labirintitis
Apabila bahagian dalaman telinga anda dijangkiti atau meradang, ia boleh menyebabkan sejenis gangguan keseimbangan yang dikenali sebagai Labirintitis.

Apabila bahagian dalaman telinga anda dijangkiti atau meradang, ia boleh menyebabkan sejenis gangguan keseimbangan yang dikenali sebagai Labirintitis. Kadangkala, anda boleh mendapatnya apabila anda mempunyai jangkitan pernafasan atas, seperti selesema.

Jangkitan bahagian dalaman telinga yang mendorong kepada Labirintitis biasanya berlaku disebabkan oleh virus. Kadangkala, ia boleh terjadi kerana bakteria juga. Gejala-gejala virus dan jangkitan bakteria boleh jadi serupa. Oleh itu, doktor memerlukan pengesahan tentang jenis Labirintis yang anda miliki sebelum boleh mula membuat rawatan.

Jenis-jenis Labirintitis

Terdapat beberapa jenis Labirintitis seperti di bawah.

Labirintitis virus

Kebanyakan kes ini adalah disebabkan jangkitan virus, seperti demam selesema atau selesema yang merebak ke bahagian dalaman telinga. Labirintitis virus biasanya menyebabkan keadaan vertigo (pening) secara tiba-tiba, loya dan muntah. Kadangkala, ia juga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

Seterusnya, virus ini biasanya hilang dengan sendirinya. Ubat untuk jenis penyakit ini bertujuan untuk melegakan gejala, seperti pening dan loya.

Labirintitis bakteria

Terdapat dua jenis utama Labirintitis bakteria iaitu:

  • Labirintitis Seros

Jenis ini juga dikenali sebagai Labirintitis toksik dan ia biasanya berlaku hasil dari jangkitan bakteria di bahagian tengah telinga, yang dirujuk sebagai doktor sebagai otitis media kronik (COM). COM menyebabkan pembentukan bendalir di bahagian tengah telinga yang boleh bergerak ke bahagian dalam telinga jika seseorang tidak mendapat rawatan dengan segera.

Selain itu, Labirintitis seros adalah jenis Labirintitis bakteria yang kurang serius dan kehilangan pendengaran hanya mempengaruhi bunyi frekuensi tinggi. Gejala-gejala Labirintitis seros termasuklah:

  • Vertigo (pening) yang ringan.
  • Mual atau muntah.
  • Labirintitis Suppuratif

Bentuk Labirintitis ini berlaku apabila bakteria di bahagian tengah telinga memasuki bahagian dalam telinga. Gejala-gejala ini lebih serius berbanding dengan Labirintitis seros dan mereka biasanya menjejaskan satu telinga sahaja.

Gejala-gejala Labirintitis suppuratif termasuklah:

  • Vertigo (pengsa) yang serius.
  • Pening dan muntah.
  • Tinnitus.
  • Nistagmus, keadaan yang menyebabkan pergerakan mata berulang dan tidak terkawal.
  • Hilang pendengaran.

Simptom Labirintitis

Penyakit ini bukan sahaja boleh menjejaskan pendengaran, tetapi boleh juga membuatkan anda berasa pening. Anda mungkin mengalami sesuatu yang lebih parah, seperti vertigo (pening). Ini adalah perasaan yang mendadak yang membuatkan anda atau bahagian dalam kepala berasa seperti berputar.

Gejala-gejala lain mungkin termasuk:

  • Penglihatan kabur.
  • Rasa tidak seimbang, seperti anda hendak jatuh.
  • Rasa ringan kepala, atau seperti anda terapung.
  • Pening dan muntah.
  • Berdesing di telinga anda atau hilang pendengaran.

Gejala-gejala ini sering muncul tanpa amaran. Sebagai contoh, anda mungkin dapat mengesannya apabila anda bangun pada suatu pagi. Ini juga boleh jadi menakutkan. Sekiranya anda berasa pening, atau mengalami masalah dengan keseimbangan atau penglihatan, hubungi doktor anda atau pergi ke ruang kecemasan (emergency room-ER) dengan segera.

Punca Labirintitis

Bahagian dalaman telinga anda mengandungi sistem tiub berliku serta kantung yang dipanggil labirin. Ia mengandungi beberapa bendalir dan sel rambut. Selain itu, tibun ini juga mengawal keseimbangan dan pendengaran anda. Jangkitan yang berlaku boleh mengganggu maklumat yang mengalir dari kawasan ini kepada otak anda.

Diagnosis Labirintitis

Tiada sebarang ujian khusus yang membolehkan doktor mengetahui bahawa anda mempunyai masalah kesihatan ini. Doktor akan menolak syarat-syarat lain yang meniru keadaan Labirintitis pada pemeriksaan awal. Di samping itu, dia juga mungkin ingin menguji masalah kesihatan seperti:

  • Penyakit otak atau jantung.
  • Kecederaan kepala.
  • Kesan sampingan ubat preskripsi atau bahan seperti alkohol, tembakau atau kafein.
  • Strok.

Faktor Risiko Labirintitis

Sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit ini, tetapi beberapa keadaan boleh meningkatkan risiko penyakit ini. Hal ini termasuklah:

  • Jangkitan pernafasan atas, seperti selesema biasa dan selesema.
  • Jangkitan bahagian tengah telinga.
  • Meningitis.
  • Kecederaan kepala.
  • Penyakit pernafasan, seperti bronkitis.
  • Jangkitan virus, termasuk herpes dan campak.
  • Keadaan autoimun.

Faktor lain yang boleh meningkatkan kemungkinan Labirintitis termasuk:

  • Merokok.
  • Penggunaan alkohol berat.
  • Sejarah alahan.
  • Tekanan.
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu

Rawatan Labirintitis

Tujuan rawatan penyakit tersebut adalah untuk melegakan gejala. Seseorang boleh mengambil antihistamin yang tidak dipreskripsi untuk mengurangkan beberapa gejala Labirintitis virus, seperti mual atau pening. Jenis Antihistamin yang lebih kuat, seperti meklizin atau prometazin, boleh didapati dalam preskripsi doktor.

Tambahan pula, seorang doktor juga boleh menetapkan kortikosteroid atau sedatif bagi seseorang yang mempunyai gejala yang lebih serius. Dalam kes Labirintitis yang berlaku kerana jangkitan bakteria, mereka mungkin akan menetapkan pengambilan antibiotik.

Sekiranya gejala berterusan selama beberapa bulan, doktor mungkin perlu memeriksa individu tersebut bagi tanda-tanda kerosakan pendengaran secara kekal. Seterusnya, mereka boleh memberi nasihat sama ada alat bantuan pendengaran boleh membantu individu atau tidak.

Apabila penyakit ini sudah berada pada tahap kronik, atau jangka yang panjang, seseorang boleh mendapat manfaat daripada terapi jenis fizikal dipanggil sebagai pemulihan vestibular. Terapi ini melibatkan senaman yang bertujuan untuk meningkatkan keseimbangan dan mengurangkan pening.

Ahli terapi biasanya akan menyesuaikan pemulihan vestibular kepada keperluan khusus individu, tetapi beberapa latihan biasa termasuklah:

  • Menggerakkan mata ke atas dan ke bawah dan dari sisi ke sisi.
  • Membongkok kepala ke hadapan dan ke belakang.
  • Memutar kepala dari sisi ke sisi.
  • Membengkokkan badan ke hadapan.
  • Bersandarkan badan ke setiap sisi.
  • Menangkap dan membuang bola.
  • Berjalan naik dan turun di atas condong.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/labyrinthitis#:~:text=Labyrinthitis%20is%20an%20inner%20ear,nausea%2C%20and%20loss%20of%20hearing.

https://www.webmd.com/brain/what-is-labyrinthitis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323606

https://www.healthlinkbc.ca/health-topics/hw265594

Summary
Labirintitis (Labyrinthitis) - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Labirintitis (Labyrinthitis) - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Apabila bahagian dalaman telinga anda dijangkiti atau meradang, ia boleh menyebabkan sejenis gangguan keseimbangan yang dikenali sebagai Labirintitis.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: