langkah puasa selang-seli
Mengetahui langkah puasa selang-seli amat penting agar kita menerima manfaat di sebaliknya setelah letih berpuasa lamanya.

Mengetahui langkah puasa selang-seli amat penting agar kita menerima manfaat di sebaliknya setelah letih berpuasa lamanya. Berpuasa bukanlah suatu perkara yang baharu kerana perkara ini telah dilakukan sejak berkurun lamanya. Malah, anda juga mungkin pernah melakukannya sebelum ini tanpa anda sedari.

Namun begitu, sekiranya anda tidak begitu biasa dengan langkah puasa selang-seli ini, terdapat dua cara untuk memulakannya. Pertama, anda boleh mula makan makanan yang rendah kalori selama beberapa hari dalam seminggu dan kemudian makan seperti biasa pada hari-hari seterusnya. Atau kedua, anda boleh menetapkan satu tempoh yang tidak membolehkan anda makan seperti biasa mengikut keselesaan diri. Biasanya, seseorang akan menetapkan sekitar 6, 8 atau 12 jam sehari.

Selain itu, anda juga boleh ikuti langkah puasa selang-seli di bawah bagi mengelakkan anda mengamalkan kaedah berpuasa yang salah dan seterusnya memberikan kesan negatif pada badan anda.

1. Tetapkan tempoh berpuasa yang singkat

Terdapat sebab munasabah mengapa tempoh pengambilan kalori yang sedikit atau tiada langsung adalah terhad dalam kaedah puasa secara selang-seli ini. Ini kerana, jika anda berpuasa untuk jangka waktu yang terlampau lama, kadar metabolisme anda akan menjadi lebih perlahan. Selain itu, keadaan ini boleh mengganggu fungsi badan anda ataupun mengakibatkan kesan sampingan lain.

Justeru itu, tempoh berpuasa yang bersesuaian adalah amat digalakkan kerana ia tidak akan mengganggu keupayaan badan anda untuk membakar kalori. Malah, langkah puasa selang-seli ini juga mungkin boleh meningkatkan pembakaran lemak yang seterusnya memudahkan pengurangan berat badan dengan lebih efisien seperti yang diinginkan oleh semua orang.

2. Jangan ‘melantak’ ketika tidak berpuasa

Anda pasti tidak mahu mendapat kesan negatif selepas mengambil makanan berkalori yang terlalu banyak ketika tempoh tidak berpuasa bukan? ’Melantak’ atau makan secara berlebihan dalam tempoh tersebut boleh menghapuskan segala usaha yang telah anda lakukan dalam tempoh berpuasa.

Selain itu, individu juga selalu makan sesuka hati ketika tidak berpuasa memandangkan langkah puasa selang-seli ini tidak mempunyai peraturan yang begitu tegas berbanding diet yang lain. Namun begitu, semua pilihan terletak di tangan anda. Walaupun tiada peraturan tentang berapa banyak makanan yang perlu diambil ketika tidak berpuasa, namun pastikan anda membuat pilihan yang bijak agar anda mendapatkan manfaatnya di kemudian hari.

3. Sentiasa semak kalendar anda

Pastikan anda menyemak kalendar anda bagi memastikan bahawa kerja, senaman atau jadual sosial anda tidak terganggu dengan tempoh berpuasa anda. Ini adalah penting agar anda dapat berpuasa dengan kadar optimum tanpa perlu mengubah rancangan harian yang lain.

Selain itu, langkah puasa selang-seli paling penting adalah jadual sosial atau komitmen sosial anda. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk makan malam bersama rakan, tentukan jam berapa anda akan habis makan agar anda boleh membuat kiraan mengenai tempoh yang dibolehkan untuk anda berpuasa. Ini juga merupakan aspek paling susah untuk diikuti bagi kebanyakan individu kerana mereka berasa agak sukar untuk mengikuti jadual pemakanan sendiri sekiranya terdapat perancangan lain secara mendadak.

4. Fokus pada pemakanan yang berkualiti

Apabila anda berpuasa secara selang-seli, ianya sukar untuk mendapatkan nutrien mencukupi buat badan anda. Sekiranya anda jenis yang makan makanan dengan kalori yang kurang semasa tempoh tidak berpuasa, sudah tentulah nutrien yang ditawarkan daripada makanan tersebut juga adalah sedikit.

Langkah puasa selang-seli ini adalah dengan memastikan anda mengambil makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang, bijian dan sumber protein yang menyihatkan seperti daging tanpa lemak, makanan laut, ayam ataupun tumbuhan yang kaya dengan protein untuk mengganti semula nutrien yang hilang semasa berpuasa.

5. Tentukan kaedah berpuasa selang-seli mana yang anda mahu lakukan

Ramai individu yang lebih gemar mengamalkan kaedah berpuasa mengikut cara 16/8 iaitu 16 jam berpuasa dan 8 jam tidak berpuasa. Memandangkan langkah puasa selang-seli ini dikatakan paling mudah dilakukan dan diikuti, anda mungkin boleh mencuba kaedah ini terlebih dahulu.

Sekiranya anda sudah terbiasa berpuasa tanpa sebarang kesan sampingan yang serius, anda mungkin boleh mula beralih kepada kaedah lain yang lebih tegas seperti berpuasa selama 24 jam atau dikenali sebagai ‘Eat-Stop-Eat’ sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Selain itu, anda juga boleh cuba mengambil makanan sebanyak 500 hingga 600 kalori sahaja bagi 1 atau 2 hari seminggu dan ini dikenali sebagai diet 5:2.

6. Kira kandungan kalori anda

Anda mungkin pernah mendengar bahawa kalori adalah aspek yang tidak begitu penting sekiranya anda mencuba kaedah berpuasa secara selang-seli ini. Namun begitu, kenyataan tersebut adalah salah.

Walau apa pun jenis diet yang anda lakukan, pengambilan kalori adalah aspek yang sangat penting. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, anda harus mengambil kalori dalam jumlah yang sedikit berbanding kalori yang dibakar, begitu juga sebaliknya.

Dengan itu, langkah puasa selang-seli ini sebenarnya membantu anda mengawal pengambilan kalori anda dengan menjadikan keseluruhan proses itu lebih menyeronokkan. Lebih teguh anda berpegang pada pelan pemakanan anda, lebih baiklah keputusan akhir yang anda akan peroleh.

Di samping itu, dengan bantuan teknologi yang canggih sekarang ini, banyak aplikasi sedia ada membolehkan anda mengira kandungan kalori dengan mudah. Contohnya adalah seperti Fitbit, MyFitnessPal dan Fooducate.

7. Rancang pelan pemakanan yang bermanfaat

Biasanya, individu yang baru mencuba langkah puasa selang-seli ini pasti mempunyai kesukaran untuk mencari makanan yang sesuai. Kadangkala, mereka juga terlalu mengawal pengambilan makanan atau ada juga yang terlampau memberi kelonggaran sehinggakan mereka mudah mengambil makanan secara berlebihan tanpa disedari.

Jadi, untuk mengelakkan semua perkara tersebut, pelan pemakanan yang betul sangat diperlukan. Ia akan membantu anda merancang makanan apa yang perlu diambil serta bila ia perlu diambil. Ciptalah pelan pemakanan anda berdasarkan keperluan dan bukannya berdasarkan kemahuan anda.

Selain itu, pelan yang anda cipta ini tidak perlulah menjadi begitu ‘kosong’, terlalu ketat atau tidak menyenangkan. Anda masih boleh mengambil makanan kegemaran cuma pastikan ia tidak diambil secara berlebihan.

Kesimpulannya,

Anda tidak perlu mengikuti langkah puasa selang-seli yang terlalu ketat hingga menyusahkan diri anda sendiri. Lakukanlah eksperimen dengan kaedah-kaedah yang ada dan pilihlah mana yang terbaik buat diri anda.

Kaedah berpuasa ini sebenarnya hanyalah satu cara tidak konvensional untuk menyusun pemakanan anda berdasarkan keutamaan dan gaya hidup anda sahaja. Sekiranya ia mampu dilakukan, anda mungkin akan mendapatkan manfaatnya pada kemudian hari. Sekiranya tidak, anda tidak akan rugi apa-apa sekiranya anda kembali kepada rutin harian anda.

Jadi, anda bolehlah mencuba kaedah berpuasa ini selama satu atau dua bulan dahulu dan lihat keberkesanannya pada badan anda.

SUMBER

https://www.nerdfitness.com/blog/a-beginners-guide-to-intermittent-fasting/

https://www.healthline.com/nutrition/intermittent-fasting-guide

https://mindfulketo.com/how-to-start-fasting/

Summary
Langkah puasa selang-seli
Article Name
Langkah puasa selang-seli
Description
Mengetahui langkah puasa selang-seli amat penting agar kita menerima manfaat di sebaliknya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: