Lengkuas
Lengkuas juga banyak digunakan dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan perapan.

Ramai antara kita yang mungkin terkeliru antara lengkuas dan halia kerana fizikal nya yang seakan-akan sama. Lengkuas juga banyak digunakan dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan perapan. Namun, tahukah anda ia juga mempunyai khasiat yang sama hebat seperti rempah-rempah lain? Mari ketahui khasiat dan cara menggunakannya.

1. Meningkatkan kesihatan kulit

Lengkuas mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan bagus untuk meremajakan sel-sel kulit selain melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga berperanan merawat masalah kulit seperti panau, luka dan alahan. Caranya, sapukan isinya pada bahagian kulit yang terjejas sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. Boleh juga diracik halus dan diminum bersama air setiap hari bagi mengatasi masalah kulit akibat alahan kepada makanan seperti udang, sotong dan sebagainya.

2. Merawat asma

lelaki sedang menggunakan penyedut

Lengkuas juga mampu menyembuhkan asma. Hal ini kerana ia telah terbukti mampu membuka saluran udara dalam paru-paru dan mengurangkan masalah asma. Ia juga mempunyai ciri anti radang.

3. Meningkatkan kesihatan otak

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam lengkuas mampu mengurangkan plak beta-amyloid di dalam otak sekaligus mencegah penyak neurodegeneratif. Penyakit ini menyebabkan kemation sel saraf otak yang menggagu pergerakan tubuh dan fungsi mental.

4. Meningkatkan tahap kesuburan lelaki

Satu kajian yang dilakukan terhadap sejumlah lelaki yang diberikan ekstrak lengkuas dan ekstrak delima menunjukkan peningkatan jumlah penghasilan sperma yang signifikan. Namun, kajian yang lebih teliti diperlukan sama ada ia berpunca daripada ekstrak lengkuas atau ekstrak delima.

5. Melegakan demam

wanita demam sedang pegang termometer

Lengkuas merupakan bahan semulajadi yang mempunyai antiseptic dan analgesik yang berfungsi mencegah jangkitan yang menyebabkan demam. Ia juga mempunyai fungsi untuk melawan bakteria patogen.

6. Melawan kanser

Kandungan galangin yang terdapat dalam lengkuas memiliki ciri anti kanser. Galangin sangat berkesan melawan kanser seperti usus besar, melanoma dan hepatoma. Zat antioksidan dan anti radang yang terkandung dapat membantu menurunkan kerosakan DNA akibat radikal bebas.

7. Menurunkan paras kolesterol

senarai kolesterol tinggi

Khasiat lain lengkuas juga mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Kandungan flavonoid dalam ini seperti quercetin dan kaempferol berfungsi mengelakkan pengumpulan asid lemak. Masukkan sahaja lengkuas ke dalam masakan setiap hari dan anda pasti dapat melihat penurunan kadar kolesterol anda.

8. Merawat kencing manis

Ciri antibakteria yang terdapat dalam lengkuas membantu melawan bateria patogen seperti laktosa dan fruktosa. Ia juga menghalang metabolisma karbohidrat dan memperlahankan kenaikan gula dalam darah. Ini menjadikan lengkuas sebagai bahan yang sama hebat dengan ubat kencing manis sintetik.

9. Melegakan batuk dan sakit tekak

wanita sedang batuk

Lengkuas mampu bertindak sebagai bahan semulajadi untuk mengeluarkan kahak sekaligus melancarkan pernafasan. Anda cuma perlu memotong kecil-kecil ke dalam air minuman dan dibiarkan semalaman. Minum selama 3 hari berturut-turut sehingga batuk reda.

10. Kaya dengan antioksidan

perkataan antioksidant

Kandungan antioksidan yang tinggi mampu membantu melawan radikal bebas yang mampu menyebabkan kanser dan penyakit kronik lain. Polifenol yang terdapat dalam lengkuas juga berperanan untuk meningkatkan memori, menurunkan kadar gula dalam darah dan menurunkan kadar kolesterol LDL.

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/galangal-root#1

https://www.drugs.com/npp/galangal.html

https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/diet/benefits-of-galangal/articleshow/8065447.cms

https://www.thekitchn.com/whats-the-difference-between-galangal-and-ginger-236291

Summary
Lengkuas: 10 Khasiat dan Macam-mana Menggunakannya
Article Name
Lengkuas: 10 Khasiat dan Macam-mana Menggunakannya
Description
Lengkuas banyak digunakan dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan perapan. Namun, tahukah anda lengkuas juga mempunyai khasiat hebat seperti rempah-rempah lain?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: