Kuih Ketayap

Kuih ketayap atau juga dikenali sebagai kuih dadar diperbuat daripada roti krep berperisa dengan jus pandan dan diisi dengan kelapa parut yang direndam dalam gula melaka. Daun pandan adalah ramuan asal kuih ketayap.

Bahagian luar kuih dadar berwarna hijau terbuat daripada adunan berwarna dengan jus pandan semula jadi yang diekstrak dari daun pandan. Pada masa kini, banyak penjual kuih menggunakan pewarna tiruan untuk lebih mudah, tetapi produk akhir biasanya tidak mempunyai aroma manis daun pandan yang menggoda.

Bahan-Bahan: –

Inti Ketayap

  • Setengah biji isi kelapa (diparut)
  • Setengah cawan gula merah (bergantung tahap kemanisan yang anda mahu)
  • Satu helai daun pandan (disimpul)
  • Garam (secubit)

Kulit Ketayap

  • 2 cawan tepung gandum
  • Setengah santan kotak
  • 1 cawan air atau air pandan
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan majerin atau seri pelangi
  • Sedikit pewarna hijau

Langkah-Langkah Penyediaan

Inti Ketayap

  1. Masukkan air, gula merah dan daun pandan ke dalam kuali.
  2. Gaul campuran hingga sebati sampai gula larut.
  3. Tambahkan kelapa parut dan secubit garam.
  4. Gaul hingga sebati sehingga airnya sedikit kekeringan.

Kulit Ketayap

  1. Tambahkan semua bahan.
  2. Gaul sehingga campuran menjadi sebati tetapi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
  3. Panaskan kuali dan cairkan marjerin.
  4. Letakkan satu senduk campuran tadi dan ratakannya hingga menjadi bentuk bulat yang nipis.
  5. Selepas campuran tadi masak (kering), alihkan dari kuali.
  6. Tambahkan inti di bahagian kiri kulit kuih ketayap yang baru diangkat dari kuali tadi.
  7. Lipat kulit kuih ketayap seperti dalam gambar dan gulungkan.

Tahniah! Kuih Ketayap anda telah siap sempurna.

SUMBER:

https://cikmatahariku.blogspot.com/2015/05/cara-buat-kuih-ketayap-dengan-sukatan.html

https://www.kakinakl.com/2018/07/resepi-kuih-ketayapgulung-mudah-dan.html?m=1

Summary
Kuih Ketayap: Resepi Ringkas Untuk Minum Petang
Article Name
Kuih Ketayap: Resepi Ringkas Untuk Minum Petang
Description
Kuih ketayap atau juga dikenali sebagai kuih dadar diperbuat daripada roti krep berperisa dengan jus pandan dan diisi dengan kelapa parut yang direndam dalam gula melaka. Daun pandan adalah ramuan asal kuih ketayap.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: