Kuih Mochi

Kuih mochi merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Ramai rakyat Malaysia yang menggemari kuih mochi ini kerana ia berwarna warni dan mempunyai inti yang manis.

Resepi Kuih Mochi Mentega Kacang

Avilia's Recipe: Japanese Mochi with Peanut Butter Filling | Avilia's Way

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut 2 cawan
  • Tepung jagung 2 sudu besar
  • Gula 1/2 cawan
  • Santan 1 kotak kecil (200ml)
  • Air masak 1/2 cawan
  • Esen Vanila 1sudu kecil
  • Sedikit tepung pulut (disangai) untuk salut mochi
  • Sedikit Pewarna

Kaedah penyediaan:

  1. Campur semua bahan. Masukkan santan dan air sedikit demi sedikit. Sukatan ni tak pekat dan tak cair sangat.
  2. Bancuh sehingga sebati
  3. Bancuhan di bahagi kepada dua
  4. Kukus selama 20 minit.
  5. Angkat dari loyang selepas di kukus.
  6. Boleh gunakan inti peanut butter
  7. Sedikit tepung pulut yang disangai untuk menyaluti mochi.
  8. Masukkan inti dan sapukan tepung tadi.
  9. Sejukkan dalam peti ais.
  10. Siap dan sedia dihidang

Kuih Mochi Jepun

Gelatinous, Squishy Mochi Is Having a Moment | HowStuffWorks

Kuih mochi adalah kuih yang berasal daripada Jepun. Namanya yang unik pastinya semua tahu kuih ini makanan Jepun. Kuih mochi mempunyai warna-warna menarik.

Bahan-bahan:

  • 110g gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk vanila
  • 200ml santan
  • 220g tepung beras pulut
  • pewarna hijau
  • pewarna merah

tepung beras pulut untuk menyalut Inti :

  • kacang merah
  • kacang hijau

Kaedah penyediaan:

  1. Pertama, campurkan tepung beras pulut, serbukvanila dan gula kedalam mangkuk.
  2. Kedua, masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalamaduanan lalu kacau hingga licin.
  3. Ketiga, tuangkan semua adunan tadi kedalam sebuahloyang dan kukuskan selama 20 minit.
  4. Keempat, biarkan sehingga adunan masak dengansepenuhnya dan tidak melekat. Angkat adunan setelah siap dimasak sepenuhnya dan biarkan sejuk seketika.
  5. Kelima, apabila kuih sudah sejuk, bahagikan adunan tadi kepada 12 bahagian bulat dan leper. Bulatkan adunan dan masukkan inti kacang merah atau kacang hijau mengikut citarasa masing-masing. Bentukkan seperti bebola kecil.
  6. Terakhir, salutkan kuih mochi berinti tadi dengan tepung pulut yang digoreng terlebih dahulu tanpa minyak.
  7. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Resepi  Japanese Mochi – Fruit And Cream Filling

Beginner's Guide to Mochi: 16 Types of Mochi | byFood

Bahan-Bahan:

  • 125 gram Tepung Pulut
  • 40 gram Tepung jagung
  • 65 gram gula
  • 50 gram air panas
  • 150 gram Susu Segar
  • 50 gram mentega

Inti:

  • 125 gram whipping Cream
  • 10 gram Gula Icing
  • strawberi,
  • Mango
  • Kiwi

Kaedah Penyediaan:

  1. Dalam kuali, sangai tepung pulut 150g pada suhu rendah, kacau terus sehingga tepung dimasak sepenuhnya.
  2. Dalam mangkuk campuran yang besar, bancuh air panas dan gula, kacau sehingga gula larut, tambah susu, pewarna makanan, tepung jagung, tepung beras pulut 125g, kacau hingga rata.
  3. Tuang campuran melalui jaring penapis ke dalam mangkuk. stim selama 30 minit.
  4. Angkat, kemudian masukkan 50g mentega, uli menjadi doh dan bungkus dengan plastik.
  5. Dalam mangkuk besar, pukul whipping dan gula sehingga tekstur kanan.
  6. Sediakan buah-buahan.
  7. Gulung adunan menjadi silinder diameter 2 inci, potong kira-kira 1 inci panjang kepingan silinder kecil.
  8. Gulungkan setiap kepingan kecil ke dalam pembungkus bulat nipis.
  9. Letakkan krim dan buah di tengah dan balut sepenuh nya.
  10. Letak kan mochi di atas kertas untuk mengelakkan nya melekat atau bergolek.
  11. Siap untuk di hidangkan!

Resepi diatas merupakan cara yang mudah untuk membuat kuih mochi, sesuai untuk minum petang. Selamat mencuba!

Sumber:

https://dailymakan.com/resepi-kuih-mochi-simple-dan-sedap/17600/

https://e-majalah2u.blogspot.com/2017/03/resepi-kuih-mochi-jepun-sedap-mudah.html

http://kompilasiresepi.blogspot.com/2018/01/resepi-japanese-mochi-fruit-and-cream.html

Summary
Kuih Mochi: Resepi Kuih Mochi Yang Sedap
Article Name
Kuih Mochi: Resepi Kuih Mochi Yang Sedap
Description
Kuih mochi merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Ramai rakyat Malaysia yang menggemari kuih mochi ini kerana ia berwarna warni dan mempunyai inti yang manis.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: