lakanto

Lakanto, gantian pemanis yang sesuai untuk anda. Apa yang anda perlu tahu tentang Lakanto? Ia adalah produk pengganti gula 100% semula jadi, di mana anda tidak perlu lagi risau cara untuk melayan citarasa manis anda.

Diperbuat oleh Saraya Goodmaid, sebuah syarikat yang diasaskan lebih dari 40 tahun. Ianya berhasrat mempromosikan peningkatan kesihatan, persekitaran dan sanitasi di seluruh dunia. Lantas, Lakanto juga memainkan peranan dalam menjayakan visi ini. Ia menyumbang dari segi kesihatan pemakanan pada pelanggannya.

Apakah ramuan Lakanto?

Sebalik rasa Lakanto yang cukup manis, ia bukanlah seperti sangkaan anda kerana hanya bahan organik digunakan bagi penghasilan produk ini! Bahan utama penghasilan Lakanto ialah bahan semula jadi buah Luo Han Guo, di mana ekstrak buah ini kemudian dicampurkan dan diproses dengan eritritol tanpa GMO. Eritritol merupakan gula yang telah dihasilkan dari fruktos buah, tetapi tidak mempunyai kalori.

Selain itu, ia tidak disertakan dengan sebarang bahan tambahan yang lain. Tetapi, apakah kesan dua bahan ini? Buah Luo Han Guo dikenali di Asia, terutamanya di Cina Selatan, dengan rasa manisnya namun digunakan secara meluas bagi perubatan tradisional yang semula jadi.

Kajian pada 2009 menyimpulkan bahawa bahan di dalam buah ini menjadikannya pengganti gula yang baik kerana sifat indeks glisemiknya yang rendah. Manakala eritritol pula dianggap sebagai antara bahan pemanis semulajadi dalam makanan, malah kerap digunakan dalam kumpulan pemakanan kalori yang kosong.

Apakah Kebaikan Menggunakan Lakanto?

Selain daripada pengetahuan bahawa produk ini adalah 100% produk semula jadi, ia patut menjadi pilihan anda kerana ia tidak mempunyai kalori. Anda tidak perlu risau tentang sebarang penaikan tahap darah gula anda. Pemilihan bahan-bahan yang terbaik dalam penghasilan Lakanto membuahkan manfaat untuk kesihatan anda dan menjadikannya pilihan pemakanan yang sihat.

Malah, penggunaan buah Luo Han Guo juga terkenal kerana kesan positifnya bagi kumpulan penyakit diabetes di mana satu bahan di dalam buah ini, bernama mogroside V, bertindak untuk meransang pengeluaran insulin.

Namun, makanan yang sihat kerap kurang memuaskan bagi pengguna disebabkan rasanya yang kurang manis di mana penggunaan produk tersebut harus digunakan dalam jumlah yang banyak untuk menjadikannya pengganti makanan yang sama.

Tetapi dengan produk ini, anda tidak harus risau tentang masalah ini. Satu sudu Lakanto memberikannya rasa yang sama dengan satu sudu gula. Malah, anda juga lebih berjimat dengan jumlah penggunaan ini kerana ukurannya seperti gula sebenar. Ia sememangnya dihasilkan untuk bertindak menjadi sedekat pengganti gula seakan pemanis yang sebenar.

Di samping itu, Lakanto juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Pertama dan yang paling asasnya adalah Lakanto asli, dan kemudiannya Lakanto Cube, Lakanto Candy dan Lakanto Pure Taste. Kesemua produk ini mempunyai asas pembuatan dan fungsu yang sama dengan yang asli. Dengan ini anda mampu menikmati pelbagai bentuk Lakanto!

Siapakah Yang Sesuai Untuk Produk Ini?

Lakanto tidak diterhadkan kepada sebarang kumpulan usia. Malah, walaupun ia digelar sebagai pemanis, kumpulan yang mahu menjauhi sebarang produk gula tidak perlu risau. Ia direka untuk disesuaikan kepada semua termasuk pesakit diabetes atau sesiapa yang ingin mengelakkan sebarang kesan terhadap tahap gula mereka.

Di Manakah Lakanto Boleh Digunakan?

Ia juga adalah produk yang sesuai bagi pelbagai jenis makanan dan minuman samada untuk pembuatan pencuci mulut, pemasakan panas atau sebarang pembuatan air. Salah satu cadangan adalah anda boleh menggunakannya untuk membuat makanan atau minuman yang ‘trending’ iaitu Dalgona coffee atau teh.

Dengan Lakanto, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan manis tanpa rasa bimbang! Hanya rendahkan juga pengambilan lemak serta garam juga. Lantas, tunggu apa lagi? Ayuh dapatkan Lakanto untuk kenikmatan seluruh keluarga sekarang.

Summary
Lakanto - Pilihan 100% Semula Jadi Bagi Penggemar Manisan
Article Name
Lakanto - Pilihan 100% Semula Jadi Bagi Penggemar Manisan
Description
Lakanto, gantian pemanis yang sesuai untuk anda. Apa yang anda perlu tahu tentang Lakanto? Ia adalah produk pengganti gula 100% semula jadi, di mana anda tidak perlu lagi risau untuk melayan citarasa manis anda. Diperbuat daripada Saraya Goodmaid LTD sebuah syarikat yang mengasaskan lebih dari 40 tahun pengeluarannya terhadap menyediakan dan mempromosikan peningkatan kesihatan, persekitaran dan sanitasi di seluruh dunia. (FIRST) Lantas, Lakanto juga memainkan peranan dalam menjayakan visi ini. Lakanto menyumbang dari segi kesihatan pemakanan pada pelanggannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: