Now Reading
Lepaking: Tempat Lepak Di Sekitar Kuala Lumpur (KL).

Lepaking: Tempat Lepak Di Sekitar Kuala Lumpur (KL).

Lepaking

Lepaking: Tempat Lepak Di Sekitar Kuala Lumpur ~ Aktiviti lepak merupakan aktiviti yang digemari oleh anak muda terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.

Lepak atau lepaking adalah salah satu aktiviti sihat untuk anak muda berjumpa dengan rakan-rakan ataupun menghilangkan stress setelah penat bekerja atau belajar. Port-port lepak yang ada juga menawarkan pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat untuk pengunjungnya.

Untuk artikel kali ini, kami menyenaraikan 10 tempat lepak di sekitar Kuala Lumpur (KL) yang boleh menjadi pilihan anda untuk dijadikan port lepak bersama rakan-rakan.

Lepaking Di Sekitar KL

Umum mengetahui, Kuala Lumpur adalah sebuah kota yang sibuk dan seringkali menjadi antara pilihan tempat untuk anak-anak muda menghabiskan masa bersama rakan-rakan.

Berikut ialah 10 Tempat Lepak Di Sekitar KL (Kuala Lumpur)

  • The Garage KL, Ampang.

Sekiranya anda mencari tempat menarik untuk aktiviti lepaking anda bersama rakan-rakan sambil menikmati makanan Western yang sedap, The Garage KL adalah antara pilihan yang terbaik. Berkonsepkan restoran dalam kontena dan reka bentuk yang minimalis, tempat ini cukup sesuai untuk dijadikan port lepak sambil makan dan kemudian bergambar bersama rakan-rakan.

  • Tapak, Jalan Ampang.

Di sini terdapat banyak food truck yang menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi ayam kunyit, burger dan juga pelbagai makanan hipster yang jarang ditemui di tempat lain. Selain itu, terdapat juga persembahan live band yang akan menghiburkan pengunjung yang datang. Memang sesuai sangat untuk dijadikan port lepak bersama rakan-rakan!

Lokasi tempat ini berdekatan dengan Suria KLCC.

  • Secret Garden One Utama

Terletak di atas bumbung (aras 7) pusat membeli-belah 1 Utama, ramai yang tidak tahu port lepak yang menarik ini. Di sini, anda berpeluang menikmati panorama indah taman rahsia atas bumbung yang terbesar di Asia Tenggara secara percuma!

Untuk pengetahuan, taman ini menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan yang unik. Anda boleh berkunjung ke sini untuk melepak pada hujung minggu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dengan mengambil pas masuk atau tiket di Customers Service Center di tingkat bawah.

  • KL Forest Eco-Park

Bosan melepak di kedai makan ataupun mall, anda boleh bawa rakan-rakan anda ke sini. KL Forest Eco-Park terletak berdekatan dengan KL Tower. Di sini anda boleh mencuba untuk berjalan di atas Walk Canopy (jambatan gantung) dan mengelilingi hutan hujan tropika yang subur ini.

Masuk adalah percuma. Memang tidak rugi anda jadikan hutan ini port lepak dan santai anda bersama rakan-rakan. Selain dapat menghabiskan masa bersama, anda juga dapat menghirup udara segar dan lari dari kesibukan kota sebentar.

  • KLCC Lake Symphony

Lokasi KLCC Lake Symphony ini betul-betul dapat dilihat sejurus keluar dari Suria Mall. Sekiranya anda bercadang ingin lepak waktu malam, bolehlah datang kesini untuk menikmati pemandangan di waktu malam secara percuma.

Di samping itu, anda juga boleh menyaksikan pertunjukan air di kolam KLCC juga secara percuma. Biasanya, pertunjukkan tersebut akan bermula pukul 7 malam sehingga pukul 10 malam.

  • Uptown Danau Kota

Uptown ini buka pada waktu malam sehingga pukul 3 pagi. Memang amat sesuailah untuk yang kaki lepak pada waktu malam. Disini anda boleh membeli pelbagai jenis barangan dan makanan dengan harga yang murah.

Uptown ini dibuka pada hari rabu sehingga ahad sahaja. Bolehlah round-round dulu beli barang dan makanan, kemudian cari satu tempat untuk duduk lepak sambil menghayati kepekatan malam.

  • Downtown Cheras

Lebih kurang seperti Uptown Danau Kota, di Cheras anda boleh pergi ke Downtown Cheras yang juga beroperasi sehingga lewat pagi. Terdapat ratusan gerai peniaga yang menjual variasi jenis barangan dan makanan.

Sekiranya anda mencari barang-barang yang berharga murah, anda boleh singgah ke sini. Amat sesuai untuk dijadikan port lepak sambil makan bersama rakan-rakan yang suka lepak malam hari.

  • The H, Hartamas

The H, Hartamas merupakan antara salah satu tempat lepaking yang digemari ramai termasuk selebriti-selebriti tanah air. Menempatkan banyak gerai makanan yang menjual makanan tempatan seperti Char Kuey Teow, pisang goreng cheese, sate dan banyak lagi menjadikan ia tempat lepak yang digemari ramai.

Disini juga menjadi tumpuan para peminat bola untuk lepak dan menonton bola kerana terdapat skrin yang disediakan. The H menggunakan konsep terbuka, mengutamakan keselesaan pengunjung serta berusaha menawarkan servis yang cepat dan terbaik.

Sekiranya anda bercadang ingin ke sini, pastikan datang awal kerana tempat parking adalah terhad.

  • Jalan Telawi

Terletak di Bangsar, Jalan Telawi juga merupakan salah satu pilihan tempat lepak yang menarik. Di sini anda boleh dapati variasi jenis makanan bermula dari makanan jenis restoran mamak hinggalah ke fine dining.

Killer Gourmet Burger, Sri Nirwana Maju, Mikey’s Pizza, dan Dip N Dip adalah antara kedai makanan yang popular di sini. Selain itu, tempat lepak ini juga sering dibanjiri warga antarabangsa kerana terdapat banyak restoran barat dan bar.

Anda boleh parking di Bangsar Village Mall kerana di sana lebih mudah mencari parking dan hanya beberapa minit perjalanan ke Jalan Telawi.

  • LOKL

LOKL merupakan sebuah kafe yang terletak di berhampiran Masjid Jamek. Kafe ini terkenal dengan kopinya dan hidangan brunch. Dimiliki oleh selebriti Cheryl Samad dan suaminya, kafe ini cukup sesuai untuk aktiviti lepaking yang santai pada hujung minggu.

Suasana yang tenang, dengan bau-bauan kopi memang sesuai sekali untuk sesiapa yang suka bersembang lama dalam keadaan selesa. Kafe ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar kerana hiasan dinding di kafe ini sangat unik dan menarik.

Kesimpulan

Semoga perkongsian dan cadangan tempat lepak yang disenaraikan diatas memberi anda idea dan pilihan untuk aktiviti lepaking anda bersama rakan-rakan kelak. Apapun, jangan menghabiskan masa degan aktiviti lepak yang tidak berfaedah dan membazir wang. Lepaklah secara bijak.

Selamat berlepak!

Sumber:

https://ammboi.my/tempat-lepak-best-di-kl/

https://www.teamtravel.my/tempat-lepak-dan-jalan-jalan-di-kl/

https://www.libur.com.my/5-tempat-photo-worthy-di-kl-korang-kena-datang-lepak-serius-best-ambil-gambar/

error: Content is protected !!