Jika seseorang sering menggaru kepalanya dan merasa tidak selesa dia mungkin menghadapi masalah kulit kepala kering. Kulit kepala kering menyebabkan kulit mengelupas berbanding dengan kulit kepala gatal.

Kelemumur dan jenis masalah kulit kepala lain adalah masalah menyebabkan kulit kepala kering.

Simptom Kulit Kepala Kering

  1. Kulit kepala menjadi gatal dan kemerahan.
  2. Banyak minyak pada kulit kepala.

Punca Menyebabkan Kulit Kepala Kering

  1. Kelemumur

Dr Carlos Wesley, pakar bedah kosmetik dan kehilangan rambut dari New York, Amerika Syarikat (AS) nyata kulit kepala kering disebabkan oleh kelemumur. Kelemumur disebabkan kulit minyak yang berlebihan terdapat di kepala. Kelebihan minyak terdapat di kulit kepala dapat menghalang sel kulit mati daripada bersalin kulit seperti kebiasaannya. Oleh sebab itu, kulit mati tersebut akan nampak lebih ketara dan mengelupas.

2. Produk dan penggayaan rambut

Dr Laurel Naversen Geraghty, pakar dermatologi dari Stanford AS berkata, sesetengah gel, krim, salap, minyak rambut dan penyembur akan menjejaskan kawasan kulit kepala dan membentuk kepingan dan juga menyebabkan kegatalan kepala.

3. Psoriasis

Psoriasis adalah keadaan kulit yang menyebabkan kemerahan, mengelupas dan menjalar pada kulit kepala.

4. Alahan

Makanan yang tinggi kandungan karbohidrat boleh meningkatkan pengeluaran yis pada kulit kepala dan menybabkan alahan.

Rawatan untuk Kulit Kepala Kering

  1. Minyak kelapa

Sejak turun temurun lagi kesihatan kulit termasuk, minyak kelapa adalah bahan yang selalu digunakan. Minyak kelapa boleh melembapkan kulit kepala dan mempunyai sifat anti kulat dan anti bakteria untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria. Ia juga boleh untuk merawat atopik dermatitis. Sapukan sedikit jumlah minyak kelapa ke atas kulit kepala dan urut kepala selama 10 minit. Kemudian basuh rambut dan rambut boleh menjadi lembut beralun.

2. Minyak tea tree

Minyak tea tree didapati fungsi antiseptik, anti kulat dan antibiotik  yang boleh melegakanmasalah kulit kepala. Ada sesetengah syampu kelemumur mempunyai bahan ini. Bagi seseiapa yang megalami kulit kepala kering, boleh memilih produk rambut yang sudah mengandungi minyak tea tree ataupun mencampurkan minyak tea tree dalam minyak lain seperti minyak kelapa untuk mengurangkan risiko jangkitan tersebut.

2. Aloe vera

Aloe vera mempunyai fungsi anti radang boleh mengurangkan iritasi pada kulit kepala dan juga boleh dijadikan sebagai pelembap. Sapukan gel aloe vera pada kulit kepala dan biarkan selama 10 minit sebelum membilasnya. Selain itu, mengambil aloe vera sebagai suplemen ataupun meminum jusnya untuk membantu kulit menjadai lembap.

3. Cuka epal sider

Cuka epal sider terdapat pelbagai kebaikan yang membantu mengurangkan masalah kulit kepala. Ia mempunyai fungsi anti mikrobial yang boleh membunuh bakteria atau kulat pada kulit kepala gatal. Bagi merawat kulit kepala kering, cuka epal sider boleh membantu membersihkan kulit kepala secara dalam. Cara adalah campurkan cuka epal sider dengan air dan ratakan pada permukaan kulit kepala, biarkan selama 5 minit sebelum membilas.

4. Witch hazel

Witch hazel selalu digunakan sebagai produk untuk kulit sensitif dan kering dan secara turun temurun telah digunakan dalam ubatan herba. Ia boleh membantu kekurangan keradangan yang terjadi kerana kulit kepala kering. Ia juga merupakan sejenis astrigen yang menyejukkan kulit kepala. Campurkan witch hazel dengan air ataupun minyak kelapa atau zaitun. Lumurkan  pada kulit kepala dan biarkan selama 5 minit sebelum membilas rambut.

5. Minyak jojoba

Seperti minyak kepala, minyak jojoba juga mempunyai fungsi pelembap yang bagus untuk melegakan kulit kepala yang kering. Ia juga mempunyai fungsi anti radang untuk merawat masalah kulit kepala .Tambahkan beberapa titis minyak jojoba kedalam syampu untuk melembapkan kulit kepala.

Sumber

https://www.healthline.com/health/skin-disorders/dandruff-vs-dry-scalp#_noHeaderPrefixedContent https://www.glamour.com/story/how-to-treat-a-dry-flaky-scalp

Summary
Kulit Kepala Kering - Punca, Simptom, dan Rawatan
Article Name
Kulit Kepala Kering - Punca, Simptom, dan Rawatan
Description
Seseorang itu asyik menggaru kepalanya dan merasa tidak selesa dia mungkin menghadapi masalah kulit kepala kering. Kulit kepala kering menyebabkani kulit mengelupas berbanding dengan kulit kepala gatal.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: