Now Reading
Lebam (Bruises)

Lebam (Bruises)

lebam

Pengenalan

Lebam adalah kecederaan kulit biasa yang menyebabkan perubahan warna kulit. Darah dari sel-sel darah yang rosak di bawah kulit berkumpul berhampiran permukaan kulit, lalu mengakibatkan tanda yang boleh dilihat iaitu tanda berwarna hitam dan biru.

Penerangan

Gejala lebam adalah berbeza bergantung kepada punca yang menyebabkannya. Perubahan warna kulit biasanya menjadi tanda pertama bagi keadaan ini. Walaupun perubahan warna biasanya melibatkan hitam dan biru, lebam juga boleh berwarna:

  • Merah
  • Hijau
  • Ungu
  • Perang
  • Kekuningan, yang paling kerap berlaku dalam proses penyembuhan

Anda juga mungkin mengalami kesakitan dan kelembutan pada kawasan lebam. Ia biasanya bertambah baik apabila keadaan lebam itu semakin sembuh.

Gejala yang teruk

Gejala lain boleh menunjukkan keadaan yang lebih serius. Dapatkan rawatan perubatan dengan segerea jika anda mempunyai:

  • Peningkatan tanda lebam semasa mengambil aspirin (Bayer) atau ubat penipisan darah yang lain.
  • Bengkak dan rasa menyakitkan di bahagian lebam.
  • Lebam yang berlaku selepas pukulan keras atau terjatuh.
  • Lebam yang berlaku berserta kemungkinan adanya kepatahan tulang.
  • Lebam yang berlaku tanpa alasan.
  • Lebam yang tidak sembuh selepas empat minggu.
  • Lebam di bawah kuku yang menyakitkan.
  • Lebam yang disertai dengan pendarahan dari gusi, hidung atau mulut.
  • Lebam disertai dengan darah dalam air kencing, najis atau mata.

Berjumpa juga dengan pakar perubatan jika anda mempunyai:

  • Lebam yang tidak dapat dijelaskan, terutamanya dalam corak yang berulang.
  • Lebam yang tidak menyakitkan.
  • Lebam yang muncul semula di kawasan sama tanpa kecederaan.
  • Sebarang lebam hitam pada kaki.

Lebam berwarna biru di kaki anda mungkin berasal dari vena varikos, namun lebam hitam pula mungkin menunjukkan trombosis vena dalam (DVT) yang merupakan tanda pembekuan darah. Keadaan ini boleh mengancam nyawa.

Punca yang berkemungkinan

Lebam tanpa sebab yang muncul di kusyen atau lutut mungkin terjadi kerana perlanggaran kerangka pintu, kerangka katil atau kerusi tanpa anda sedari.

Sebab-sebab lain yang biasanya menyebabkan lebam termasuklah:

  • Kecederaan semasa bersukan.
  • Kemalangan kereta.
  • Gegaran.
  • Kecederaan kepala.
  • Kecederaan di pergelangan buku lali.
  • Ketegangan otot.
  • Pukulan, seperti dipukul oleh seseorang atau terkena bola.
  • Ubat-ubatan yang menipiskan darah, seperti aspirin atau warfarin (Coumadin).
  • Suplemen.

Lebam yang terbentuk selepas luka, melecur, terjatuh, atau kecederaan adalah sesuatu yang normal. Ia bukanlah perkara biasa untuk menjadi benjolan di kawasan lebam. Luka ini terhasil sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan semulajadi tubuh anda. Anda tidak perlu risau dalam kebanyakan kes. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami luka yang menyebabkan lebam, terbuka semula dan mengeluarkan nanah, cecair yang jernih atau darah, sila berjumpa dengan pakar perubatan dengan segera. Ini boleh menjadi petanda bagi jangkitan.

Sekiranya seorang kanak-kanak mengalami lebam tanpa sebab, bawa mereka ke pakar perubatan untuk menentukan puncanya. Lebam sebegini boleh menjadi tanda penyakit yang serius atau penyalahgunaan ubatan.

Ubat-ubatan tertentu juga menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mendapatkan lebam. Ini terutamanya berlaku dengan ubat penipisan darah dan kortikosteroid. Sesetengah makanan tambahan herba seperti minyak ikan juga mempunyai kesan penipisan darah yang sama dan mungkin menyebabkan lebam. Anda juga mungkin mendapat lebam selepas menerima suntikan atau memakai pakaian yang ketat.

Lebam juga cenderung memberi kesan pada orang dewasa yang lebih tua. Sama seperti peningkatan umur anda, kulit anda juga menjadi lebih nipis dan kapilari di bawah kulit anda lebih cenderung untuk pecah.

Di samping itu, sesetengah individu mudah mendapatkan walaupun dengan sedikit kesan kepada badan mereka. Wanita juga lebih mudah terdedah kepada lebam, tetapi dalam kebanyakan kes, keadaan ini tidak perlu dikhuatiri. Walau bagaimanapun, jika ini adalah perkembangan terbaru, berbincanglah dengan doktor anda berkaitan penyebab yang berkemungkinan dan pilihan rawatan yang ada.

Gangguan pendarahan

Kadangkala lebam terjadi kerana keadaan asas yang tidak berkaitan dengan kecederaan. Sejumlah gangguan pendarahan boleh menyebabkan keadaan lebam lebih kerap. Keadaan ini termasuk:

  • Penyakit Von Willebrand
  • Hemofilia A
  • Penyakit Krismas
  • Kekurangan faktor VII
  • Kekurangan faktor X
  • Kekurangan faktor V
  • Kekurangan faktor II

Bila perlu menghubungi doktor

Seseorang perlu mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mempunyai gejala atau isu berikut yang berkaitan dengan lebam seperti:

  • Tulang yang disyaki patah.
  • Kehilangan fungsi sendi, anggota badan atau otot.
  • Kesakitan yang bertambah.
  • Adanya kawasan lain yang terjejas kerana lebam berulang.
  • Lebam yang terjadi tanpa sebab.
  • Lebam yang tidak sembuh dalam masa 2 minggu.
  • Lebam yang mengganggu penglihatan.

Mereka yang mengambil ubat preskripsi bagi penipisan darah, seperti warfarin (Coumadin), harus memaklumkan pada doktor jika mereka mengalami sebarang kecederaan atau kecelakaan.

Seorang doktor boleh membantu menentukan jika ada keadaan yang lebih teruk atau punca yang menyebabkan lebam dan tidak diketahui oleh individu tersebut.

Dalam kes yang jarang berlaku, lebam dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius termasuk:

  • Gangguan pendarahan, seperti hemofilia.
  • Tulang yang patah.
  • Beberapa jenis kanser.
  • Masalah hati.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

  • Sekiranya kecederaan tersebut secara jelas adalah lebam dan doktor tidak mengesyaki sebarang kepatahan tulang, anda mungkin tidak perlu melakukan apa-apa ujian.
  • Sekiranya terdapat bengkak atau kesakitan yang teruk, doktor mungkin ingin mendapatkan ujian X-ray di kawasan itu untuk memastikan tiada kepatahan tulang yang berlaku.
  • Jika lebam sering berlaku tanpa sebab yang jelas, doktor mungkin akan menjalankan ujian darah untuk mencari gangguan pendarahan.
  • Beberapa lebam seperti corak lebam dari masa ke masa dan dalam pelbagai peringkat penyembuhan boleh memberi amaran kepada doktor tentang kemungkinan wujudnya penderaan fizikal.

Rawatan

Anda boleh merawat masalah lebam di rumah dengan beberapa pilihan berikut:

  • Gunakan pek ais untuk mengurangkan bengkak. Balut pek tersebut dalam kain untuk mengelakkan peletakan secara langsung pada lebam itu. Biarkan ais di kawasan lebam selama 15 minit. Ulangi langkah ini bagi setiap jam jika diperlukan.
  • Rehatkan kawasan lebam.
  • Jika ianya praktikal, tingkatkan kawasan lebam di atas jantung anda untuk menjaga aliran darah daripada memasuki ke dalam tisu lebam.
  • Ambil ubat tahan sakit, seperti acetaminophen (Tylenol), untuk mengurangkan kesakitan di kawasan tersebut. Elakkan penggunaan aspirin atau ibuprofen kerana ia boleh meningkatkan pendarahan.
  • Pakai pakaian dengan lengan dan seluar panjang untuk melindungi lebam pada lengan dan kaki anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/bruise

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322742

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/bruises-article#1

error: Content is protected !!