Kuih lompat tikam

Kuih lompat tikam ialah salah satu kuih tradisional yang popular di Malaysia. Ia boleh didapati di Negeri Pahang, Negeri Kelantan, dan Negeri Terengganu.

Kuih istimewa ini dibuat menggunakan kombinasi tepung beras dan santan dan ianya mempunyai 3 komponen utama.

Yang berwarna hijau ialah puding tepung pandan, berwana putih ialah santan pekat, berwarna merah ialah pulut manis merah.

Bahan-Bahan (Lapisan Hijau): –

  • Tepung beras 2 cawan
  • Air 3 cawan
  • Air daun pandan 1 cawan
  • Garam secukup rasa
  • Air kapur 1 sudu kecil

Bahan-Bahan (Lapisan Putih): –

  • Tepung beras 1 senduk besar
  • Santan pekat 1 paket
  • Air cawan
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Pulut Merah: –

  • Rendam 1 cawan pulut
  • Santan cecair
  • Garam
  • Pewarna merah

Bahan-Bahan Air Gula Melaka: –

  • Gula Melaka 1 ketul
  • Air
  • Daun pandan 1 helai

Langkah-Langkah Penyediaan (Lapisan Hijau)

  1. Tapis semua bahan lapisan hijau dan gaul rata dalam mangkuk.
  2. Memastikan ia tidak akan melekat di senduk apabila senduk kayu diangkat tinggi.
  3. Kacau bahan ini di atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Boleh masakkan aduan ini ke kuali tembaga jika ada.
  4. Gaul dan kacaukan sehingga aduan menjadi pekat dan menggelumbung. Selepas itu, biarkan diesejukkan.

Langkah-Langkah Penyediaan (Lapisan Putih)

  1. Tapis semua bahan lapisan putih dalam mangkuk. Kacaukan dengan whisk di atas api sederhana sehingga mendidih.
  2. Apabila adunan telah pekat boleh dimasukkan ke dalam bekas dan sejukan.

Langkah-Langkah Penyediaan (Pulut Merah)

  1. Periuk pengukus perlu dipanaskan untuk mengukus beras pulut selama 10-15 minit.
  2. Keluarkan beras pulut selepas mengukus ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair dengan campuran garam sehingga pulut menjadi lembut. Letakkan pulut tersebut ke dalam periuk pengukus lagi untuk mengukus selama 10 minit.
  3. Letakkan ke dalam mangkuk dan kacau rata. Taburkan sedikit gula.

Langkah-Langkah Penyediaan (Air Gula Melaka)

  1. Masakan air dan daun padan dengan gula melaka sehingga hancur dan mendidih.
  2. Tapiskan air dan biarkan sejuk.

Sebagai cadangan menghidang, anda boleh letakkan sedikit pulut merah di dalam mangkuk atau pinggan. Lapisan hijau perlu dipotongkan terlebih dahulu dan diletak di tepi pulut merah.

Lapisan putih akan ditaburkan di atas lapisan hijau. Akhirnya sekali, dituang air gula melaka di atas lapisan putih.

Selamat menjamu selera!

SUMBER

https://kuali.com/recipe/asian-desserts/lompat-tikam-rice-pudding-with-glutinous-rice-coconut-milk-and-gula-melaka/

http://nibbledish.com/kueh-lompat-tikam/

https://cookpad.com/my/recipes/11287452-kuih-lompat-tikam

Summary
Kuih Lompat Tikam, Resepi Paling Mudah Gerenti Sedap
Article Name
Kuih Lompat Tikam, Resepi Paling Mudah Gerenti Sedap
Description
Kuih lompat tikam ialah salah satu kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih istimewa ini dibuat menggunakan kombinasi tepung beras dan santan dan ianya mempunyai 3 komponen utama.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: