Leukoplakia
Leukoplakia adalah keadaan di mana tompok tebal, berwarna putih atau kelabu biasanya terbentuk di dalam mulut anda. Merokok adalah penyebab yang paling biasa bagi keadaan ini. Tetapi, perengsa lain juga boleh menyebabkan keadaan ini.

Leukoplakia adalah keadaan di mana tompok tebal, berwarna putih atau kelabu biasanya terbentuk di dalam mulut anda. Merokok adalah penyebab yang paling biasa bagi keadaan ini. Tetapi, perengsa lain juga boleh menyebabkan keadaan ini.

Seterusnya, keadaan ini adalah ringan, biasanya tidak berbahaya dan sering hilang dengan sendirinya. Kes-kes yang lebih serius boleh dikaitkan dengan kanser mulut dan mesti diatasi dengan segera.

Penjagaan gigi secara berkala dapat membantu mengelakkan kejadian yang berulang.

Jenis Leukoplakia

Terdapat dua jenis Leukoplakia utama:

  • Homogen: Tompok nipis yang kebanyakan berwarna putih dan sekata dan mungkin mempunyai permukaan licin, berkerut atau berlekuk sepanjang masa.
  • Bukan homogen: Tompok putih atau putih-merah, berbentuk tidak teratur yang mungkin rata, ‘nodular’ (mempunyai penonjolan), atau ‘ternaik’ (tinggi). Sub-klasifikasi tambahan, seperti ulser dan nodular (berbintik-bintik), mungkin juga terhasil dan membantu meramalkan adanya kemungkinan bahawa tompokan itu boleh menjadi kanser.

Leukoplakia bukan homogen adalah tujuh kali lebih berkemungkinan untuk menjadi kanser berbanding jenis homogen.

Simptom Leukoplakia

Leukoplakia biasanya berlaku pada gusi, bahagian dalam pipi anda, bahagian bawah mulut anda iaitu di bawah lidah dan kadangkala pada lidah anda. Ia biasanya tidak menyakitkan dan mungkin tidak disedari untuk sementara waktu.

Di samping itu, keadaan ini mungkin muncul seperti:

  • Tompok berwarna putih atau kelabu yang tidak dapat dihapuskan.
  • Bertekstur tidak tetap atau rata.
  • Menebal atau mengeras di kawasan tertentu.
  • Seiring dengan luka merah yang timbul (leukoplakia berbintik-bintik atau.
  • ‘erythroplakia’), yang cenderung menunjukkan perubahan pra-kanser.

– Leukoplakia berbulu

Jenis berbulu menyebabkan tompok-tompok putih kabur yang menyerupai lipatan atau rabung, dan biasanya berlaku di sisi lidah anda. Ini selalunya disalah anggap sebagai ‘oral thrush’ iaitu jangkitan dengan tompok-tompok putih berkrim yang dapat dihapuskan. Ini juga sering terjadi pada individu dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah.

Punca Leukoplakia

Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini adalah tidak diketahui. Ia biasanya berkaitan dengan penggunaan tembakau. Merokok adalah penyebab yang paling biasa. Tetapi, mengunyah tembakau juga boleh menyebabkan Leukoplakia.

Sebab-sebab lain termasuk:

  • kecederaan pada bahagian dalam pipi anda, seperti kesan menggigit.
  • gigi kasar dan tidak rata.
  • gigi palsu, terutamanya jika dipasang dengan tidak betul.
  • keadaan keradangan pada badan.
  • pengambilan alkohol jangka panjang.

Walaupun beberapa kajian menunjukkan bahawa ada kaitan antara Leukoplakia dan virus papilloma manusia (HPV), tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong perkaitan ini.

Diagnosis Leukoplakia

Selalunya, doktor anda mendiagnosis Leukoplakia dengan:

  • Memeriksa tompok-tompok di mulut anda.
  • Berusaha untuk menghapuskan tompok-tompok putih.
  • Membincangkan sejarah perubatan dan faktor risiko anda.
  • Menyatakan penyebab lain yang berkemungkinan.
  • Menguji kehadiran kanser.

Sekiranya anda menghidap keadaan ini, doktor mungkin akan menguji tanda-tanda awal kanser dengan:

  • Biopsi sikat oral. Ini melibatkan pembuangan sel dari permukaan luka dengan berus berputar kecil. Ini adalah prosedur yang tidak invasif, tetapi tidak selalunya menghasilkan diagnosis yang tepat.
  • Biopsi khas. Ini melibatkan pembedahan bagi membuang tisu dari tompokan Leukoplakia atau membuang seluruh tompokan jika ia adalah kecil. Biopsi ini adalah lebih komprehensif dan biasanya menghasilkan diagnosis yang tepat.

Sekiranya biopsi yang dibuat menunjukkan keputusan positif untuk kanser, dan doktor anda melakukan biopsi eksklusif yang menghilangkan keseluruhan tompokan Leukoplakia, anda mungkin tidak memerlukan rawatan lebih lanjut. Sekiranya tompokannya adalah besar, anda mungkin dirujuk kepada pakar bedah mulut atau pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk mendapatkan rawatan.

Faktor Risiko Leukoplakia

Tiada sebab tunggal atau tepat yang menyebabkan keadaan ini. Penggunaan tembakau dalam bentuk apa pun adalah faktor yang paling umum mempengaruhi perkembangan keadaan ini. Individu yang merokok adalah enam kali lebih berisiko menghidap Leukoplakia.

Secara amnya, sebarang kerosakan atau kerengsaan kronik pada tisu mulut boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami Leukoplakia.

Faktor lain yang mungkin berperanan dalam perkembangannya termasuk:

  • papillomavirus manusia (HPV), yang mungkin meningkatkan risiko keadaan ini menjadi kanser mulut
  • kebersihan mulut yang buruk
  • menggigit pipi atau lidah yang berulang
  • pengambilan alkohol yang berlebihan
  • mengunyah kacang dan daun tertentu, seperti daun sirih dan kacang pinang

Leukoplakia berbulu, yang merupakan jenis yang lain, sering terjadi pada individu dengan sistem imun yang lemah. Individu dengan HIV dan virus Epstein-Barr (EBV) juga mungkin menghidap Leukoplakia berbulu.

Rawatan Leukoplakia

Rawatan paling berjaya adalah apabila luka dijumpai dan dirawat lebih awal, ketika ia masih kecil. Pemeriksaan berkala adalah penting, seperti memeriksa mulut anda secara rutin bagi kawasan yang tidak kelihatan normal.

Bagi kebanyakan orang, membuang sumber kerengsaan seperti menghentikan penggunaan tembakau atau alkohol boleh menyembuhkan keadaan.

Apabila ini tidak berkesan atau jika luka menunjukkan tanda-tanda awal kanser, pelan rawatan mungkin melibatkan:

  • Menghilangkan tompok Leukoplakia. Tompokan boleh dikeluarkan menggunakan pisau bedah, laser atau ‘probe’ yang sangat sejuk serta boleh membeku dan memusnahkan sel kanser (cryoprobe).
  • Lawatan susulan untuk memeriksa kawasan tersebut. Setelah anda menghidap Leukoplakia, pengulangan keadaan ini boleh berlaku.

Merawat Leukoplakia berbulu

Biasanya, anda tidak memerlukan rawatan untuk jenis ini. Keadaan ini sering tidak menimbulkan gejala dan tidak mungkin menyebabkan kanser mulut.

Sekiranya doktor anda mengesyorkan rawatan, ini mungkin termasuk:

  • Ubat. Anda mungkin mengambil pil yang mempengaruhi keseluruhan sistem anda (ubat sistemik), seperti ubat antivirus. Ubat-ubatan ini dapat menekan virus Epstein-Barr, penyebab jenis yang berbulu. Rawatan topikal juga boleh digunakan.
  • Lawatan susulan. Sebaik sahaja anda menghentikan rawatan,Lleukoplakia berbulu putih akan kembali. Doktor mungkin mengesyorkan anda membuat lawatan susulan secara berkala untuk memantau perubahan pada mulut anda atau terapi yang berterusan untuk mengelakkan tompok Leukoplakia daripada kembali lagi.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.pinterest.com/pin/449023025347845259/

SUMBER

https://www.healthline.com/health/leukoplakia

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/leukoplakia/symptoms-causes/syc-20354405

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17655-leukoplakia

https://www.medicalnewstoday.com/articles/317689

Summary
Leukoplakia – Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Leukoplakia – Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Leukoplakia adalah keadaan di mana tompok tebal, berwarna putih atau kelabu biasanya terbentuk di dalam mulut anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: