lapisan putih pada lidah
Lapisan putih pada lidah mungkin kelihatan agak menakutkan, tetapi jangan khuatir kebiasaannya, keadaan ini adalah tidak berbahaya.

Pengenalan

Lapisan putih pada lidah mungkin kelihatan agak menakutkan, tetapi jangan khuatir kebiasaannya, keadaan ini adalah tidak berbahaya. Lidah putih merujuk kepada lapisan berwarna putih atau salutan putih pada lidah anda. Seluruh lidah anda mungkin berwarna putih atau mungkin terdapat bintik-bintik putih atau tompok-tompok putih di lidah anda.

Namun begitu, keadaan lidah yang berwarna putih selalunya tidak perlu dibimbangkan. Walaupun ia jarang berlaku, simptom ini boleh menanndakan keadaan yang lebih serius seperti peringkat awal jangkitan atau kanser. Berikut adalah sebab mengapa ianya sangat penting untuk memerhatikan simptom lain yang anda alami. Selain itu, hubungilah doktor sekiranya lapisan putih pada lidah anda tidak hilang dalam masa beberapa minggu.

Penerangan Lapisan Putih Pada Lidah

Lapisan putih pada lidah boleh berlaku apabila terdapat pengumpulan atau lapisan bakteria dan serpihan di permukaan lidah akibat dehidrasi ringan, sakit (apabila kurang menggunakan lidah untuk bercakap atau makan), atau mulut kering. Lapisan putih pada permukaan lidah atau bintik-bintik putih dan tompok-tompok pada lidah juga dapat dilihat apabila berlakunya jangkitan, kerengsaan, atau keradangan kronik pada permukaan lidah.

Penyebab yang berkemungkinan

Lidah berwarna putih sering berkaitan dengan kebersihan mulut. Lidah boleh menjadi putih apabila bonjolan pada lidah (papillae) membengkak dan meradang.

Bakteria, kulat, kotoran, makanan, dan sel mati semuanya boleh terperangkap di antara papillae yang membesar. Serpihan yang terkumpul inilah yang menjadikan lidah anda bertukar ke warna putih.

Malah, jangkitan mulut tertentu, terutamanya jangkitan yis Candida (dikenali sebagai oral thrush), juga dicirikan oleh lidah putih. Biasanya, yis ini dapat dilihat dalam pelbagai keadaan tetapi kebiasaannya ia berlaku kepada individu yang mengalami pembendungan sistem imun akibat keadaan seperti kanser atau jangkitan HIV. Sebaliknya, beberapa jangkitan seperti Demam Scarlet, boleh juga menyebabkan bintik-bintik merah pada lidah.

Keradangan dan pemutihan lidah juga boleh berlaku kerana kekeringan atau kerengsaan keadaan persekitaran seperti merokok atau penggunaan tembakau lain, dan mungkin berkaitan dengan bau mulut. Keradangan lidah dikenali sebagai glossitis. Beberapa tompok putih di lidah, yang dikenali sebagai leukoplakia, boleh menjadi luka prakanser. Lidah geografi adalah suatu keadaan di mana beberapa kawasan lidah kekurangan papila yang biasanya terdapat di permukaan lidah, mengakibatkan tompok-tompok merah tidak teratur pada lidah dengan garis putih.

Semua keadaan ini boleh menyebabkan lidah putih:

  • Memberus gigi dan cara flos yang salah
  • Mulut kering
  • Bernafas melalui mulut anda
  • Penyahhidratan
  • Makan banyak makanan ringan
  • Kerengsaan, seperti dari hujung gigi atau alat pergigian anda yang tajam
  • Demam
  • Merokok atau mengunyah tembakau
  • Penggunaan alkohol

Bila perlu menghubungi doktor

Kebanyakan simptom lidah putih pulih dengan mudah, tetapi bukan bagi semua kes.

Sekiranya simptom tidak bertindak balas terhadap rawatan mulut asas atau anda turut mengalami simptom lain, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Rawatan

Lapisan Putih Pada Lidah mungkin tidak perlu dirawat dan kebiasaannya simptom ini akan hilang dengan sendiri.

Anda boleh menanggalkan lapisan putih dari permukaan lidah anda dengan hanya memberusnya dengan lembut menggunakan berus gigi yang lembut atau mengikis lidah secara perlahan-lahan. Selain itu, minum air dengan banyak juga dapat membantu membersihkan bakteria dan serpihan dari mulut anda.

Rawatan lain bergantung pada keadaan yang menyebabkan Lapisan Putih Pada Lidah anda:

  • Leukoplakia tidak perlu dirawat. Walau bagaimanapun, anda mesti berjumpa doktor gigi untuk menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan keadaannya penyakit anda tidak bertambah teruk. Untuk membersihkan tompok-tompok putih pada lidah, berhenti merokok atau mengunyah tembakau, dan kurangkan pengambilan alkohol.

  • Lichen planus oral juga tidak perlu dirawat. Sekiranya keadaan anda semakin teruk, doktor mungkin akan memberikan semburan steroid atau pembilas mulut yang diperbuat daripada pil steroid yang boleh larut dalam air.

  • Thrush oral dirawat dengan ubat antikulat. Ubat ini tersedia dalam beberapa bentuk: gel atau cecair yang anda boleh letakkan pada mulut, lozenge, atau pil.

  • Sifilis dirawat dengan satu dos penisilin. Antibiotik ini boleh membunuh bakteria penyebab Sifilis. Sekiranya anda menghidap Sifilis selama lebih dari satu tahun, anda mungkin perlu mengambil lebih dari satu dos antibiotik.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/dental-and-oral-health/white-tongue

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17654-white-tongue

https://www.medicinenet.com/white_tongue/symptoms.htm

https://www.mayoclinic.org/symptoms/white-tongue/basics/causes/sym-20050676

Summary
Lapisan Putih Pada Lidah (White Layer On Tongue)
Article Name
Lapisan Putih Pada Lidah (White Layer On Tongue)
Description
Lapisan putih pada lidah mungkin kelihatan agak menakutkan, tetapi jangan khuatir kebiasaannya, keadaan ini adalah tidak berbahaya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: