Kutu
Mempunyai kutu tidak bermakna kanak-kanak adalah kotor, kerana mereka boleh muncul pada rambut sesiapa sahaja.

Kutu adalah serangga tanpa sayap dengan saiz biji bijan. Makanan mereka adalah darah dan kutu betina meletakkan telur mereka pada rambut dekat dengan kulit kepala. Walaupun mereka tidak menyebabkan penyakit yang serius, serangga ini adalah sesuatu yang anak-anak dan ibu bapa tidak inginkan.

Mempunyai kutu tidak bermakna kanak-kanak adalah kotor, kerana mereka boleh muncul pada rambut sesiapa sahaja.

Simptom Kutu

Gejala utama serangan serangga ialah kehadiran kutu hidup pada kepala seseorang.

Tanda-tanda dan gejala lain termasuklah:

  • Kegatalan.
  • Menggaru kepala.
  • Kerengsaan kulit.
  • Sensasi merangkak.
  • Kelenjar limfa bengkak.
  • Masalah tidur.

Gejala-gejala ini boleh menimbulkan pelbagai masalah, jadi ianya penting untuk mengesahkan kehadiran serangga kecil ini sebelum memulakan rawatan.

Tempat terbaik untuk mencari kutu hidup adalah pada kulit kepala di belakang telinga. Jika kutu tidak kelihatan hidup, seseorang mungkin tidak mempunyai serangan aktif serangga ini.

Punca Kutu

Binatang kecil ini boleh merebak melalui hubungan fizikal. Mereka tidak boleh terbang atau melompat, tetapi boleh merangkak dari satu kepala ke kepala yang lain. Ini boleh berlaku apabila helaian rambut seseorang bertemu semasa mereka berhubungan dengan rapat.

Penyelidik masih tidak pasti asal usul kehadiran serangga tersebut, tetapi mereka mengetahui bahawa kutu telah menjejaskan primata seperti beruk dan monyet sekurang-kurangnya selama 25 juta tahun, dan akhirnya tersebar kepada manusia. Kutu kepala hanya menjejaskan manusia dan tidak akan melompat ke haiwan peliharaan atau haiwan lain.

Di samping itu, seranggan ini juga boleh bergerak pada objek yang menyentuh kepala. Seseorang boleh mendapat serangga kecil ini selepas berkongsi objek seperti topi atau tuala.

Walau bagaimanapun, ia tidak boleh bertahan lama tanpa makan. Mereka mesti bergerak ke kepala yang baru dalam sekitar 24 jam, atau mereka akan mati.

Nimfa, yang merupakan kutu yang masih kecil pula hanya boleh bertahan selama beberapa jam di luar kulit kepala manusia.

Faktor Risiko Kutu

Kanak-kanak perempuan sekolah rendah atau kanak-kanak prasekolah adalah kumpulan yang paling berisiko mendapat kutu. Serangga ini juga lazim menyerang pada golongan kanak-kanak lelaki pada usia yang sama.

Sesetengah orang percaya bahawa kanak-kanak perempuan lebih terdedah kepada serangga berkenaan berbanding kanak-kanak lelaki kerana mereka cenderung mempunyai rambut yang lebih panjang dan lebih banyak sentuhan dari kepala ke kepala.

Berkongsi barang yang bersentuhan dengan kepala juga dapat meningkatkan risiko seseorang mendapat serangga kecil itu. Barang-barangan ini termasuk:

  • Topi keledar.
  • Topi.
  • Tuala.
  • Sikat rambut.

Komunikasi yang lemah juga boleh menjadi faktor risiko. Jika seseorang mempunyai kutu, ianya adalah penting untuk memaklumkan kepada semua orang yang mempunyai hubungan rapat dengan individu itu. Sekiranya kanak-kanak mempunyai serangga kecil berkenaan, ibu bapa atau pengasuh harus memberitahu sekolah atau pusat penjagaan anak.

Rawatan Kutu

Bagi mengubati masalah serangga ini, anda boleh menggunakan produk yang tidak dipreskripsi dengan permethrin (Nix), pyrehtrin (Rid), atau spinosad (Natroba). Kit kutu biasanya mempunyai syampu khusus yang dibiarkan di rambut selama 10 minit dan kemudian dibasuh dan disikat dengan sikat dengan jarak yang dekat untuk membuang mana-mana telur yang tinggal.

Rawatan lain adalah menggunakan losyen dipanggil Sklice, yang tidak perlu menggunakan sikat. Satu rawatan sahaja mungkin sudah mencukupi. Bahan utamanya ialah ivermektin, iaitu pembunuh parasit yang berkuasa. Anda boleh menggunakannya pada anak-anak seawal umur 6 bulan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lice/symptoms-causes/syc-20374399

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/skin-conditions-lice

https://www.healthline.com/health/lice-what-are-lice

https://www.medicalnewstoday.com/articles/164492

Summary
Kutu (Lice) - Simptom, Punca, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kutu (Lice) - Simptom, Punca, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kutu adalah serangga penghisap darah di kulit kepala kita. Mempunyai kutu tidak bermakna bahawa kita adalah kotor kerana sesiapa sahaja boleh mendapatnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: