membesar serta masalah buang air kencing
  • ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya
  • gangguan buah pinggang sederhana hingga serius
  • hemodialisis dengan membran fluks tinggi

Interaksi Levocetirizine

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat. Jangan mula, henti, atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Periksa label pada semua ubat anda (seperti alergi atau batuk dan selesema) kerana ia mungkin mengandungi bahan yang menyebabkan rasa mengantuk.

Tanya ahli farmasi anda mengenai penggunaan produk tersebut dengan selamat. Jangan gunakannya bersama antihistamin lain yang digunakan pada kulit (seperti krim diphenhydramine, salap, semburan) kerana risiko kesan sampingan mungkin meningkat.

Levocetirizine juga adalah sangat serupa dengan hydroxyzine dan cetirizine. Jadi, gangan gunakan ubat ini semasa menggunakan levocetirizine.

Dos Levocetirizine

Dos Dewasa Biasa untuk Gegata

  • 5 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang

Dos Dewasa Biasa untuk Selesema Alergi

  • Selesema Alergi bermusim (OTC): 5 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang; sebilangan pesakit mungkin perlu dikawal pengambilan dosnya dengan 2.5 mg sekali sehari

Dos Kanak-Kanak Selesema Alergi

Selesema Alergi Kekal:

  • 6 bulan hingga 2 tahun: 1.25 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang

Selesema Alergi bermusim (OTC):

  • 6 hingga 11 tahun: 2.5 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
  • 12 tahun ke atas: 5 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang; sebilangan pesakit mungkin perlu dikawal pengambilan dosnya dengan 2.5 mg sekali sehari

Dos Kanak – Kanak Gegata

  • 6 bulan hingga 5 tahun: 1.25 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
  • 6 hingga 11 tahun: 2.5 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
  • 12 tahun ke atas: 5 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang; sebilangan pesakit mungkin perlu dikawal pengambilan dosnya dengan 2.5 mg sekali sehari

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-148989/levocetirizine-oral/details#:~:text=Levocetirizine%20is%20an%20antihistamine%20used,makes%20during%20an%20allergic%20reaction
https://www.drugs.com/dosage/levocetirizine.html

https://www.medicalnewstoday.com/articles/levocetirizine-oral-tablet

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/levocetirizine-oral-route/description/drg-20071083


Summary
Levocetirizine (Alergi) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Levocetirizine (Alergi) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Levocetirizine berfungsi dengan menyekat zat semula jadi tertentu (histamin) yang dihasilkan oleh badan anda semasa reaksi alergi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: