lawatan PM ke pusat kuarantin dan rawatan covid-19
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke pusat kuarantin dan rawatan di maeps serdang

Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengadakan lawatan kerja pada 30 Mac 2020 ke Pusat Kuarantin COVID-19 di MAEPS, Serdang.

Pusat ini didirikan sebagai langkah persediaan untuk menempatkan pesakit Covid-19 sekiranya bilangan kes positif COVID-19 meningkat secara berterusan. Pusat ini dianggarkan mampu menempatkan seramai 600 orang pesakit pada sesuatu waktu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyelaraskan pusat tersebut dengan kerjasama dan bantuan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini adalah perkhidmatan klinikal, wad untuk pesakit COVID-19, ruang khas untuk menstabilkan para pesakit yang berada dalam kecemasan, perkhidmatan farmasi, ambulans, X-ray dan juga makmal patologi.

Kemudahan yang disediakan untuk pesakit termasuklah kerusi, meja, katil, TV, loker, ‘lounge’, WiFi, surau, komputer, tandas, CCTV, ruang mandi, ruang istirehat dan bilik persalinan.

Untuk anggota yang bertugas, pusat ini turut menyediakan kaunter bagi jururawat (nurse station), bilik rawatan dan kecemasan, ruang rehat khas untuk anggota, bilik persalinan anggota dan ruang mandi serta ruang pemakaian PPE (personal protective equipment), tidak ketinggalan juga ruang mesyuarat dan seminar.

Pada saat ini kapasiti hospital COVID-19 Pusat Kusta dan Institut Latihan KKM masih mencukupi bagi penempatan pesakit COVID-19.

Pusat Kuarantin di MAEPS ini bertujuan untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang berisiko rendah sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengatasi penularan pandemik COVID-19.

Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

SUMBER

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-lawat-pusat-kuarantin-dan-rawatan-covid-19-berisiko-rendah-di-maeps-235991

https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/pm-lawat-pusat-kuarantin-rawatan-covid-19-berisiko-rendah-di-maeps/

Summary
Article Name
Lawatan PM ke Pusat Kuarantin COVID-19 di MAEPS, Serdang
Description
Perdana Menteri Malaysia mengadakan lawatan kerja pada 30 Mac 2020 ke Pusat Kuarantin COVID-19 di MAEPS, Serdang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: